Lewat petang semalam ...
"Bila agaknya dapat kita berjumpa lagi?" Tanya Mikail.
"Hari-hari boleh jumpa kalau mahu."
"Huh?" Mikail mengerutkan muka.
"Jumpa di alam siber. Messenger kan ada?"
Mikail ketawa kecil tapi anak matanya memancarkan cahaya suram.
Saya menghulurkan sebuah buku untuknya. "Seperti yang kamu mahu."
Matanya bersinar bak berlian.
Ketika bas perlahan-lahan bergerak meninggalkan KL Sentral, buku Etiquettes of Life in Islam (Mohammad Yusuf Islahi) diangkatnya separas bahu manakala tangan kirinya melambai-lambai saya.
Ada redup di wajahnya yang sukar ditakrifkan.
Mikail
Nich
Salam.
17 comments:
sapalah agaknya si mikail ni.
mesti hensem....
Wow! Bersinar bak berlian!
Psss... boleh saya minta lagu Kartina Dahari tu?
Lagi satu tajuknya Sayang Di Sayang. Lagu keroncong asli ni.
moga-moga dia paham apa itu Islam yang sebenar... bukan Islam baru yang kononnya serba lengkap tuh...
Assalamualaikum,
Pemberian penuh makna. Semoga dilimpahi kebaikan.
Cikdinz, Mikail seorang yang cuba memahami masyarakat majmuk.
Bro PK, tapi sinarnya umpama berlian yang perlu digilap.
Ps...lagu tu, bisa diatur.
Ops, saya silap tulis dan dah buat pembetulan. Lagu dalam player tu bukan Terkenang-kenang tapi Sayang Disayang.
Pa'Chik, Amin. Moga buku itu satu permulaan dan memberi ruang untuknya memahami adab-adab indah dalam kehidupan harian seorang Islam.
MyaMarja, waalaikumusalam. Amin. Itu yang termampu saya lakukan untuknya.
kirim poskad
hmmm... Mikail... semoga mendapat manfaat sebanyaknya dari pemberian BR itu... salam... :D
Saling memberi dan menerima. Begitulah. Kehidupan.
harap bila mikail baca buku tu terbukak lah hati dia ...:)(kaalau dia orang russialah hehe)
salam kehidupan,
moga2 ia diberi hidayah menerima Islam.
Salam,
Alhamdulillah kerana yang menghubungi itu Mikail. Kalau Izrail susah pula jadinya.
kena bagi dia pemahaman yg betul.
jgn nnt tersalah sangka...
Kita hanya mampu berdoa.
Kita hanya boleh tunjukkan jalannya sahaja. Terpulang pada empunya diri.
salam,
redup wajahnya? barangkali sukar mahu berpisah dengan bunga rampai
kita doakan yang baik.
Redup wajahnya seredup bersantai di bawah pohon yang rendang di waktu tengahari buta. Heh!
MakSu, bisa diurus.
Sastri, Amin.
BP, indahnya kehidupan!
Butaseni, mudah-mudahan. [kalau bukan orang Russia, susah sikit ke terbuka hati tu? ;-)]
Cermindiri, salam kehidupan kembali. Amin.
Bro Keng,salam kembali.
:-D lepas baca komen...oops! Oh oh, tiba-tiba saya jadi takut!
Cikdinz, terima kasih mengingatkan.
Goro, DIA lebih mengetahui.
Kaklong, salam kembali. Hmmm ... ;-)
Wanie_agk, itu yang baik.
Azzam,heh, kamu dapat merasanya! Alhamdulillah.
Post a Comment