Tuesday, 4 September 2007

Berisi

Dua minggu lalu ...
Kawan A: Aduuh, lama tak jumpa! ... Eh, nampak berisilah sekarang!
Saya: Ye ke?

Fikir-fikir: corak baju kut buat nampak berisi.


Sabtu lepas ...
Kawan B: Aiyaya, long time no see! ... Hmm, you look a bit berisilah!.
Saya: Err, really?

Fikir-fikir: warna baju kut yang buat nampak berisi.


Semalam. Jarum penunjuk pada alat penimbang berat badan menunjukkan angka telah menaik [?] kg berbanding 3 bulan sudah.

Fikir-fikir: penimbang tu rosak kut!

Tiba-tiba terfikir: Aiseyymaaaann ... patut ler pinggang seluar koboi agak-agak mengecil gitu!

Salam.

20 comments:

HCI said...

Rampai, kak pula lain jadinya. Diri gelisah kerana berat menambah 5 kg, tapi bila jumpa orang, orang kata "Eh you look slim!". Penimbang digital, sudah dikaliberasikan, dan semua baju biasa dah tak dapat pakai, tinggal yang extra large aje.

akirasuri said...

huhu..
badan saya pun dah bulat, montel..
ha ha ha..
saya rasa baju sayalah yang dah kecut sebab terkena banyak bahan kimia dalam sabun..
he he he :p

kingbinjai said...

ha ha ha. saya juga bila terjumpa kawan kawan semua kata saya berisi. pipi dah tembam katanya. dorang tak tahu, dah 3 bulan saya tanggung sakit gigi, yang tembam tu bukan apa, gusi dalam dah bengkak ha ha ha

Mak Su said...

hhmmm, nak wat camner tu? isi isilah, biarlah.. asalkan happy

Azer Mantessa said...

alhamdullillah. saya plak ... makan byk2 pun tak berisi sampai member2 dok asyik tanya 'hang sakit ka?' ... dah penat nak jawab ... haku tak sakit ... haku slim :(((

Bunga Rampai said...

Kak Has, jangan gelisah. Pentingnya hati kita senang dan tenang :)

Akira, kita seperahu dik ... baju juga yang salah! :D

King, hahaha! Laaa, masih bertahan? Kena rawat gusi tu, nanti melarat.

MakSu, betul tu MakSu!

Azer, makanlah 'super weight on.' :D

blackpurple @ jowopinter said...

Berat badan naik tak mengapa BR, asalkan masih ditahap ideal. Kesihatan adalah aset yang paling berharga. :)

Ajzie said...

Hihihi saya juga memberi alasan yang serupa utk diri sendiri... Moga diri lebih ceria, gembira dan tenang.

- G O R O - said...

Hatinya senang Mungkin

Makmur hidup

Anonymous said...

betul, betul.. sume salah baju dengan penimbang tu. kan? kan? kan?

hehe.. ;p

Pa'chik said...

banyak gi makan eskrim neh... hehe...

wanie_agk said...

asal sihat dah la..

Butaseni@Wan Raja said...

hehehe dekat area pinggang tu memang tinggi risikonya kalau tak dijaga.hehehe

nasihatku yg butasihat...kalau nak diet takpe,janji jangan skip sarapan,nanti pengsan.:D

13may said...

salam BR,
sebab tu saya tak suka timbang berat badan...hehhe

Mommy Lyna said...

takpa. doremon bulat pun comel jugak.

Pegawai Khalwat said...

Perasaan depa saja tu. Jangan layan sangat.

Ku Keng said...

Salam Dik,

Suatu hari seorang Arab, dalam perjalanannya ke pasar, jatuh dari unta. Ini telah ditertawakan oleh orang-orang yang berdekatan yang sememangnya tidak senang dengannya.

Apabila beliau bangun kembali, beliau menoleh kepada mereka dan berkata, "Apa yang melucukan, jubahku yang terjatuh dan secara kebetulan aku di dalamnya!"

Unknown said...

Ekekeke... satu pengakuan yang tulus :D

Kemat said...

saya kalau boleh nak berisi ckit..dah bertahun berat badan tak naik2..alahai

Bunga Rampai said...

BP, Vitagen kata health is wealth" ;)

Ajzie, kita selalu beralas-alas :D Amin.

Goro, Alhamdulillah. Sebenarnya bila sarat dengan tugasan, maka makannya berlebihan!

Kamarul, :D :D

Pa'chik, eh eh ... tau tau jer pa'chik ni :))

Wanie_agk, betul. Salam kenal :)

Butaseni, terima kasih nasihat itu. Pinggangmu ukurannya berapa? hehe menyibuk ...

13may, salam kembali. Satu tindakan yang bagus :)

Sitilina, huhu ... saya tak nak jadi bulat :D

Bro PK, sebenarnya depa nak jual jamu dan pil pelangsing pada saya :D Sungguh!

Bro Keng, saya juga ketawa membayangkan cara beliau terjatuh dari unta. Ada pengajaran di sini -tentang sikap manusia.

Para kedua, agak dalam kata-kata beliau. Saya tercari-cari maksud :(

Zalisa Maz, :D

Kemat, jangan risau. Biasanya lepas dah anak satu atau dua, berisilah tu :)