winduuuu! Begitulah ucapan Rian sebaik saja melihat saya. Senyumannya meleret dan hati saya tentu saja berbunga-bunga melihat seri wajahnya yang menyambut kedatangan saya itu.
Seperti pertemuan yang sudah-sudah, waktu-waktu kami dihabiskan dengan bermain tangga ular atau saidina. Saya selalu menang, yeayy! Kalau saya kalah, dendanya ... alahai, menyiram pokok-pokok bunganya. Sungguh tak aci rungut saya kerana andai dia yang kalah ... dendanya hanya membuat minuman untuk saya.
Selebihnya masa-masa kami dihabiskan dengan membelek-belek buku dan majalah. Rian gemar sekali mendengar cerita-cerita rakyat dan saya akan bercerita untuknya. Tidak sampai pun sepuluh minit bercerita, dia pasti terlena! Kadang-kadang terfikir juga, entah-entah cerita itu atau barangkali cara saya bercerita amat membosankannya menyebabkan lenanya diiringi dengkuran yang sayup-sayup bagaikan deru angin petang yang longlai.
Entah mengapa pada pertemuan yang lalu kala dia lena begitu, benak ini rajin benar mengimbau-imbau masa lampau ketika kami mula-mula bertemu. Pada awalnya, saya tidaklah menyukainya kerana dia suka marah-marah ... ini tak kena itu tak betul! Emosinya terlalu panas. Entah juga apa yang merapatkan kami. Barangkali permainan tangga ular atau saidina, mungkin juga cerita rakyat itu.
Masa tetap berlalu. Untuk mengucapkan selamat tinggal adalah sesuatu yang payah untuk saya suarakan kerana saat-saat meninggalkannya adalah masa yang paling tidak disukainya. Masam wajahnya semasam belimbimg buluh. "Bi-ila lagi nak dataaang, bi-ila, bi-ila, bi-ila?" Dia bertanya bertalu-talu. Saya membujuk dalam pilu.
Kali terakhir kami bertemu pada awal bulan Julai yang lalu. Rencananya kami akan berjumpa lagi beberapa hari sebelum puasa bermula, dan sejak minggu lepas saya sudah merencana untuk bertemunya petang hari ini.
Alahai. Lain yang dicita lain yang datang. Tengahari semalam. Belum pun sempat jari menekan angka, telefon berdering minta dijawab. Saya tersentak amat mendengar khabar itu. Aduhai! Tidak ada apa-apa yang dapat saya lakukan kecuali menangis dan memanjatkan doa.
Rian telah pergi menemuiNya terlebih dahulu. Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun. Al-Fatihah. Semoga rohnya damai, dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang mulia di sisiNya.
...
Sungguh adil Masa itu berputar.
Ada yang kembali ... RamadhanNYA. Alhamdulillah.
...
Kepada semua teman bloggers, saya memohon maaf sekiranya ada yang terguris perasaan di atas kekasaran bahasa dan kata-kata saya selama ini. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Selamat berpuasa. Semoga hidayahNya pada bulan ini melimpah ruah untuk kita semua. Semoga juga ibadah kita lebih sempurna, lebih diberkati dan dirahmatiNya. Amin.
Salam Ramadhan 1428.
29 comments:
salam,
selamat berpuasa...datangla berbuka kat c nie, i 2 pun kalau rajin erk...rumah achik sentiasa terbuka...
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
== Mohon Maaf Lahir dan Bathin ==
MARHABAN YAA RAMADHAN
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
DENGAN OPTIMAL,
AAMIN.
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Tenang dan senang baginya. Hanya kita yang terlalu banyak bagasi.
Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un. Allahummagh firlahu warhamhu
[Teringat semasa bermain permainan Saidina kepunyaan Haleeda, sipenyanyi itu dulu-dulu]
Begitulah takdirnya. Bila sudah sampai waktunya, sesaat tak cepat, sedetik tak lewat dijemput oleh-Nya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Selamat mennghayati ibadah puasa dengan sebenar-benar penghayatan. Insya-Allah.
salam ramadhan dan selamat berpuasa
ziarah blog.
salam ramadhan...
Al-Fatihah buat Rian...
Selamat berpuasa BR :)
salam. Kadang2 kenangan itu datang hanya untuk memberitahu kita bahawa akan terjadi suatu peristiwa yang tak pernah kita duga. Percaya atau tidak? Tapi tak mengapa.. pahit manapun, ia tetap akan berlaku kalau itu takdirnya. Biarkan dia pergi. Mungkin itu lebih baik untuknya.
salam Ramadhan..
Al-Fatihah utk Rian..
Salam BR,
Al-Fatihah. Allah lebih menyayanginya.
Salam Ramadhan untuk BR, semoga dapat kumpul 'saham' akhirat banyak-banyak di bulan yang mulia ini.
salam..
selamatmenyambut bulan puasa... tingkatkan ibadat dibulan ini..
akak,
slamat menyambut ramadhan juge.
salam.
salam ramadhan, sajak telah siap sila ke blog untuk membacanya. :) terima kasih.
Salam kak..
Sayu..
emmm mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat..
entah bila giliran kita ya..
:)
Salam Ramadhan buat BR... bila ajal datang menjemput, tiada siapa yang dapat lari darinya... Al-Fatihah buat allahyarham Rian... semoga rohnya tenang di sana...
selamt berpuasa... maaf zahir batin...
- kenangan terindah...abadikannya sebagai kenangan... yg hidup perlu teruskan perjuangan, jgn leka diulit kenangan moga tabah melalui ranjau perjalanan.
Selamat menjalani Ibadah Puasa.
Semoga keberkatan Bulan yang mulia ini akan merahmati kehidupan kita.
P/s- KIta akan menyusul kemudian.
salam kehidupan,
takziah buat anda, yang pergi akan tetap pergi. namun, kita masih ada umur berbaki.
selamat menyambut bulan puasa.semoga hidup diberkati.
salam ramadhan utk bunga rampai. Takziah di atas kehilangan..
Salam Ramadhan.
Ramadhan al mubarak. selamat menjalani ibadah puasa
perari terpaksa guna mahkamah untuk menang ngan mclaren tahun ni..
semua poin konstruktor kena tolak..
hu hu hu...
takziah buatmu cik bunga rampai..
al-fatihah buat Rian
maaf untuk aku juga ya cik bunga rampai
Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun.
salam ramadhan dan maaf juga ku pohon pada anda.
Datuk Seri,
entah kenapa hati saya menjadi sayu sekali.. cepat benar berbekas dengan kisah sebegitu. Membawa keinsafan tentang kasih sayang dan rahmat Allah yang tiada bertepi. Maha Suci Dia!
Bagaimana Ramadhan kali ini? Semoga segalanya dipermudahkan Allah dan diringankan badan untuk melebihkan ibadah seharian, insya Allah ..
Al-Fatihah untuk insan bernama Rian.
Bunga rampai,
Ramadhan mubarak.
selamat melalui madrasah ramadhan. moga sukses.
Salam,
A_Sufi, En. Sunan, Bro Keng, Pa'chik, BP, Azer, Ismisuzu, 13may, Wanie_agk, Achik, Iman, Faridmw, King, Dik Sayuti, akirasuri, Sastri, Mineral, Goro, Cermindiri, Goboklama, Ah Kim, OSH, Art, Kamarul, Anggerik Merah, Datin Iza, Bro Zizie, ... terima kasih di atas ucapan Ramadhan, ucapan takziah, dan doa-doa untuk arwah Rian.
Bro Keng, ada bagasi yang berat, ringan, ada juga yang kosong. Ada bagasi besar, kecil, juga sederhana. Bagasi cantik ada, lusuh juga ada. Bawa bagasi itu naik apa ya? :)
BP, [Dulu hingga kini, saya masih suka bermain tangga ular,]
Wanie_agk, Mineral, ada pesanNya dalam setiap kenangan andai kita renung dalam-dalam.
King, terima kasih sajak-sajak itu. Indah dan saya amat tersentuh.
Pa'chik, aduuuuuh, saya kecewa dengan McLaren. Macam-macam hal - mengintiplah (macam tak percaya jer), lepas tu drebar-drebar tak serasa. Race Ahad lepas, Ferrari 1 dan 2 :-((((
Datin Iza, puasa saya Alhamdulillah berjalan lancar. Tapikan, awal-awal lagi suasana Ramadhan saya tercemar dengan gelagat anak-anak muda yang terlampau merdeka :(
Ismisuzu, Ah Kim, salam kenal :)
Post a Comment