Hari
semakin menjauh mengheret siang kepada kelam malam. Hati pula meleret gundah.
Tugasan masih terbentang. Harapan patah terlentang. Tidak! DIA tidak suka
kepada orang orang yang berputus asa. Noktah.
Ayuh
kita ke alam maya pujuk Pakcik Gugel. Mudah mudahan terlintas ilham di hati
kamu. Mengembaralah diri. Singgah di taman sana singgah di teratak sini. Tiada yang menambat rasa. Tiada ilham
bertandang. Lalu hati mencari titik perhentian. Nah,
ketika itulah terpaut mata pada yang ini:
"Dan
tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh
itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" (Al-An’am: 32)
Ya,
wajar difikirkan masak masak tentang kehidupan dunia. Jadilah pengemis di
dunia, pesan guru, kelak kamu tersenarai sebagai ahli Jannah di akhirat.
Itu rentetan
cerita semalam. Hari ini sudah 1 Muharam 1435 Hijrah.
Tugasan
masih belum selesai. Moga saja hati nan berjerebu tidak kelabu. Langit mendung tidak
membendung duka dan sang mentari kembali tersenyum manja. Mudah mudahan terbit
ilham lalu bermukim pada tempatnya. Subhanallah.
Salam Maal Hijrah 1435.
3 comments:
semoga mendapat ilham...
Salam penuh kesejahteraan Datuk,
Moga-moga batas masa tidak menghakis ingatanmu terhadap silaturahim kita :)
Saya tenggelam timbul dalam dunia maya .. namun alhamdulillah masih menghirup udara di muka bumi Allah. Semoga Datuk jua sihat-sihat sahaja meski renyah dengan seliratan tugas di kanan dan di kiri. Oh 2014 sudah hampir hendak pulang rupanya! :(
Iskandar, alhamdulillah ilham digapai dan simpan di hati :)
Zariza, salam kembali Datin. Walau hanya maya, walau masa berbatas ... padamu ingatanku tidak pernah sepi, insyaAllah :)
Senang mendengar khabar baikmu...alhamdulillah. Saya...tingginya masih sama, alis mata masih hitam, masih berimpian, masih kuat ketawa, cuma barangkali kena senaman lebih sedikit tahun hadapan ... hehehe!
Post a Comment