Rabu, 7 November 2007, 2.30 petang ...
Restoran McD The Mall dipenuhi pelanggan. Luar biasa ramainya. Pelanggan juga luar biasa. Lelaki berbaju Melayu, dan ada yang berkemeja batik. Perempuan berbaju kurung. Mereka kelihatan hebat-hebat belaka.
Saya lapar. Mencari tempat. Ada. Berkongsi dengan seorang kakak dengan dua orang anaknya. Perempuan 10 tahun dan adik lelakinya 7 tahun.
Alhamdulillah, makan Fish-O-Fillet sambil pasang telinga mendengar perbualan kakak anak-beranak itu.
Anak P: "Bu, itu wanita-wanita amnu ya?"
Ibu: "Ya."
Anak P: "Bu, kenapa wanita-wanita amnu tu gemok-gemok?"
Ibu: "Sihat kut."
Anak P: "Diaorang pun kaya Bu."
Ibu: "Ibu tak tahu."
Anak P: "Kaya Bu! Tengoklah rantai, gelang, dan cincin diaorang tu ... besar-besar dan kilat-kilat!"
Anak L: "A'ah, kayakan Kak? Tapi kenapa uniform diaorang macam tu Bu?"
Ibu: (Mengerutkan muka). "Macam mana?"
Anak L: "Warna KFC!" (Ketawa kuat bersama kakaknya. Pelanggan sekeliling memerhati mereka)
Ibu: "Heh, makan!"
Saya tersenyum lebar.
Si Ibu tersipu-sipu memandang saya, "Maaf."
"Budak-budak pun boleh jadi pemerhati yang baik kak."
Salam.
27 comments:
kah kah kah....good observation. Sekarang iklan DIGI masa untuk berubah secara 'rasmi'nya menjadi slogan BERSIH.
ha ha ha
Persepsi kaya pada gelang dan rantainya yang berkemilau. Celup kot... Bijak budak-budak tu.
Umnu? Puas aku baca. at last baru paham.... Warna KFC?..Aku pun baru perasan....Hahahaha... Kadang bebudak nampak apa yang kita tak nampak....dan betul lak tu
hahah...
jangan besar nanti kena ISA dah lah...
mengenai kaya-kaya tuh..
kerana semacam ada kepercayaan tahyul dan khurafat orang melayu...
hanya amnu yang mampu memberi mereka rezeki...
mungkin uniform pemandu teksi tak?
hehhe.....boleh tahan jugak budak budak tuh...
hahha hahah :D
heh..
sinis sungguh
Yang perempuan-perempuan gedik berbaju merah jambu itu, macam uniform apa pulak?
:D
hahaha.. bijak bijak.. ;)
hik hik hik, uniform
Salam,
Hehe budak-budak sekarang, bijaknya bukan kemain.
saya juga pemerhati yg baik..tapi saya tak perhati pada ibu2 yg baju kaler KFC tu, saya lebih suka perhatikan anaka2 gadis berbaju pink itu...manis....heheheh
budak-budak mcm tulah. apa yg dirasakan betul, akan diluahkan dgn enaknya...
Ha ha ha!
keskeskes... memang begitu 'observant' budak-budak tu... :D
salam kehidupan,
budak-budak camtu dahlah....tanya aje apa yg terlintas nak tanya, klu kita kena pikir dua tiga kali. takut orang sebelah terasa......
salam,
wah..tajam penglihatan mereka. bijak!
hmm..pi hadiri perhimpunan pun nak menayang segala perhiasan ke?
hahahahahahaha itulah bakal pemimpin sebenar.observation yg bagus hahaha
hahhaha...anak sapa la tu...
salam...
memang dahsyat budak2 tu...
salam,
c hatke? moga begitulah hendaknya.achik c hatje...lame x menjenguk ke blog nie, sibuk sikitla sbulan dua nie....sorry erk. ok wslm
Bijak... memang bijak anak-anak masa kini. Pendapatan mereka lahir terus dari hati. Jujur dan ikhlas dalam menyatakan hal sebenar...
Hihihihi comel.........
p.s
Lama sungguh tak berkelana disini... Rindu dengan cerita2 BR.
hahak!
bagus budak2 tu..
bijak-bijak :D
Salam kalian,
Saya pun senyum-senyum, sesekali gelak baca komen kalian. Terima kasih menghibur :-))
Ya, kita terhibur dengan senario itu, tapi ...
Usah pandang remeh kebolehan kanak-kanak. Mereka jujur dalam pemerhatian dan ucapan mereka.
Apa yang menyedihkan sekarang ialah persekitaran politik yang bercelaru dan hidangan media mampu membantut dan menyelewengkan pemerhatian yang jujur itu. Bayangkan andai ini berterusan, hasilnya ialah generasi yang bingung dan keliru, juga goyah pendirian.
Fikirkan tugas kita, siapa-siapa juga kita!
Wallahu'alam.
Pandai yerrr...bebudak mmg jujur kalu b'ckp..
Post a Comment