Saturday, 13 June 2009

Panggung dan Pentas: sekadar mengulas rasa

Panggung:
Peduli apa mereka mentertawakan saya yang mahu menonton Syurga Cinta di panggung wayang. Kata mereka itu cerita budak-budak remaja hingusan. Cerita cinta klise untuk tontonan remaja yang betaraf old school. Apa lagi heroinnya juga sangat skema. Oh, terkekeh-kekeh mereka ketawa melihat saya berlalu pergi bersama Miyah.

Seusai cerita saya menitiskan air mata. Bukan kerana kesudahan ceritanya yang menghiris hati tetapi kerana penerbit filem ini seorang yang bukan Islam. Keupayaannya mencetuskan idea asal dan menerbitkan filem ini yang penuh pengisian rohani menyentuh hati saya. Alangkah penerbit itu telah mengangkat Islam di dalam filemnya!

Maaf, saya bukan pengulas filem. Saya sekadar mengulas rasa. Kalau nak tahu ceritanya, tontonilah filem ini.


Pentas:
Empat hari kemudian pada 3 Jun, atas jemputan seorang teman (yeay, dia belanja tiket!) saya berpeluang menonton (preview) persembahan teater Mak Yong di Pentas 2, KLPac.

Yang menguja saya menonton Titis Sakti ialah kerana ceritanya adalah adaptasi cerita klasik Shakespeare - A Midsummer Night’s Dream yang dipersembahkan dalam bentuk Mak Yong.

“… please switch off your handphone. The most important thing is don’t open your Facebook here, but if you have to, then don’t forget to add me on.”

Adooiii, siapa yang tidak ketawa terbahak-bahak mendengar arahan sebegitu selamba lucu dari pengacara yang segak berbaju Melayu lengkap! Dapat saya rasakan Mak Yong ini akan mempersembahkan cerita yang penuh kelucuan. Sungguh, kisah Titis Sakti penuh kelakar, memperli dan diselit-selitkan dengan dialog Bahasa Inggeris. Adooiii, memang sakit perut dibuatnya!

Saya puji persembahan ini walau kadang-kadang saya berpandangan terlalu banyak unsur jenaka yang diketengahkan sehinggakan pada satu ketika saya merasakan saya sedang menonton sebuah persembahan lawak jenaka! Bagaimanapun, barangkali itu satu strategi mengumpan khalayak pelbagai latar untuk mengenali Mak Yong dan membangkit apresiasi terhadap Mak Yong. Untuk itu, Mak Yong Titis Sakti telah mencapai matlamatnya.

Oops, saya bukan pengulas teater. Sekadar mengulas rasa.

Ke sini jika ingin tahu lebih lanjut kegiatan teater kawasan utara.


Salam.

20 comments:

Dearie Pearls said...

salam..
sedangkan upin dan ipin ramai yg nengok, apalagi kisah cinta cintun..
huhu...

wah lawak jugak kisahnya..
boleh saya bayangkan...

Lily Abdullah said...

Salam BR

Saya pun kepingin nak tengok teater itu. Tapi encik suami tak mau pergi sebab dia ingin membalas dendam. Kata dia, apasal tak mau ikut dia pergi Bukit Jalil.

Sorang minat sport, sorang minat seni. Cuma jodoh yang menyatukan kami.

Selamat berhujung minggu BR. :)

Suka Bebel said...

bila lah cik bunga rampai ni nak tunjukkan rupanya ya?hehe

Bunga Rampai said...

LotsofLove-Pearls, salam kembali. Tapi filem cinta di mana hero/heroinnya tidak pegang-pegang dan peluk-peluk juga tiada pakaian yang hip tidak menjadi pilihan remaja masa kini :(

Bayangkan yang dingin! :P

Water Lily, salam kembali. Ikan di laut, asam di darat - kalau pandai memasak dan mengadun keduanya ... phew, enaknya membawa ke syurga! Eh, eh, pandai-pandailah pulak saya! :D

Moga hujung minggu WL yang terindah!

Suka Bebel, entah bila, hehehe ...

Pa'chik said...

sepanjang idup yang lama nih... tak penah agi aku tengok makyong... kikiki...
kalau wayang kulit leh lagi... pasal dia lawak sesangat... tu pun tengok bisidi kat yutiub je... :P

Bunga Rampai said...

Pa'chik, Alaa, saya pun ini kali ketiga tengok Makyong sepanjang hidup ni, tapi yang ini paling kelakar :D. Kat youtube ada kot, cuba cari.
Dulu masa belajar ada jugak tengok wayang kulit, laa ni tengok vcd/youtube pun tak ada :(

artisticklytouch said...

eh eh saya juga menonton mak yong itu pada malam yang sama!!!

mak yong itu mak yong moden kata perannya...

Unknown said...

BR< saya juga menonton syurga cinta, punya skeptikal yg sama... di hujung cerita sy menangis, terkenang perkara yg sama....

Unknown said...

sy sdg tonton makyong kamu itu di youtube, sayang.. cuma intro saja...
:)

achik said...

salam kak Bunga Rampai..

best ek cite Syurga Cinta tu? saya ni jarang tgk wayang [err 2 kali je pun sebenarnya.. hehe].. slalu beli vcd cetak rompak.. opsss kantoi.. hehe.. tak pun tunggu tayang kat tv je.. ;p

Mak Su said...

maksu adalah org yg tak happening, maksu tak dpt enjoy teater or cinema especially lately.... dgn anak2 yg kecil dan sedang membesar. :(

m i n e r a l . . . said...

arghhhhhhhhh sy terlepas titis sakti...
jiwa nk pergi menjengah dimana setangginya.... aiyakkkk

kingbinjai said...

oh saya juga berminat dengan cerita tersebut. baru sekadar melihat the makingnya sahaja dan memang tak sangka juga

Bunga Rampai said...

Art, oh oh betullah tekaan saya ... saya cam seseorang macam Art masuk dalam! Saya duduk barisah tiga sebelah kiri, betul-betul depan pentas :)

Walau Mak Yong moden - pakaian kembannya bertutup!

Theconfused, titis air mata adalah rasa jiwa yang tak terluah dengan kata-kata!

Achik, salam kembali. Syurga Cinta adalah komedi romantik. Ceritanya mudah tapi membawa pesanan yang cukup kuat untuk anak-anak muda Islam tentang adab-adab bercinta.

Mak Su, rahmatNya amat besar kepada ibu-ibu yang berkorban menjaga/mendidik anak-anak. Itu lebih happening!

Mineral, setangginya dah pulang ke kayangan! :P

King, tak rugi menontonnya!

Pegawai Khalwat said...

Sayang tak dapat tengok mak yong.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Bunga Rampai,

"tentu, setiap daripada kita ada citarasa yang tersendiri - pedulikan apa mereka katakan !" ...

PuTeRi CaHaYa said...

salam...

herm...dh x bkesempatan dh nk jejak wyg... buzy..huuhuu.. bln dpn ader fstval teater...

(",)

maklang said...

bilalah maklang dapat tengok ceita cam tu..and dah lamanya tak pi cinema..

Anonymous said...

Hish...dah lama juga tak ke teater dan pelbagai persembahan kebudayaan macam tu.

nak mula menjengok2 balik....

mana tahu terjumpa pulak bunga rampai, boleh kita sama-sama nonton.

Bunga Rampai said...

Bro PK, sibuk tahap dewa tu dengan festival teater!

Zulkifli Mohamed, salam kembali. Ya, kita mesti ada pendirian!

Puteri Cahaya, selamat berteater! ;)

Maklang, belilah set teater bubuh katb rumah :)

Mawarmerah2008, berilah sokongan kepada teater dan budaya tempatan...
Kalau jumpa saya, lepas nonton Mawarmerah belanja teh tarik! :P