Thursday, 30 August 2007

Lagu Cinta


31 Ogos 2007

Bersenang-senanglah kita pada tarikh ini. Hari Kemerdekaan.

Maka itu saya mahu menyanyi lagu cinta. Seroja. Lagu yang menggamit kenangan zaman kanak-kanak, mencari upih pinang bersama kawan-kawan kemudian menaiki upih itu menggelonsor turun bukit sambil menjerit-jerit. Aah, seronoknya jadi budak kampung! Merdeka sekali pada usia itu.

Ini, lagu cinta untuk kalian juga.

Namun jangan lupa, hari sesudah 31 Ogos itu adalah hari pertama menuju usia 51 tahun kemerdekaan. Kita semakin tua.

Pada hari-hari mendatang, andai kalian terserempak seseorang yang memakai lencana bertulis "Saya Anti Rasuah," pastikan si pemakainya tidak berlagak "Saya Nanti Rasuah."

Tegakkan kebenaran. Itu tanggungjawab. Itulah erti merdeka.

Kemerdekaan hanya bermakna apabila kita berani melafazkan yang benar itu adalah benar, dan yang salah itu tetap salah.

Salam Merdeka!

_____________________________________________________


02 September 2007

O la la !!! Masih dalam mood Merdeka?

Tak sangka ada hadiah kemerdekaan untuk saya, maka bertambah meriahlah lagu cinta dengan kehadiran kartun Zunar di atas. Terima kasih Bro Keng.

Ke sini jika kalian mahu melihat Jalur Gemilang versi 50 tahun Kemerdekaan.

2.55 pm
Salam.

29 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Merdeka! Walau apapun takrifan dan perspektifnya.

Merdeka bukan sekadar retorika atau mengibar bendera, tapi juga waras di minda dan jiwa.

:)

Butaseni@Wan Raja said...

salam merdeka.
hehehe depa nanti rasuah?hehe
Ya kebenaran sangat perlu untuk memajukan lagi usia yang matang kita nih.:)

Pa'chik said...

seroja dendangan sapa? search punya pun ada....

Terpancar sejalur cahaya
Di kelopak nya seroja
Bak gemilang sama renda
Memukau mata hati ini seketika

Azer Mantessa said...

"Saya Nanti Rasuah" - wah :D

Azer Mantessa said...

salamat menyambut hari kemerdekaan ke 50.

cikdinz said...

tanya pada generasi skang apa makna merdekaaaa.........

Sastri said...

hmmm... apakah makna merdeka kalau minda masih dijajah?

salam kemerdekaan buat BR... selamat bercoti panjang... :D

Izariza said...

Datuk Seri .. merdeka itu begitu mendalam maknanya .. dan meluas sekali cakupannya.

Alhamdulillah, secara bertulis kita sudahlah merdeka .. tapi setakat yang tersurat apalah maknanya jika erti sebenarn kemerdekaan masih tiada yang mahu mengotakan.

Oh oh .. secara peribadi, saya sudah merdeka (dari sebahagian hambatan dan komplek tugasan) tapi di hadapan sana .. aduh .. banyak lagi tangga yang perlu didaki ..

Semoga Datuk Seri senang-senang aje di hari cuti merdeka ini .. dan sama-sama kita renungi ironinya sambutan kemerdekaan kita dengan perarakan dan laungan merdeka segala .. huh!!??

Teh panas sentiasa menunggu! :)

Bunga Rampai said...

BP, sungguh bersemangat! Ya, ya, orang yang tidak waras adalah orang yang tidak merdeka ;)

Butaseni, dan dalam kebenaran perlu ada kejujuran.

Pa'chik, Seroja dendangan Ust Akhil Hayy.

Balas pantun pa'chik ...

mata hati tujunya berbilang
pimpinlah ia jangan dihalang
seiring doa mohon cemerlang
ke satu puncak Nur gemilang

... teringat pulak ikan sembilang! :D

Azer, katakan 'Tak Nak' pada rasuah :)

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 juga untuk Azer.

Cikdinz, selalu dengar kat tv, selalu baca kat akhbar ... ramai yang tahu tapi hanya segelintir yang faham.

Sastri, betul tu Sas.

Selamat juga untuk Sas. Nak makan kek coklat cuti panjang ni :)

Datin Iza, tak pernah lupa menghidang teh panas untuk saya :) Terima kasih untuk itu.

Kalaulah makna merdeka itu sesenang menghirup aroma teh panas itu, pasti kita semua bahagia...

Teh Merdeka ada? ;)

Kemat said...

kata org sejarah kan berulang..apakah kita akan kembali di jajah..mungkin jika kita terus leka dan bermimpi

Ku Keng said...

Merdeka?

Di Kedah ada Pantai Merdeka, tetapi nelayan-nelayan di sana masih belum merdeka dari kemiskinan. Di KL ada Stadium Merdeka. Sunyi dan sepi. Dataran Merdeka? Penuh dengan Bangla setiap malam minggu, bersiar-siar dan mungkin merancang untuk menjatuhkan kerajaan mereka.

Dan kita? Seronok. Banyak duit rakyat habis kerana terlampau seronok.

Ordinary Superhero said...

Katakan Tak Nak pada Rasuah....Tak Nak Sikit tapi kalau banyak...bergoncang iman.

Yang benar tetap benar.

Pa'chik said...

itu bukan pantun, itu lirik lagu seroja search.. :P

Mommy Lyna said...

ntah la. tp saya suka merdeka sebab dapat cuti.

Bunga Rampai said...

Kemat, secara tidak sedar, kita sedang dalam proses dijajah semula. Mata hati kita yang dipimpin menyimpang dari jalan menuju kemerdekaanNya.

Bro Keng, Merdeka? Soalan yang membawa banyak persoalan.

Dataran Merdeka bakal menempa sejarah barangkali ... satu hari nanti anak-cucu-cicit Bangla akan meraikan kemerdekaan negara mereka di dataran itu. Dan boneka-boneka ajaib akan melaungkan 'Malaysia Boleh!!'

Mega Sale Bro, rakyat seronok!

OSH, sungguhlah apa yang dikata itu ... goyah!

Pertahankan prinsip hidup.

Pa'chik, laaa ... ingatkan pantun! Tak pernah dengar Search nyanyi lagu tu. Saya cuma suka Isabella dan Fantasia Bulan Madu jer. Nanti saya cari (saya buat koleksi seroja dendangan siapa saja)

Sitilina, selamat bercuti panjang :)

akirasuri said...

huhu.

tak pergi tengok kembang api hari tu?

mereka. kadang-kadang reti lafaz saja, cuma erti merdeka itu sendiri tak tahu..

salam merdeka!

BaYu SenJa said...

heh, akira..
lafaz tak sah kalau takdak niat :)

hehe.. orang kita tak menjiwai erti merdeka sebenar !! itu yang bayu rasa

Iman Mawaddah said...

Salam BR,
Banyak kali sudah saya datang menyinggah. Tetapi ntah mengapa kelu untuk mengomen. Mungkin masih dalma mood merdeka barangkali :)

Achik_Sufi said...

salam,
moga c hat slalu...

Sayuti said...

salam,
komen saya, seperti bait2 puisi tersebut...

hehe.

selamat menyambut hari kebangsaan.

HCI said...

Yang penting rasa merdeka, tak perlu tunggu perayaan. Ku merdekakan lagi diri ku untuk Ramadhan yang akan datang.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

yea....cermin menyokong dan rasanya semua rakan maya menyokong.

Bunga Rampai said...

Akira, huhu ... akak tengok kembang api depan tv dik, sambil makan kek coklat :)

Moga sikit hari lagi mereka tahu.

Bayu, hehehe ... kena berlagu cinta dulu baru ada jiwa.

Iman, salam kembali. Bagus, teruskan dalam kesederhanaan :)

AchikSufi, salam kembali. Amin. Alhamdulillah. Terima kasih.

Dik Sayuti, salam kembali. Ya, akak memahaminya :)

Kak Has, setuju. Doa saya mengiringi.

Cermindiri, salam kehidupan kembali. Alhamdulillah, cermin faham lagu cinta ini.

kingbinjai said...

dah mula pening dengan perkataan merdeka

blackpurple @ jowopinter said...

Kacau-bilau!

- G O R O - said...

Satu en3 yang menarik..

Kemerdekaan yang belum telus..


Salam Dunia..

Bunga Rampai said...

King, cepat-cepat telan panadol!

BP, hentikan!

Goro, begitulah. Salam Dunia juga ..

Pegawai Khalwat said...

Salam merdeka walau dah lewat.

Bunga Rampai said...

Bro PK, terima kasih atas ingatan :)