Rian - mulutnya senget ke kanan, tangan kanannya bengkok sentiasa rapat ke dada, belakangnya bongkok, jalannya terhinjut-hinjut, cakapnya sukar difahami. Dia dilahirkan begitu. Kesan bisa ular yang mematuk ibunya ketika mengandung lima bulan.
Siva - menggunakan kereta beroda. Dia lahir lengkap fizikal, aktif, ahli sukan. Ketika berumur 15 tahun dia jatuh dari pokok. Sejak itu dia lumpuh dari pinggang ke kaki.
Demikian saya kisahkan kepada kawan saya yang asyik-asyik saja bertanya ke mana kembara saya petang semalam. Kawan saya ketawa berdekah-dekah. Ujarnya kenapa saya harus menyusahkan diri hingga menjejaki mereka itu yang begitu?
Ya, yang begitu itu bagi saya biasa saja kerana mereka itu sebahagian daripada kita, kehidupan kita. Punya rasa, punya jiwa yang minta dibelai kasih. Simpati harus diulit empati maka barulah kita boleh merasa apa yang mereka rasa.
Kawan saya ketawa lagi. Buang masa saja katanya. Lebih enak minum kopi di Starbuck.
Itu dia. Saya tidak minum kopi.
Air saya cuma titis-titis air dari langit. Saya tidak tahu apakah kehidupan saya masa mendatang. Rian dan Siva mengingatkan saya bahawa jalan pulang ke pangkuan-Nya semakin hampir.
Sepi.
6 comments:
:~(
Dan Pak Malau kaya dengan khazanah masa-masa yang berlalu yang terbiar dengan kealpaan. Yang disangkan penuh nikmat yang dipenuhi dalam waktu yang telah terbuang.
tahniah. anda telah melaksanakan fardhu kifayah. jgn sampai mereka merintih: "...tidak ku pinta lahir ke dunia..."
Salam.
Pak Dollahjones - :-)
Sayuti - :~(
Keng - masa tidak menunggu kita. (saya dah makan kat gerai di Kg. Baru tu. Citarasa saya. Terimakasih)
Zizie - terimakasih. Sekadar melaksanakan tanggungjawab. Kasih sayang untuk semua.
p/s: selama tiada, rindu jua pada tulisan kalian dan yang lain. Namun belum sampai tahap gila berblog :)) Alahai, belum punya masa luang untuk bersiar-siar di laman kalian.
*simpati harus diulit empati*
saya tak setuju bhg simpati. mereka perlukan empowerment sebenarnya
Salam atenah,
Terima kasih. Membuat saya berfikir :)
Post a Comment