Sunday, 7 June 2009

Yang harum. Yang lebur. Yang persis binatang.

Semerbak wangi bunga kemuning putih di laman rumah sering saja meredup rasa di perdu jiwa, dan saat-saat redup begitu alam bagaikan mengajak qalbi berbicara tentang bayu yang melambai-lambai dan mentari yang tersenyum meleret. Sungguh meriangkan! Namun pagi tadi entah mengapa harumnya menipis, bagai enggan mewangikan jiwa ini yang mendesah-desah sejak subuh lagi. Terasa benar ada sesuatu yang tidak lumayan bakal berlaku. Tidak mengapa, suasana di kelas nanti pasti menenangkan. Demikian pujuknya hati. Aah, harapan itu nyata meleset! Rupa-rupanya hanya wajah-wajah suram bak rembulan tiada cahaya yang menanti di kelas bimbingan itu! Kemurungan mereka mendorong hati merisik jawapan.

Inilah jawapannya:

Pagi itu sedang ibu M tiada di rumah kerana ke pasar pagi untuk menjual nasi lemak dan kuih-muih, dia seperti biasanya menyediakan sarapan untuk ayah dan tiga orang adiknya. Ayahnya pagi itu mahu bersarapan roti canai lalu adik-adik M disuruh ke kedai untuk membelinya.

M gadis 16 tahun. Berayahkan seorang pemandu lori. Tidak pernah ponteng kelas bimbingan dan belajarnya pintar. Menjaga adik-adiknya juga pandai. Satu hari nanti kata ibunya, M pasti akan menjadi doktor pakar kanak-kanak. Maka itulah si ibu sanggup berniaga beberapa pagi dalam seminggu untuk menambahkan pendapatan agar keperluan belajar M dan adik-adiknya tidak terabai.

Pagi itu tidak seperti pagi-pagi yang lepas dirasakan M. Ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap ayahnya yang kelihatan resah-gelisah. Mundar-mandir ke sana ke sini. Masuk bilik keluar bilik. Masuk bilik lagi dan kali ini dia memanggil M kerana katanya dia memerlukan bantuan. M taat pada perintah. Kalau tidak, tempelak si ayah mampu saja meruntuhkan rumah pangsa sepuluh tingkat itu! M lalu masuk ke bilik ayahnya ...
...
...

Aduhai, ibu mana yang tidak lebur hatinya apabila mengetahui suaminya hampir-hampir saja memusnahkan mahkota suci anak gadisnya sendiri! Gadis mana yang tidak histeria tercalar jiwanya diperlakukan begitu!
.
.

Sore tadi kemuning putih di laman berkembang lagi namun harumannya masih belum dapat memujuk pilu di hati ini.


Salam.

19 comments:

Ordinary Superhero said...

Sedih, resah mengikuti kisah. Namun seolah tiada lagi rasa terkejut dengan kejadian. MasyaAllah, sudah hilangkah kemanusiaan dari dalam diri ini? Atau hati sudah mangli dengan kisah sebegini.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Bunga Rampai,

nilai manusia ialah "kewarasan akalnya",

pun demikian, "kelunakan nafsu" ampuh membutakan "sifat manusia" itu ...

SHIMI said...

salam,
dalam dunia yang semakin gila ini, kisah sebegitu seperti suatu kebiasaan. Nafsu yang meruntuhkan budi dan akal

julietchun said...

Salam rampai,
kisah2 begini sering menghiasi dada akhbar sekarang sehinggakan mak saya akan marah2 kalau tetibe saya lambat pulang dan lupa untuk menelefon terlebih dahulu.

Pegawai Khalwat said...

Itulah kehebatan kuasa nafsu.
Manusia yang paling hebat ialah manusia yang dapat mengekang hawa nafsunya.

blackpurple @ jowopinter said...

Dunia sudah di hujung-hujung...

Patut di'kasi' saja hukumannya...

Pa'chik said...

pak dia makan dhab ke hapa nih...

ada dulu kes katanya dia makan dhab.. tu yang takleh tahan... balun anak snirik... jahat tol...

faridmw said...

salam.. masyallah... itulah manusia klu tak berpegang pada agama dgn pegangan yang sebenar.. moga kita bukan jenis dari manusia yang sanggup bt sesuatu diluar batasan agama...

afid said...

cik rampai,

selalu kita dengar pemandu lori..
tapi ye, tak semua macam tu..selagi sedar diri.

salam :)

Dearie Pearls said...

Salam Bunga Rampai..

'nafsu' mengatasi segala-galanya..

m i n e r a l . . . said...

'hampir' harap belum lg... tp itupun sudah pasti merobek kepercayaan.

nah jus mangga, buat hilang dahaga dan memujuk hati itu.

jinggo said...

nafsu....
apa ada dengan nafsu......
nafsu boleh kawal seluruh dunia....
iman....
apa ada dengan iman.......
dengan iman nafsu boleh di kawal....
akal....
apa ada dengan akal.....
akal yang waras, iman yang kukuh dapat mengakang nafsu.....

nauzubillah.....
ya Allah elakkan bendan ini belakau kepada kami semua.....

achik said...

huhuhu.. :(

Unknown said...

Ah, siapakah yang dpt menerka tatkali manusia tumbuh tanduknya???

Lama skali tak mampir ke sini, apa khabar? :)

anggerik merah said...

Sedih bila membaca berita yang sebegini.. sanggup sekali ayah berfikirkan begitu terhadap anaknya sendiri. Nauzubillah

Bunga rampai, semuga sihat segar selalu and mewangai seperti kemuning putih itu.

Salam dari jauh...

Mardihah said...

dihah rasakan inilah cubaan bagi seorang gadis belasan tahun. was-was sendiri pada ayah sendiri perlu ada...adakah patut zaman ini? pokoknya, aurat itu harus dijaga selalu...walau dimana-mana

salam raikan cinta..

Bunga Rampai said...

Salam semua,

Sungguh, kisah seperti ini sudah menjadi satu kebiasaan kepada kita sehinggakan kita menjadi 'imune' tentangnya. Harapan saya semoga kebiasaan ini tidak menghalang kita untuk berperikemanusiaan dan menghulur bantuan kepada masyarakat. Paling tidak berdoalah untuk keteguhan iman, dan keampunan untuk umat Muhammad dunia dan akhirat.

Mineral, aiiik - tau tau saja saya suka jus mangga! :))

Theconfused, alhamdulillah sihat wal'afiat.

Anggerik Merah, bunga kemuning putih bukan saja harum tapi daunnya berkhasiat untuk menurunkan kolesterol dalam darah.

Suka Bebel said...

manusia berhati binatang semakin menonjol dan mengaibkan bangsa. nak salahkan siapa kalau dah memang diri mereka lupa Tuhan lupa agama.hmmmm...

Bunga Rampai said...

Suka Bebel, melentur buluh biarlah dari rebung.