Kopi hitam belum lagi disentuh bibirnya. Tentunya panas kerana baru dihidang. Aroma kopi itu tidak dapat saya jelaskan sama ada ia menusuk hidung atau menikam qalbu kerana saya bukan penggemar kopi. Namun kawan saya ini pencinta kopi. Sebaik sahaja kopi berada di depannya, dia terus memejamkan mata kemudian perlahan lahan hidungnya menghidu aroma kopi itu dalam dalam. Pejam matanya memancarkan semacam kemanjaan dan keindahan pada wajahnya. Saya kira saat itu cinta kopi sudah menusuk masuk ke dalam jiwa lantas menikam qalbunya. "Aaah...Alhamdulillah." Katanya antara kedengaran dengan tidak. Ya, dia jatuh cinta lagi kepada kopi hitam dan entah
untuk ke berapa ratus kali.
“Ada
apa dengan 11.12.13?” Tanya dia sesudah kopi diminum seteguk.
Jawab saya: “Hanya angka yang saya suka urutannya … and
another beautiful day to live. Alhamdulillah.”
Salam.
5 comments:
saya suka bau kopi tapi kalau minum akan pening walau dah cuba banyak kali.
Juliet, kopi berasid dan boleh menyebabkan angin dalam perut yg boleh menyebabkan pening - kata doktor. Terbaik minum air kosong.
Ada apa pada 111213? Pada saya cuma kerana susunannya yang 'ascending' itu saja lah yang mungkin sedikit unik .. selebihnya, seperti katamu ia tetap suatu hari yang seharusnya kita manfaati sebaiknya sebagai hamba ..
Datuk Seri sahabatku, biar indah aroma kopi tersadur caramel atau cinnamon, teh tetap dekat di hati :)
Zariza, ramai orang kahwin pada tarikh ni Datin. Barangkali tarikh seunik ini menambahkan lagi keromantikan akad nikahnya. Kita doakan saja moga kebahagiaan mereka kekal hingga ke Jannah.
Nak pekena jus langit. Ini yang terbaik untuk tekak yang kering :-)
Ye Datuk, kita sama-sama doakan kebaikan untuk semua ye! :)
Ah tekak sayapun meragam semenjak semalam. Mungkin kesan cili ayam penyet yang berasap juadah tengahari huhu ..
Post a Comment