Thursday, 4 July 2013

Sahabat

Dia hanya belia kampung. Membesar di kampung. Belajar pun di kampung. Kemudian dia sambung belajar di U tidak jauh dari kampung. Usai pengajian dia bekerja di kampung.

Pakaiannya biasa biasa sahaja. Ke mana pun perginya dia lebih selesa berseluar denim lusuh dan kemeja T tanpa kolar. Berselipar jepun lagi. Sekali sekala ada majlis rasmi dia mengenakan tailored slacks berpadankan kemeja berlengan panjang. Kasutnya tidak berjenama. Asal boleh pakai, okeylah katanya.

Gajinya sesudah dipotong apa yang wajib dipotong termasuk sumbangan kepada ibu dan bapanya digunakan untuk menyerlahkan hobinya. Di kampung juga. Hobinya seperti: menjadi penasihat remaja dan anak anak muda yang bermasaalah; menjadi abang kepada anak anak yatim; pembimbing kepada mualaf; menjalankan bengkel apa apa sahaja yang patut untuk memajukan penduduk dan kampung. Dia juga reporter kampung -  menyebar berita tentang majlis kenduri, tentang orang sakit, perkahwinan, dan kematian. Beritanya tulus dan telus.

Dia bukan Ustaz. Orang orang kampung pun tidak menggelarnya Ustaz. Namun kerananya golongan muda kini mengimarahkan surau dan masjid. Kerananya surau kampung menjadi ceria. Kerananya surau menjadi sumber ilmu terutama kepada golongan muda.

Dia sahabat kepada semua penduduk kampung. Penduduk kampung menyenanginya.

Malam ini surau kampung sesak. Tidak putus putus orang ramai datang dengan tertib. Luar biasa ramainya dari biasa jika ada kegiatan di surau. Mereka datang berhajat - bersama sebak dada dan lelehan air mata. Bersedekah doa kepadanya. Al-Faatihah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (Surah Maryam, 19:96)

Kembalinya dia ke Rahmatullah pada usia muda seperti yang dijanjikanNya. Tidak lambat dan tidak cepat walau sesaat pun. Sesungguhnya janji Allah itu benar.

Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Aamiin.


Munas... jasamu dikenang, amalmu jadi teladan.
3 Julai 2013


Salam.
  

5 comments:

achik said...

Al-fatihah..

SHIMI said...

Al-Fatihah kepada Muas...

Amakan kebaikan tetap menjadi kenangan abadi walaupun adakalanya ketika hayat mendapat cerca

julietchun said...

semoga ada yg akan menyambung usahanya.

Ku Keng said...

Inna lillahi wa inna ilahi raajium. Persiapannya untuk ke Barzakh amat teratur - tentang pakaiannya, perbelaanya, aktibitinya dan budi-bahasanya.

Allahummagh firlahu warhamhu

Bunga Rampai said...

Achik, Aamiin Ya Rabb.

SHIMI, Aamiin Ya Rabb. Begitulah kedudukan hamba yang tergolong dalam kalangan orang orang yang dikehendakiNya.

Juliet, itulah juga harapan penduduk kampung.

Bro Keng, waktu dan cara pemergiannya juga teratur - dalam bulan Syaaban dan sebaik sahaja menunaikan solat Asar. Betapa kasihnya Allah kepada dia.