Friday, 5 June 2009

Rahsia Cinta

Seseorang bertanyakan saya tentang cinta. Pandangan saya ialah cinta itu ada di lubuk hati dan penuh rahsia. Tanya dia lagi, "Hatikah yang rahsia atau cinta itu rahsia?" Kedua-duanya rahsia jawab saya. Ya, mana mungkin dapat menyelongkar rahsia hati, apa lagi rahsia cinta kerana kedua-duanya milik Tuhan. Dia Yang Maha Mengetahui segala getar jiwa, keluh resah, dan rindu dendam seorang manusia yang dilamun cinta.


Gambar di atas juga ada rahsianya yang tersendiri yang tersembunyi di dalam jawapan untuk tag seorang teman blogger.

1. Letakkan gambar profil anda - di atas itu gambar profil saya ;)

2. Terangkan maksud gambar itu - samar-samar gambar itu melambangkan betapa samarnya hidup ini andai tiada matlamat dan keutamaan hidup. Tanpa matlamat dan keutamaan, kehidupan tidak berarah dan kita mudah tergelincir dari landasan.

3. Kenapa pilih gambar itu? - kerana tiada gambar bunga rampai. Itu logiknya :)

4. Tag 5 lagi blogger - saya suka tag kalau yang bernama bunga, tapi tiada yang bernama bunga dalam senarai saya. Jadi, saya tidak tag sesiapa.
.
.
.
Seseorang itu bertanya lagi tentang cinta yang paling indah. Jawapan saya berdasarkan kepada kata-kata seorang Guru supaya mencari keindahan cinta di dalam Kitab Suci. "Insyallah akan kau temui dan merasa cinta yang paling agung dunia dan akhirat." Demikian katanya.


Salam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*6/6/2009
Aaah, betapa saya SANGAT lalai.
Ya ampuuuuunn!
Ulasan Anggerik Merah menyedarkan saya.
Ada 2 teman blogger bernama bunga sebenarnya ...
... AM dan Waterlily.
Kepada anda berdua, saya mohon maaf.
Astaghfirullahal'azim.

8 comments:

buntalz said...

salam terima kasih kerana menjawab...

penuh pengertian dan penuh intipati yg tersirat...

salam hujung minggu juga semoga awak mendapat ketenangan bersama mereka yg tersayang

julietchun said...

mujur nama saya tiada bunga didepannya, kalo tidak haruslah kena jawab tag,hehehe.

Salam hujung minggu untuk bunga rampai.

anggerik merah said...

menarik sekali rahsia cinta...
semuga bunga rampai sihat selalu

Bunga Rampai said...

Buntalz, salam kembali. Semoga kita sentiasa tenang dalam mencari cinta hakiki.

Julietchun, jom kita cipta bunga baru dan beri nama bunga juliet! :P

Salam hujung minggu juga untuk Juliet.

Anggerik Merah, harum sekuntum anggerik merah bisa membangkitkan rasa si bunga rampai! Terima kasih untuk itu.

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Bunga Rampai,

salam kunjungan,

"cinta seperti mentari"

ada waktu hangatnya hebat sekali,
ada waktunya tiada bercahaya ...

Bunga Rampai said...

Zulkifli Mohamed, salam kembali. Menghargai kunjungan saudara.

... dan ada waktunya gerhana!

Salam kenal :)

blackpurple @ jowopinter said...

Bila agaknya akan dapat tengok wajah sebenar Br eh? :D

Bunga Rampai said...

Blackpurple, buat sementara ini biarlah rahsia! :D