Gaya tudung yang dipakai belit-belit atas kepala amat menarik perhatian. Ada tudung bercorak. Ada yang tanpa corak satu warna. Ada yang dwi atau triwarna. Gandingan warna pula bermacam.
Perempuan-perempuan yang memakai tudung belit-belit itu kelihatan sangat cantik dan anggun menawan.
Saya hairan bagaimana mereka boleh lilit-lilit begitu. Teringin pula mahu mencuba.
Saya pun mencuba sendiri belit-belitkan tudung di kepala. Belit - buka. Lilit - buka. Alahai, tidak menjadi! Rasa macam nak tercekik adalah.
Ternyata kemahiran melilit tudung dalam masa yang minima amat penting agar tudung lilit-lilit dan si pemakainya kelihatan kemas.
Salam.
Saturday, 1 March 2014
Friday, 14 February 2014
Apabila hati tersentuh.
Sudah
lama benar kami tidak bertemu. Menunggu suara di hujung talian pun bagai mengharap bulan jatuh ke riba layaknya. Apatah
lagi e-mel, hanya alamatnya sahaja yang tersimpan rapi sekian lama namun
tuannya hilang ke mana, tiada yang tahu.
Barangkali
kemarau yang semakin panjang ini membawa pesan kepada hati-hati yang gersang
dan kontang supaya mencari teduhan di bawah langit membiru. Siapa tahu mega
mendung kan
bergumpal jua lalu menggugurkan gerimis di relung hati.
Empat tahun bukanlah satu tempoh waktu yang singkat. Ia satu masa yang panjang untuk menyingkap
cerita-cerita nan silam. Tentang impian yang sudah luntur. Tentang punah cinta di perbatasan setia. Tentang perca-perca jiwa yang lerai. Tentang terangnya cahaya yang kian pudar.
Di sela-sela kesibukan rupa-rupanya masih ada waktu yang menanti untuk satu pertemuan yang tidak dirancang petang semalam. Lantas waktu terlalu mahal untuk
dilepaskan terbang begitu sahaja. Walau hanya secangkir teh panas, ia sudah cukup untuk
menghangatkan sebuah persahabatan yang hampir hilang dimakan waktu.
Kenapa,
tanya dia. Hati ini tersangat hiba apabila mendengar laungan azan. Mengapa,
hati ini sangat sayu kala mendengar bacaan Quran. Kenapa hati ini sebak
lantas menitikkan air mata ketika bicara
agama dihujahkan. ‘Kenapa dan mengapa’ yang diluahkannya terlalu banyak untuk diungkapkan
di sini.
Itu tandanya Dia mendekati kamu, jawab saya. Memujuk lembut dan menghamparkan rahmat hidayahNya di hati kamu. Pujukan itu terlalu lembut sehinggakan hati kamu bisa tersentuh dan kamu dapat menggenggam hidayah itu. Kamu adalah pilihanNya. Bersyukurlah.
Sepintas
lalu. Teringat pesan Pak Guru: “Adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim lelaki dan perempuan (walaupun
perempuan dalam keadaan uzur) untuk mengajak dan mengajar melafaz Syahadah dalam kadar segera kepada yang belum Islam yang
sudah bersedia untuk memeluk agama Islam – usah bertangguh. Sesudah itu barulah
membawanya ke pihak yang berwajib untuk urusan selanjutnya.”
Apabila hati tersentuh kerana sentuhanNya, jiwa akan tunduk redha. Tiada sesuatu pun di langit dan di bumi yang mampu menghalang sebuah penghijrahan. Mudah-mudahan hidayahNya abadi di hati Jannah Lo.
Salam.
Thursday, 9 January 2014
Saat paling indah.
Melonjak
macam budak-budak lalu berteriak “Yessssss!” Begitu yang dilakukan oleh seorang
kawan. Katanya itulah saat paling indah dalam hidupnya kerana akhirnya dia
putus cinta dengan buah hatinya.
Lain
pula cerita seorang wanita yang pernah saya temui di klinik haiwan tempoh hari. Sebuah bilik di apartmentnya dihuni oleh 25
ekor kucing kesayangannya. Bilik itu di pasang pendingin udara lagi sedangkan
biliknya sendiri berkipas sahaja. Saat paling indahnya ialah ketika melihat
kucing-kucing itu makan dengan lahapnya, dan sewaktu mereka mengerumuninya meminta untuk dibelai.
Rencamnya
kehidupan ini dek kerencaman perangai manusia itu sendiri. Seperti kata Kate
kepada saya semalam: “Perangai manusia yang pelbagai itulah yang mengindah dan
memburukkan kehidupan ini; dengan alat akal anugerah Ilahi itulah manusia
memilih untuk berperangai elok atau jahat. Walau perangai buruk adalah bawaan semula
jadi, saya percaya dengan akal manusia boleh mengubah perangai buruk itu menjadi baik.” Kate
seorang non-Muslim berhujah seperti seorang Muslim yang berakal di kepala dan
hati. Sangat mengujakan!
Apakah
saat paling indah dalam hidup kamu?
Saya
memikirkan tentang Rabiatul Adawiyah, wanita sufi dan zuhud itu. Sepanjang
hidupnya adalah saat paling indahnya kerana dia sentiasa dilamun cinta. Siang
dan malamnya dihabiskan dalam keasyikan cinta sepenuh jiwa dan raganya. Air
matanya tidak pernah kering dek cinta dan rindunya yang tidak berkesudahan. Sedikit masa terluangnya yang ada tidak pernah kosong. Ada sahaja bait-bait munajatnya yang terluah
untuk Kekasihnya:
Wahai
diriku
Berapa
lama engkau tidur?
Sampai
bilakah engkau terlena?
Waktu
yang dijanjikan sudah sangat dekat
Waktu
yang engkau terpaksa tidurkan
Hingga
dibangkitkan pada hari kiamat.
Berbantalkan
bunga rampai lalu terbuai asyik dalam harumannya sedang cindai menyelimuti lena yang panjang ~ itulah saat paling indah yang saya
impikan. Namun di sela-sela impian itu sering muncul kehebatan cinta Rabiatul
Adawiyah menjadikan saya sangat malu kepadaNya.
Salam
2014 Masehi.
Sunday, 15 December 2013
Emak
Minggu lalu.
Sungguh tidak beretika perempuan manis lagi cantik itu. Mentang-mentanglah telefon tangan boleh dibawa ke sana sini dengan mudah, santai dan bergaya, dan boleh diguna di mana-mana sahaja - dia ingat dia boleh bercakap ikut suka hati dia macam hospital itu emak bapa dia yang punya. Cakap kuat-kuat boleh. Tinggikan suara boleh. Marah-marah juga boleh. Mujurlah dia tidak mencarut atau menyepak-nyepak kerusi.
Sungguh tidak beretika perempuan manis lagi cantik itu. Mentang-mentanglah telefon tangan boleh dibawa ke sana sini dengan mudah, santai dan bergaya, dan boleh diguna di mana-mana sahaja - dia ingat dia boleh bercakap ikut suka hati dia macam hospital itu emak bapa dia yang punya. Cakap kuat-kuat boleh. Tinggikan suara boleh. Marah-marah juga boleh. Mujurlah dia tidak mencarut atau menyepak-nyepak kerusi.
Semua orang memandangnya dengan pandangan yang menimbulkan bermacam-macam jenis kerutan di wajah mereka. Jika disatukan pandangan-pandangan
itu maka ia boleh dikategorikan sebagai pandangan maut. Betapa perempuan
itu telah menyakiti hati ramai orang pada pagi yang damai itu.
~ “… kata ambik ubat jer… kenapa mak tak bagi tau awal-awal lagi ada appointment hari ni…kan dah menyusahkan Noi…tak kan
Noi kena balik ambik mak pulak!…Tak kan
Noi nak kena ambik cuti pula!…Cuti pun dah habis…aduuuuh…isyyy mak nih!” Dia
tutup telefon.
~ “… kata ambik ubat jer… kenapa mak tak bagi tau awal-awal lagi ada appointment hari ni…
Kasihan
emak dia. Semoga Dia membelai pujuk hatinya yang remuk.
Kasihan lagi kepada perempuan manis cantik itu. Dia lupa, kalau di dunia dia tidak disumpah emaknya, di akhirat nanti mungkin rentunglah dia. Mudah-mudahan Dia memberi petunjuk kepadanya sebelum ibunya meninggalkan dunia ini.
Kasihan lagi kepada perempuan manis cantik itu. Dia lupa, kalau di dunia dia tidak disumpah emaknya, di akhirat nanti mungkin rentunglah dia. Mudah-mudahan Dia memberi petunjuk kepadanya sebelum ibunya meninggalkan dunia ini.
Kasihan
diri ini juga, ke hospital untuk menjalani annual medical check-up dalam keadaan
sihat walafiat tetapi pulangnya membawa pilu yang meruntun hati.
Peringatan: “Do not use the sharpness of your speech on the mother who taught you how to speak” – Imam Ali (as)
Peringatan: “Do not use the sharpness of your speech on the mother who taught you how to speak” – Imam Ali (as)
Salam.
Wednesday, 11 December 2013
11.12.13
Kopi hitam belum lagi disentuh bibirnya. Tentunya panas kerana baru dihidang. Aroma kopi itu tidak dapat saya jelaskan sama ada ia menusuk hidung atau menikam qalbu kerana saya bukan penggemar kopi. Namun kawan saya ini pencinta kopi. Sebaik sahaja kopi berada di depannya, dia terus memejamkan mata kemudian perlahan lahan hidungnya menghidu aroma kopi itu dalam dalam. Pejam matanya memancarkan semacam kemanjaan dan keindahan pada wajahnya. Saya kira saat itu cinta kopi sudah menusuk masuk ke dalam jiwa lantas menikam qalbunya. "Aaah...Alhamdulillah." Katanya antara kedengaran dengan tidak. Ya, dia jatuh cinta lagi kepada kopi hitam dan entah
untuk ke berapa ratus kali.
“Ada
apa dengan 11.12.13?” Tanya dia sesudah kopi diminum seteguk.
Jawab saya: “Hanya angka yang saya suka urutannya … and
another beautiful day to live. Alhamdulillah.”
Salam.
Tuesday, 5 November 2013
Ilham
Hari
semakin menjauh mengheret siang kepada kelam malam. Hati pula meleret gundah.
Tugasan masih terbentang. Harapan patah terlentang. Tidak! DIA tidak suka
kepada orang orang yang berputus asa. Noktah.
Ayuh
kita ke alam maya pujuk Pakcik Gugel. Mudah mudahan terlintas ilham di hati
kamu. Mengembaralah diri. Singgah di taman sana singgah di teratak sini. Tiada yang menambat rasa. Tiada ilham
bertandang. Lalu hati mencari titik perhentian. Nah,
ketika itulah terpaut mata pada yang ini:
"Dan
tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh
itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An’am: 32)
Ya,
wajar difikirkan masak masak tentang kehidupan dunia. Jadilah pengemis di
dunia, pesan guru, kelak kamu tersenarai sebagai ahli Jannah di akhirat.
Itu rentetan
cerita semalam. Hari ini sudah 1 Muharam 1435 Hijrah.
Tugasan
masih belum selesai. Moga saja hati nan berjerebu tidak kelabu. Langit mendung tidak
membendung duka dan sang mentari kembali tersenyum manja. Mudah mudahan terbit
ilham lalu bermukim pada tempatnya. Subhanallah.
Salam Maal Hijrah 1435.
Tuesday, 1 October 2013
Cinta
1400 tahun hanya sekelip mata
berjuta langkah cuma di persada kata
di penghujung rindu ada setia
kudus dalam belaian usia ...
looking at my life
I see that only love
has been my soul's companion
from deep inside
my soul cries out:
do not wait, surrender
for the sake of Love
~ Rumi
berjuta langkah cuma di persada kata
di penghujung rindu ada setia
kudus dalam belaian usia ...
looking at my life
I see that only love
has been my soul's companion
from deep inside
my soul cries out:
do not wait, surrender
for the sake of Love
~ Rumi
Monday, 19 August 2013
Berapakah harga ke Syurga?
Pada suatu hari seorang warga emas ingin menggunakan tandas awam di sebuah mall di ibu kota. Apabila memasuki tandas, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, "Pakcik, bayarlah dulu sebelum masuk."
Mendengarkan teguran pemuda itu, air matanya pun berlinangan keluar dari matanya. Penjaga tandas itu terkejut lalu berkata, "Pakcik, kalau pakcik tak ada duit untuk membayar... masuklah secara percuma, janganlah menangis hanya kerana hal kecil ini."
Jawab warga emas, "Pakcik menangis bukan kerana tiada duit tetapi pakcik terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki... bagaimana pula dengan Syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus pakcik sediakan untuk masuk ke dalamnya?"
Salam.
Thursday, 15 August 2013
Rabaa al-Adawiya
Hari ini 8 Syawal. Bermakna hari ini hari ke lapan kita
meraikan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1434H. Bermakna juga sekalian umat
Islam di Malaysia masih menjamu selera dengan
sajian makanan yang serba enak; dan masih menjamu minda dengan lambakan
hiburan di kaca tivi yang seakan akan tidak pernah akan habis sehinggalah
Syawal berakhir. Seronoknya kita. Mewahnya kita dengan makanan dan hiburan.
Kalau boleh mahu saja kita bercuti raya selama sebulan.
Dalam keseronokan berhari raya, apakah yang ada di minda kita sebenarnya? Ingatkah kita kepada umat Islam lain yang berserakan dan
merempat tanpa makanan? Ingatkah kita kepada saudara saudara
kita yang sedang ditindas tanpa batasan lalu dihalau keluar dari negeri sendiri?
Ingatkah kita kepada saudara saudara kita yang pada ketika saya menulis ini
sedang dibunuh dengan kejam sekali?
Janganlah sekadar ber ‘ooohh’ dan ber ‘aaahh’ lalu marah apabila melihat
angka angka korban yang dihebahkan tanpa sedikit pun rasa kasih kepada mereka
yang terkorban. Janganlah kobaran amarah kita itu sekadar semaraknya hanya di dalam hati.
Lakukanlah sesuatu untuk membantu!
Alangkah baiknya kita berhenti seketika dari melayan keseronokan berhari raya, atau melayan gosip gosip artis, atau melayan umpat umpatan si polan itu dan si polan ini. Mari kita sama sama memberi tumpuan kepada musibah yang melanda saudara saudara Islam kita di seluruh dunia.
Ayuh kita bangkit menentang kezaliman ke atas umat Islam di Mesir, Syria , Palestin, dan Myanmar dengan cara yang termampu oleh kita.
Kalau kemampuan kita hanya BERDOA, maka berdoalah dengan IKHLAS dan SEPENUH
HATI keranaNYA demi mempertahankan agama Tauhid.
Lakukan sekarang dengan yakin. Bantulah saudara saudara Islam kita. Jangan sampai Allah murka kerana kita tidak ada hujah untuk mempertahankan diri
ketika disoal di akhirat kelak. Wallahu’alam.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
* Syawal nan pilu.
Saturday, 27 July 2013
Kek Kurma: "Move on... forget the past!"
Tengahari
semalam. Tiba-tiba si Rampai teringin mahu makan Kek Kurma masa iftar nanti. Sekali
sekala jadi Chef Rampai okey juga, fikirnya. Teringat pula mana disimpan
resepi Kek Kurma yang diberi oleh seorang kawan dua tiga tahun lepas. Benak meyakinkan
hati bahawa resepi itu ada terselit di dalam himpunan keratan resepi setebal dua sentimeter
yang disimpan longgar di dalam buku resepi istimewa ~ istimewa kerana buku
resepi itu menyimpan pelbagai resepi makanan kegemaran si Rampai.
Hairan.
Cari punya cari bukan resepi Kek Kurma yang ditemui tetapi sehelai kertas A4
dilipat dua amat menarik perhatian. Lipatan dibuka dan inilah kisah yang
tertera di atasnya:
A wise man once sat in the audience &
cracked a joke. All laughed like crazy. After a moment he cracked the same joke
again and a little less people laughed this time. He cracked the same joke
again & again. When there was no laughter in the crowd, he smiles and said:
“When you can’t laugh on the same joke again & again, then why do you keep crying
over the same thing over and over again? Forget the past… move on!
Di
bawah kisah itu ada catitan ringkas. Membacanya mengingatkan si Rampai
bahawa itu adalah kata katanya sendiri sebagai membalas kisah di atas yang dikirim oleh seseorang. Beginilah
bunyinya:
Saya
setuju!. Ya, mengapa harus meratapi hal-hal yang telah berlalu sedangkan ia
tidak akan kembali atau berulang? Betapa lemahnya perasaan/jiwa kita manusia,
kita seolah-olah takut untuk melihat ke hadapan… takut untuk menghadapi apa
yang bakal dihadapi. Kenapa harus takut sedangkan masa hadapan itu di luar
kawalan kita? Adalah lebih baik kita sentiasa bersiap sedia memantapkan diri
terutama jiwa kita supaya apa yang akan datang kepada kita dapat dihadapi
dengan tenang, dan andai apa yang melanda kita pada masa hadapan sama ada baik
atau buruk… sebagai seorang Muslim kita mampu berkata “cukuplah Allah buatku.”
Wallahu’alam.
Now, move on to the story of Kek Kurma...
Yeay, resepi Kek Kurma sudah dijumpai! Tak kisahlah resepi itu ditulis di atas tisu dapur kata si Rampai, asalkan keknya menjadi. Yahoooo!
Setengah disedekahkan kepada jiran sebelah. Seperempat untuk jiran depan rumah. Seperempat lagi empunyanya si Rampai. Sedaaaap! Alhamdulillah.
Salam.
Sunday, 21 July 2013
Bulan sabar
Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman
Radhiallahu'anhu, katanya: Rasulullah Sallallahu'alaihi
Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.
Baginda bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu' (sunat).
Baginda bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu' (sunat).
Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain.
Ramadhan itu adalah bulan
sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga.
Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya.
Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya.
Barangsiapa memberi makanan
berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu
merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka.
Orang yang memberikan
makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan
puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."
Para Sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu
untuk orang yang berpuasa?"
Maka bersabda Nabi
Sallallahu'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang
memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.
Dialah bulan yang
permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari
api neraka.
Barangsiapa meringankan
beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan
mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka.
Oleh itu perbanyakkanlah
empat perkara di dalam bulan Ramadhan.
Dua perkara untuk
menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya.
Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepada-Nya.
Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepada-Nya.
Dua perkara lagi yang kamu
sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka.
Barangsiapa yang memberi
minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari
air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi
sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"
(At-Targhib, Jld.II,
217-218)
Salam.
Wednesday, 17 July 2013
Oh, Bulan!
Cantik
sangatkah Bulan menyebabkan Pungguk pun tidak silu silu merinduinya? Atau Bulankah yang
pandai bermain silap mata – memukau setiap pandangan lalu menebak rasa dan alih
alih lirih cinta pun mercup menggoda hati? Kalau cinta pandang pertama semaraknya
tiada – pada pandang ketiga hati pasti pasrah dan mengalah pada Bulan. Oh,
Bulan! Bulan bercahaya orang suka. Bulan sabit orang gembira. Bulan sipi sipi
di sebalik mendung pun boleh buat orang senyum. Bulan gerhana lagilah sangat
mengujakan sekalian makhluk alam!
Bulan
nun jauh di atas langit sana
tidaklah jauh sangat. Boleh dicapai dengan tangan bak kata lirik ini …
Oh
bintang mana bulan
Atas
pucuk pokok kari
Bintang
tanya pada bulan
Mana
jatuh matahari?
… nah, Bulan itu dekat sahaja! Nun di atas pucuk pokok kari. Capailah Bulan semahu
hati namun usah sekali kali bertanyakan dia - mana jatuhnya si Matahari. Nanti
jawab Bulan: “Hariku malam bukan siang, tugasku mengindahkan kelam malam. Malamku juga malam, tugasku menyembunyikan rahsia malam. Tugasmu membongkar rahsia itu.”
Bulan sangat berharga kepada manusia. Nak puasa - tengok bulan. Nak raya – tengok bulan. Nak bersalin – tunggu bulan. Orang perempuan datang bulan. Nak gaji – akhir bulan. Hujung bulan – ceti/ah long menagih hutang. Kalau nak undi pun ada parti Bulan. Oh, Bulan!
Bulan sentiasa dipuja puji, diasyiki cahaya dan keindahannya.
Maka itulah Bulan jauh nun di langit sana
pun kita nampak dan kita cinta. Bagaimana dengan Khalik – nampakkah kita akan
Dia? Adakah puji dan asyik kita untuk Dia?
Puji dan asyikilah Khalik dalam keadaan berdiri,
duduk, dan berbaring – puji dan asyiki Dia dengan sujud; dengan zikir Asmaul
Husna Nya; dengan menghayati dan meneliti risalah risalahNya; dengan meneladani
sunah sunah RasulNya. Nanti Dia mendekati kita lebih dekat dari yang kita fikirkan. Nanti ada rasa yang paling dalam menggamit naluri yang
mengalirkan ingatan, cinta serta rindu kita kepadaNya. Ingatan, cinta dan rindu
itu tidak akan disia siakanNya - segalanya menjadi harta dunia dan harta akhirat.
Sesungguhnya Khalik itu sangat dekat dengan kita.
CahayaNya Maha Agung.
*Terima kasih
Bro Keng. Pesan ringkas sehari sebelum Ramadhan mengilhamkan tulisan ini. Alhamdulillah.
Salam Ramadhan.
8hb., 1434H
Thursday, 4 July 2013
Sahabat
Dia
hanya belia kampung. Membesar di kampung. Belajar pun di kampung. Kemudian dia sambung belajar di U tidak jauh dari kampung. Usai pengajian dia bekerja di kampung.
Pakaiannya
biasa biasa sahaja. Ke mana pun perginya dia lebih selesa berseluar denim lusuh
dan kemeja T tanpa kolar. Berselipar jepun lagi. Sekali sekala ada majlis rasmi dia mengenakan tailored
slacks berpadankan kemeja berlengan panjang. Kasutnya
tidak berjenama. Asal boleh pakai, okeylah
katanya.
Gajinya
sesudah dipotong apa yang wajib dipotong termasuk sumbangan kepada ibu dan bapanya digunakan untuk menyerlahkan hobinya.
Di kampung juga. Hobinya seperti: menjadi penasihat remaja dan anak anak muda yang
bermasaalah; menjadi abang kepada anak anak yatim; pembimbing kepada mualaf;
menjalankan bengkel apa apa sahaja yang patut untuk memajukan penduduk dan kampung. Dia juga reporter kampung - menyebar berita tentang majlis kenduri, tentang orang sakit, perkahwinan, dan kematian. Beritanya
tulus dan telus.
Dia
bukan Ustaz. Orang orang kampung pun tidak menggelarnya Ustaz. Namun kerananya
golongan muda kini mengimarahkan surau dan masjid. Kerananya surau kampung menjadi ceria. Kerananya surau menjadi sumber ilmu terutama kepada
golongan muda.
Dia
sahabat kepada semua penduduk kampung. Penduduk kampung menyenanginya.
Malam
ini surau kampung sesak. Tidak putus putus orang ramai
datang dengan tertib. Luar biasa ramainya dari biasa jika ada kegiatan di
surau. Mereka datang berhajat - bersama sebak dada dan lelehan air mata. Bersedekah
doa kepadanya. Al-Faatihah.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (Surah Maryam, 19:96)
Kembalinya
dia ke Rahmatullah pada usia muda seperti yang dijanjikanNya. Tidak lambat dan tidak
cepat walau sesaat pun. Sesungguhnya janji Allah itu benar.
Semoga
rohnya ditempatkan bersama para solihin. Aamiin.
3 Julai 2013
Salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)


