Terima kasih kepada teman bloggers yang meninggalkan komen untuk entri saya yang terdahulu, Si Cilik Remaja. Saya amat menghargainya. Kalian sebenarnya telah membuka ruang untuk saya meluahkan rasa hati. Luahan rasa bermula dengan petikan komen di bawah yang saya kira mewakili semua komen yang telah diberi.
Dari sudut lain, mereka sebenarnya mencari kasih sayang. Malahan dengan aiskrim sudah timbul keseronokan. Perlu ditunjuk ajar dengan penuh hikmah ~ Ku Keng.
Cilik-cilik Si Cilik Remaja, dia juga manusia biasa yang punya hati, ada rasa, membendung hasrat, mahu berbicara manja, kepingin sekujur tubuh diusap belai dengan tangan-tangan lembut penuh kasih dan sayang. Si Cilik Remaja mahukan perhatian. Lumrah kejadian manusia di peringkat ini dengan jiwa yang berdarah panas, berombak ghairah - ini bukanlah satu perkara pelik. Cuma, ianya akan menjadi aneh apabila segala rasa dalaman itu dengan enak saja disalurkan tidak mengikut adab, lantas bukan sahaja remaja itu menzalimi dirinya sendiri malah menzalimi ibu bapanya, keluarga, kawan-kawan, dan ummah.
Lihatlah betapa mudahnya mempengaruhi remaja yang terumbang-ambing dengan perhitungan yang masih terapung-apung - hanya dengan pelawaan untuk makan aiskrim, lentur akar hati lantas menurut saja kehendak itu . Apa lagi andai diajak tengok wayang, makan angin, tengok konsert - pasti melonjak seronoknya tidak terperi! Bayangkan apa yang bakal berlaku andai yang mengajak itu punya niat jahat, alahai ... kesan dan kesalnya juga tidak terperi!
Apa pun keterlanjuran yang telah dilakukan oleh para remaja, saya kira ruang masih lebar dan panjang untuk membawa mereka ke jalan yang lebih berfaedah, dan siapa-siapa juga kita ini wajarlah menjadi sahabat mereka sekali gus berperanan sebagai pembimbing.
Bukan semua remaja bermasalah datang dari keluarga yang berantakan, bukan semua remaja mahu berada dalam kabut kepincangan peribadi. Ada remaja bermasalah berlatarkan keluarga yang berhemah, ada remaja pincang kerana desakan dan tekanan hidup.
Sambil-sambil kita menuding jari ke sana-sini, jangan lupa tudingkan jari itu ke arah diri sendiri. Sambil-sambil kita mengeluh mengenang nasib para remaja yang tergelincir jalan, binalah denai lurus dan terang untuk mereka lalui, moga mereka lebih menghargai kehidupan yang fana ini. Tunaikan amanat Allah Subhana Wata'ala yang dipertanggungjawabkan kepada kita.
Setiap kita punya tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah Subhana Wata'ala untuk membantu insan lain. Kita bagaikan kepingan jigsaw puzzle, saling melengkapi untuk sebuah kehidupan yang lebih bermakna di dunia dan akhirat. Mengabaikan amanah ini bermakna kita turut membantu menghancurkan ummah, sekali gus mengabaikan persediaan jawapan yang bakal ditanya di akhirat nanti.
Remaja sering keluh resah mengharapkan belaian suara manja penuh kasih, sentuhan tangan mengusap-ngusap sayang - itulah santapan rohani yang ulung dalam pembentukan jiwa remaja yang berketerampilan hebat, juga perisai utama untuk menepis dan menangkis noda-noda hitam yang menceroboh diri! Jiwa nan gersang kasih sayang juga adalah perangkap utama remaja mencari perhatian dan keyakinan di luar norma kehidupan dan adab-adab agama.
Sambil-sambil makan aiskrim, sambil-sambillah berseloroh dan berbicara santai a-la hip-hop remaja, dan dalam sambil-sambilan itu selitkan pengisian mata hati yang boleh membawa mereka berfikir. Bina titian persahabatan, panjang-panjangkan titian itu sehingga kukuh. Remaja sebenarnya memerlukan seseorang yang mahu mendengar segala gelodak lahar jiwa mereka.
Andai mereka ketandusan perhatian dan kasih sayang keluarga, apa salahnya kita unjurkan sedikit kasih kita untuk mereka rasa, apa salahnya hulurkan secebis sayang kita untuk mereka jiwai. Kongsilah sekelumit masa kita bersama mereka. Kasihani dan sayangi mereka sebagaimana sifat Allah yang Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi semua hamba-NYA.
Ya, sambil-sambil makan aiskrim a-la hip-hop Si Cilik Remaja, sedar tidak sedar antara suapan dan ungkapan, barangkali ada ilmu yang terselit. Siapa tahu. Fikir dan renung.
Sesungguhnya zaman berubah, era berbeza namun kita jangan alpa, janji Tuhan tidak pernah berubah walau berapa kurun pun berlalu.
Kalam Allah jelas, dan Sunnah Nabi nyata.
Tugas kita menasihati dan membimbing seadanya, selebihnya DIA uruskan.
Aduhai aiskrim ...
aiskrim sundae McD dengan topping coklat memang sedap!
Aiskrim Malaysia pun sama hebat, itu ... yang ada asam boi ;)
Salam.
25 comments:
Aiskerim dan remaja yang tergelincir. Sekali mereka melakukan kesalahan, jangan pula menghukum mereka seumur hidup.
Susun kepingan bata membentuk jalan supaya mereka nampak dan tujuan. Dengari isi hati dan fahami gelodak hati mereka. Maka pasti mereka akan mengerti bahawa golongan dewasa bukan sekadar orang-orang tua yang suka berleter dan merepek. Tetapi golongan yang akan melindungi mereka dan memeluk mereka dalam kasih sayang.
Si Cilik itu gadis, maka jika kakak yang membawanya, orang tidak begitu mengata.
Tapi jika abang yang mempelawa makan aiskrim, walau dengan niat yang baik, ada serong juga pandangan orang padanya.
Kalau bawa sama-sama jantan, di kata gay pula.
Manusia memang suka menyangka dan mengata. Walau tidak semua.
Psss.... aku tetap berpendirian, kalau buat baik, buat saja. Yang menilai bukan manusia, tapi Allah Subhana Wata'ala.
Manusia menilai lahiriah saja. Yang penting tahan telinga.
saya suka eskrem asamboi
salam bunga rampai...
entry yg sangat menarik:)
ps: kat mana buleh beli ice cream asam boi itu yer????
Saling berpesan, saling menegur, saling memperbetulkan.
Tanggungjawap mereka, juga tanggungjawap kita, juga tanggungjawap semua.
Just do the best,
God do the rest
Terima kasih mengabadikan puisi tiu di sini. Oklah nak singgah McD sekejap beli Sundae.. !
aiskrim asam boi susah nk dpt..nk makan sundae McD kene drive..makan aiskrim potong(kacang merah)je la..nyumm nyumm...
oh saya baru aja menyekodeng budak-budak kechik berpeleseran di shahab siang tadi.. tak ada arah, menjadi naga berkepol-kepol..
oh ohh saya suka aiskrim kacang hijau..sedap!!
penggiat agama juga sering berasa tercemar bergaul dengan mereka yang bermasalah..
alahai, kenapa perlu dipinggir.. sudahla mereka jauh, jangan lah dijauhkan lagi..
Dakwah itu bukan ditaklifkan ke bahu mereka yang bergelar ustaz, ustazah, atau pendakwah rasmi semata. Malah, sekalian yang mukallaf wajib menjadi petugas Allah, menyeru kebaikan, menghalang mungkar. Setitik usaha yang kita buat ke arah jalan Allah, segunung pahala menanti.
Moga kita tidak termasuk dalam kelompok manusia yang lagha, sesat lagi menyesatkan. Wal-Asr.
Mungkin masih ada peluang untuk mereka... Tiada salahnya menghulurkan tangan, cuba memujuk kembali ke pangkal jalan... Aiskrim sundae tanpa apa2 topping menjadi pilihan... :D
Alhamdulillah Dik.
Teruskan.
Aku juga berpandangan seperti pegawai khalwat. Manusia memang suka salah sangka walau tak semua.
Dan aku suka aiskrim bubur kacang.
Fuyooo …. Alamak…aiskrim asam boi… nih yg terkeliork nih
Menghulurkan bantuan pada yg perlu..
Aduss, banyaknya miss enrty yang terbaru.....
Sukak kalau bubur kacang dibuat aiskrim malaysia.
bila keluarga sibuk dgn hal duniawi, maka anak-anak akan terbiar...
bukan salah mereka 100%. parent pon boleh dipersalahkan...
salam,
bkn aiskrim sja, prnah sya dgr, teh ais & burger pun bleh, murahnya... cuma hrga sglas teh ais & sbji burger.
(",)
wah... wah....wah...
hahahah... sj jer singgah... xper teruskan usaha.... gambaten ne!
assalammualaikum... maaf kehadiran tanpa undangan... tracing your blog dari blog kacc..
terkesima ngan tajuk remaja.. bagi diri saya tersentak dengan kenyataan yang keremajaan diri sendiri yang dimiliki tak pernah hilang..((perasan muda.. wakakakak.. mineral, izariza, kacc korang jangan gelakkk...))
secara positifnya saya lebih suka remaja terus dengan keliarannya.. biarlah remaja terjumpa keburukan keseronokan yang plastik.. biarlah mereka menimba segala keburukan yang ada agar mereka dapat menegah anak anak mereka dari menjejaki jalan yang sama... mengenali kawan yang bakal membimbing mereka samada ke neraka atau ke syurga...
moga.. kita tak menilai mereka sebagai insan yang buruk .. hanya sekadar mendengar celotehan gurauan...
kalau ler boleh ditanam kesesuliaan dalam penyerahan diri pada nafsu alangkah baiknya..tapi siapalah saya...
p/s hanya dengan senyuman kan bunga rampai... u dapat mendekati mereka..?? wassalamm
Salam,
Indera:
Terima kasih atas pandangan itu. Kita-kita ini saya kira, perlu saja membuka jalan untuk mereka, sambil membimbing.
Bro PK:
Saya memahami keadaan itu.
Pendirian yang tegas bersandarkan kekuatan dalaman pada Illahi membantu menyempurnakan tugas kita.
King:
Oh, sekali lagi kita serasa. Patutlah serasi :)
13may:
Salam kembali.
Entri untuk renungan bersama ...
Eskrem asamboi tu, kalau kat sana saya tak tahulah pulak mana nak dapat. Cuba tanya budak-budak sekolah :)
BP:
Tanggungjawab bersama.
Puisi: ermm, tanpa mohon izin terlebih dahulu, tapi rasanya sudah mendapat izin :D Terima kasih BP.
Dah singgah McD beli aiskrim tu?
kacc:
Aiskrim - kalau hendak seribu daya ;)
Oh ya, saya pun suka aiskrim potong kacang merah!
Akirasuri:
Jangan silap sekodeng, nanti depa pulak yang sekodeng Akira :)
Oooh, saya dah lama tak makan aiskrim kacang hijau ..
Bayu Senja:
Alahai, sedih mendengarnya. Agaknya mereka sibuk menggubal undang-undang untuk remaja.
Izariza:
Sebaiknya siapa-siapa juga kita ini perlu memahami tujuan hidup ini juga makna 'tugas kita sebagai hambaNya dan khalifahNya'.
Sastri:
Bersangka baik. Bagus.
Aiskrim sundae tanpa topping pun sedap. Ringkas.
Salam,
Bro Keng:
Terima kasih atas sokongan. Amat menghargainya.
Payakubor:
Akur pada lumrah perangai manusia. Jangan cepat mengalah!
Bubur kacang bubuh toppin aiskrim, dah cuba?
Azer:
Teringin nak dengar Azer buat instrumental bertajuk "Aiskrim Asam Boi". Saya serius ni!
Ajzie:
Begitulah hendaknya, kesedaran perlu ada.
OSH:
Aiskrim bubur kacang dapat merehatkan minda orang-orang yang sibuk. Serius!
Cikdinz:
Kita manusia sentiasa dalam kekurangan. Berusaha untuk menuju kebaikan.
Akuokay:
Mereka juga mengajar kita tentang kehidupan. Menginsafkan.
Bang Gugar:
Harga segelas teh ais dan sebiji burger tidak ternilai untuk sebuah kasih sayang.
Sunan Jati:
Singgah jangan tak singgah walau tak ada air carrot ;)
Anda juga, teruskan usaha!
Jaketbiru:
Waalaikumusalam. Teratak ini sentiasa terbuka untuk sebuah persahabatan, walau hanya maya :)
Biarlah rasa keanak-anakan dan keremajaan itu sentiasa ada dalam diri, ia membantu dalam pergaulan. Asal berbatas dan bersempadan, itu ok saja bagi saya. Ia juga menceriakan hidup :)
Ada pro dan kontra dalam pernyataan anda. Sifat/sikap liar dalam diri remaja tetap ada. Membiarkan mereka mencari sendiri keburukan dan kebaikan diri bukanlah satu cara yang memberangsangkan kerana remaja selalunya dikuasai oleh emosi. Biarlah pencarian itu berbimbing, bermula dari rumah.
Anda tetap saja hamba dan khalifahNya yang punya tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
p/s Senyuman, kan itu sedekah paling murah - kecualilah kita takut senyum kerana gigi rongak! :D
Salam kenal ...
Air carrot satu... kurang manis yer.. heheheh...
very nice blogs...
hahahahahah@!
salam BR,
jenguk jenguk mencari ice cream asam boi:D
Resah,
Mencari tunjang,
Dalam bayang-bayang air,
Menumpang pada dahan kasih,
Rapuh dan bergoyang,
Mumbang nan muda,
Mencari jalur cahaya,
Kebenaran sebuah kehidupan,
Salam,
Sunan Jati:
Ada titis-titis air dari langit jer buat pelepas dahaga, silakan :)
13may:
Salam kembali.
Tak jumpa lagi aiskrim tu? Laa ..
:)
Inilah Saya:
Mereka peneraju masa depan ummah. Jangan pinggirkan. Beri peluang. Hulurkan kasih untuk mereka.
Post a Comment