Monday, 5 March 2007

Si Cilik Remaja

Remaja-remaja itu, 17 atau 16 tahun barangkali. Cantik dan manis. Gebu dan mulus. Ranggi dan hip-hop. Cuping telinga bersubang tiga empat. Rambut bersinar dwiwarna. Fesyen pakaian yang ala-ala tidak cukup kain.

Gamat sungguh remaja- remaja itu. Ketawa terkekeh-kekeh.

1: "Eh, ngko kawin jelah!"
2: "Aa'aah, dah suka sama suka."
3: "Dah kawin pon, nikah je blom."
4: "Cayalah, gimme faiv!"

Dan mereka ketawa lagi, penuh segerabak. Macam tren itu mereka yang punya.

Dia yang duduk berhadapan mereka mengeluh. Tersimbah jua nestapa pada hati yang sedia duka.

Di luar tren ...

"Adik semua nak ke mana?" Dia bertanya. Senyum.
"Tak tahu!" Mereka terkekeh-kekeh lagi.
"Takkan tak tahu, kat depan tu kan jalan besar?" Dia senyum lagi.
Mereka saling memandang. Pucat lesi.
"Jom, layan aiskrim kat McD, nak?" Dia senyum lebar.

Di restoran McD. Masa sekelumit itu menjadi saksi bisu kepada kisah jiwa remaja yang tidak berakar tunjang, pucuk rapuh di hujung ranting.

Telefon bimbitnya berdering. "Makan aiskrim," ujarnya sambil ketawa kecil kepada insan di hujung talian. Kepada remaja-remaja itu dia mohon berlalu.

"Kak, bila boleh makan aiskrim lagi?" Remaja-remaja itu meminta kepastian.


Salam.

20 comments:

kingbinjai said...

bila dah dewasa

blackpurple @ jowopinter said...

Embohlah bocah-bocah jaman sa'iki...(Entahlah budak-budak zaman sekarang..)




Menjawap komen terdahulku, semasa kecil dulu memang biasa makan bersuap :D

CikguAndey said...

Yang bangga kahwin sebelum nikah itu remaja perempuan ke? Makin hebat. Dulu-dulu lelaki saja bangga. Sekarang lelaki perempuan bangga.

cikdinz said...

kes parah ni...

Unknown said...

takut betul tengok remaja sekarang....salah siapa agaknya?? Sungguh besar tanggungjawab sebagai ibubapa masa kini untuk memastikan anak2 kita tidak hanyut seperti mereka....

BaYu SenJa said...

ntah la, kalau tak diubah sekarang.. mungkin terkesan ke keturunan kita di masa depan..
nau'zubillah min zalik:)

akirasuri said...

salam.

emm kebanyakkan yang hanyut tu dari kalangan belasan..terlalu muda dan mentah..entahlah apa nak jadi..

hakim dirani said...

Insya-Allah, Mereka akan insaf. kita sama-samalah berdoa.

Izariza said...

Akhlak kian bejat, gaya hidup kian rencam .. aduhai anak bangsa!
kalau dibicarakan kes ini di mesyuarat guru atau PIBG pasti ada jari jemari yang bertundingan. Terkena sang guru. Terhala pada bapak ibu. Tertuju sang menteri. Tidak lupa, tempiasnya kepada komuniti. Akhirnya, bangau juga yang rancak menyanyi...

p/s: pesan tok guru, madu itu ubat penyakit fizikal, al-quran itu ubat penyakit jiwa.

13may said...

dah lama tak makan ice cream....

salam;)

Ku Keng said...

Dari sudut lain, mereka sebenarnya mencari kasih sayang. Malahan dengan aiskrim sudah timbul keseronokan. Perlu ditunjuk ajar dengan penuh hikmah.

Yang bertalipon tu siapa?

INDERA KENCANA said...

Salam buat Bunga Rampai,
Sedih saya melihat remaja hari ini. Sewaktu saya remaja dahulu tidak terasa kerana boleh jadi saya sebahagian dari mereka-mereka yang tertewas ini.

Namun setelah dewasa, saya dapat melihat dari sudut yang berbeza..

Azer Mantessa said...

"dah kawin dah, nikah jer belum"

wooooooo ... hai remaja2 ni :-((

Sastri said...

memang menakutkan keadaan yg berlaku sekarang... jauh bezanya dengan zaman kita dulu...

Bunga Rampai said...

Salam,

King:
Boleh saja.

BP:
Bocah-bocah ... comelnya perkataan ini :)

Payakubor:
Janganlah kita juga turut berbangga.

Cikdinz
Kalau tidak ditangani dengan betul akan melarat menjadi barah.

Yus:
Tanggungjawab kita bersama.

Bayu Senja:
Kita sama-sama berusaha untuk mengubahnya.

Akirasuri:
Salam kembali.

Sambil mengeluh, kita hulurkan bimbingan.

Bunga Rampai said...

Salam,

Hakim:
Itu sebaiknya. Berdoa dan saling nasihat menasihati.

Izariza:
Sambil menuding-nuding jari ke depan ke belakang, ke kanan ke kiri...jangan lupa tuding jari ke arah diri kita sendiri.

13may:
Lepas baca komen ini silalah menjamu selera dengan aiskrim, dan kalau nampak remaja lepak, ajak sekali mereka makan :)

Salam kembali, dan kalau makan aiskrim ingat-ingatlah orang yang tulis komen ini :D hehehe ... gurau!

Bro Keng:
Pandangan dari sudut yang berlainan, punya hikmah di sebalik kata-kata, membuka ruang untuk berfikir.

Yang bertalipon itu ... soalan yang comel tapi kelakar :D Seorang teman yang akan menemani makan aiskrim :) Salam.

Indera:
Salam kembali buat Indera Kencana.

Saya juga sedih, tapi usah biarkan kesedihan itu membuat kita longlai. Perlu saja bangkit untuk membetuli keadaan.

Tidak ada sesiapa yang tewas, kecuali mereka yang tidak mahu berdoa dan berusaha.

Azer:
Hanya remaja itu saja yang tahu sama ada apa yang dikata itu betul atau tidak.

Sastri:
Dalam takut kita kena berani membantu mereka yang terpesong jalan.

cikdinz said...

kalu barah, takleh nak ubat lagi dah.
cube tengok dari segi punca nye. dari keaddan keluarga tu sendiriyg kucar kacir..
betul tak...

Nuts@Kacc said...

semoga tidak terlewat untuk mereka menukar haluan..

salam perkenalan...

m i n e r a l . . . said...

gurauan 'dah kawin, nikah jer belum' ermm staff lelaki cina kat opis lama pun dh pandai guna ayat tu, dulu sy juga biasa melawak begitu, tp agak parah jika disusuli dengan mendabik dada...aiyakkkkk kena berhenti guna lawak macam tu. pasti.

p/s: lawatan kedua :)

Bunga Rampai said...

Salam,

Cikdinz:
Sesuatu yang perlu difikirkan bersama.

Kacc:
Pintu taubat sentiasa terbuka.

Salam perkenalan jua dari saya :)

Mineral:
Ya, mesti dan pasti!

p/s: Saya tunggu lawatan ketiga ;)