Sedang mahu menyeberang jalan ke arah perhentian teksi, ah, mata ini terpandang pula dua sejoli sedang berenak-enak duduk rapat-rapat di perhentian teksi itu. Mujurlah saya memakai kaca mata hitam.
Duduk di sebelah dua sejoli itu menunggu teksi cukup merimaskan. Eeehh, mata ini lagi mahu saja jeling-jeling mereka itu! Adeh, mereka ramas-ramas tanganlah pulak! Eh eh, kepala si perempuan terlentok di bahu teman lelakinya! Oh oh, si lelaki itu memeluk bahu teman wanitanya itu! Sungguh tak sopan!
"Dik, selamat pengantin baru." Saya.
Perempuan itu, matanya terbeliak. Dia cepat-cepat meleraikan genggaman tangan dan si lelaki melepaskan pelukan. Mereka tersipu-sipu lalu merenggangkan jarak. "Eh, belum kahwin lagilah kak ... kawan jer!" Ujar si gadis.
"Oh!" Saya senyum. "Bulan Ramadhan Dik, tak baik macam ni."
"Saya tak puasa Kak, tak boleh puasa."
"Kamu pun tak puasa?" Tanya saya kepada si lelaki.
"Puasa."
Saya pun berbual dengan mereka. Tak lama. Teksi tiba dan si gadis menaiki teksi meninggalkan temannya. Saya berbual lagi dengan lelaki itu. Pun tak lama. Sebuah motorsikal Kris tiba dan dia mohon izin untuk pergi.
Semoga Dia terus menyayangi mereka dan memberi petunjuk menuju jalan yang diredhaiNya.
Salam.
9 comments:
tak boleh puasa tak bererti boleh buat sesuka hati
Salam.
Kasi doa sama lia olang la ho! Sujuuk hati sikit!
alahai...
kalau dah takde orang-orang tua nanti...
Perut ja posa tue..
Hati dan nafsu xposa.
Alhamdulillah, BR diberi kekuatan untuk menegur tepi kain orang yang koyak dengan kata-kata. Agaknya, kalaulah saya yang berada di tempat BR, mungkin saya tak mampu…….Mungkin cuma mampu menahan sebal dan bengkak di dalam dada sambil mencari kesempatan mencuri-curi pandang di sebalik celah kain yang koyak itu agaknya. :)
Kasihan emak dan ayah pasangan itu....
ish... ish... ishhhh...
hal yg sama saya jumpa dalam bas semalam...
sabo je lahhh...
ish...ish...
mungkin mereka sudah melupai tuhan tapi tuhan tidak akan melupai hamba-hambanya...
Bunga...
Tamau kasi hapdet ho? Hehehe!
Ah Kim, entri pun puasa jugak! Hehehe ...
King, Ah Kim, Pa'chik, Goro, BP, Ismisuzu, A_Sufi, betapa Ramadhan pun tercemar. Entah bagaimana cara lagi untuk menangani masalah ini :(
BP, terima kasih komen yang menarik dan bermanfaat itu. BP telah membuka satu ruang untuk saya melakukan sesuatu :)
Post a Comment