Seorang yang pernah menjdi mentor saya berkata yang beliau mengenali Allah SWT ketika sedang menunggu kawannya yang sedang kusyuk beribadat di sebuah kuil. Waktu menunggu itu beliau memerhati dan berfikir mengenai kawannya itu yang sedang kusyuk menyembah Tuhannya.
Ini pula nasihat guru: "ada ketikanya ilmu yang kamu cari itu ada pada seseorang yang biasa-biasa saja. Barangkali Si Penjual Cendol, Si Tukang Sapu, anak muda yang menjual burger, atau mekanik kereta kamu, kanak-kanak yang berumur 4 tahun sekali pun. Jadi, apabila berhadapan dengan sesiapa saja yang biasa-biasa itu, tumpukanlah perhatian kepada ucapan dan perlakuannya."
Dan ini, alahai, suntingan rasa saya:
Kita bertemu seseorang yang tidak kita kenal sama ada di alam nyata atau maya, kita dapati diri kita dan dia cukup serasi. Kita bertanya dia menjawab. Kita meluah rasa dia mendengar. Kita musykil dia membimbing. Betapa orang itu bisa saja merubah pandangan kita tentang kehidupan ini, membawa kita menyelusuri jalan lurus, memberi dorongan dan keyakinan. Namun setelah kita berada di satu tahap yang teguh, orang itu hilang begitu saja. Tiada pesan terakhir, tanpa ucapan selamat tinggal.
Kemudian seorang lagi muncul, perkara yang sama berlaku. Tidak berapa lama kemudian dia entah ke mana. Begitulah seterusnya - bak kata pepatah ... patah tumbuh hilang berganti. Namun walau patahnya tumbuh dan hilangnya berganti, yang telah patah dan hilang itu sering saja datang mengusik-ngusik sanubari dalam diam lalu hati menyiarkan rasa rindu, jauh...jauh...di lubuk kalbu. Kita cuba merisik khabar dan menjejak tapak namun khabarnya hampa, jejaknya tidak bertapak.
Aneh sungguh hidup ini kadang-kadang. Ya, kadang-kadang ada beberapa peristiwa yang berlaku sukar sekali dimengerti walau hati meronta ingin tahu mengapa ia berlaku demikian. Sukar sekali menafsir apa yang nyata apa lagi yang terselindung di dalam peristiwa itu. Redha.
Saya kira ... saya, kalian, dia, mereka ... saling memerlukan. Bagaikan aur dengan tebing. Umpama irama dan lagu. Setiap kita bagaikan kepingan jigsaw puzzle yang berserakan mencari tempat yang tepat untuk melengkapkan sebuah puzzle yang besar itu. Kita-kita ini sesungguhnya saling melengkapi dalam menuju sebuah kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Dunia dan akhirat. Wallahu'alam.
Salam.
21 comments:
Ada satu padang 'rumput'. dari jauh...kita lihat hijaunya sejuk mata memandang. bila kita hampir, kita lihat 'rumput' sebenarnya tumbuh satu-satu. bila kita lihat dekat-dekat lagi, ada 'rumput' hijau, ada juga 'rumput' yang dah mati di bawahnya. Lalu kita menung. Untuk 'rumput' baru tumbuh dengan lebih hijau, ada 'rumput' yang perlu mati. Kita pun senyum...
:)
Terima kasih atas entri ini.
Salam untuk Bunga Rampai,
Ada tiga perkara yang berlegar-legar di hati saya.
1. Tahniah kerana rampaisari berwajah baru. Dengan latar yang lebih segar dan kena dengan konsep (konsep? boleh ke?)
2. Saya sangat merindui sentuhan Bunga Rampai yang sebegini. Ayat yang berbunga harum tersusun kemas, padat dan tepat. Selalu saya ingin menulis seperti Bunga Rampai. Tulisan Bunga Rampai seolah-olah memberi kesegaran.
3. Kita sesama muslim ibarat binaan yang menyokong antara satu sama lain. Ibarat tubuh badan, sakit satu anggota, anggota yang lain turut berjaga malam tidak boleh tidur.
Moga persahabatan saya dan Bunga Rampai akan berkekalan. Insya-Allah.
aduh bunga rampai... tulisan seharum bunganya...
salam BR....
kadang2 hadir tanpa diundang...hilang tanpa dapat dihalang...syukur kerana dapat mengenali walaupun hanya seketika....
Kadang-kadang untuk memahami bukan sekadar mendengar dengan telinga, melihat dengar mata...
Entri ini ada suaranya...
BR memang tak pernah gagal dalam mengatur bahasanya.. Tahniah...
p/s. Makna tujuh
di komen entri 'pantai' itu ada di kotak komen entri pantun tujuh rangkap itu...
selamat menyambut tahun 2007 kepada bunga rampai semoga lebih ceria dan bertenaga.
Salam,
akma: Senang sekali melihat Akma di sini dan saya senyum membaca kisah 'rumput' itu. Menarik.
TT: Sama-sama kasih :)
Indera: Salam kembali.
1. Konsep Hijrah :)
2. Terima kasih. 'Rasa' menulis datang dari dalam. Atas izinNya jua.
3. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Amin.
sastri: Jangan lupa bunga tahi ayam pun ada wanginya :)
aku okay: Waalaikumusalam. Salam kenal :)
Mudah je. Pegi kat Dashboard, klik layout kat belah kanan tu. Pastu edit ler apa yang patut.
Tadi pegi gak kat umah aku okay tu, tapi tak leh masuk, nape ek tingkap pintu pun takda?
Mekaseh bagi email add tu :)
13may: Salam kembali. Ya, tepat sekali. Syukur.
BP: Ya, setuju. Kita perlu ada deria ke enam atau ke tujuh :)
Azer: Terima kasih atas ucapan.
ianya adalah jambatan
Moga tahun 2007 menyaksikan penghasilan karya yang lebih mengancam seperti selalunya
Tahun baru, berwajah baru. Entri ini memang terkesan di hati saya, sungguh indah BR menyusun kata.
Salam Tahun Baru dari saya.
Salam,
King: Kita perlu terus mengukuhkannya.
Kemat: Terima kasih. Amin. Atas izinNya jua.
Yus: Salam Tahun Baru juga untuk Yus :)
betul tu...di alam maya ni jugak kita boleh banyak belajar...tapi kita kena juga kena berhati2...
Ya, kita umpama satu tubuh, cubit sana sini berasa...
Salam,
Maklang: Setuju tu Maklang. Kita perlu bijak manapis dan menangkis.
Hanisumayyah: Salam kenal :) Amin.
Hakim: Ya, sebab itulah kalau cubit pun kena cubit-cubit sayang ;)
Aku okay: Tak idang kopi pun :(
Salam kembali :)
waduh, dia datang dia berlalu, tapi tetap merindu ;-)
Salam BR,
Seseorang yang ditemukan dengan kita samada baik atau jahat orang itu adalah atas ketentuanNya dan ujianNya. Seseorang yang baik akan saling membantu dan menyokong kita. Manakala seseorang yang jahat pula terpulang pada kekuatan kita samada untuk kita mengajaknya keluar dari dunia jahatnya ataupun kita terikut dengan dunia jahatnya. Tetapi jangan sesekali mudah mengklasifikasikan seseorang itu sebagai orang yang baik atau yang jahat kerana kita semua insan biasa yang tidak terpelihara dengan sifat maksum.
hi.. pa habaq... dah ader azam baru ka? wah byknyer kata kata nasihat... heheheh... gambaten ne... kejap ader kejap xder mcm chipsmore eik...
aiih, wajah berlainan lagi!!
Yang aneh dalam hidup hanya satu. Manusia mengingkari Allah SWT.
Salam
Wah.... dah ramai peminat.
BR, analogi jigsaw puzzle menarik perhatian aku.
Bole aku pakai idea itu untuk pementasan?
Salam,
Has: Dalam rindu ada bahagia :)
Iman: Salam kembali Iman. Terima kasih kata-kata itu, amat memberangsangkan.
Sunanjati: Habaq baik. Azam baru dah dilaksanakan awal-awal lagi ... tukaq wajah blog :)
Aku okay: Wah teh tarik! Pasti yang kaw punye :)
Bro Keng: Terkejut? Hari tu bermain-main dengan warna sempena hari cipta blog juga hijrah :) Membuat perubahan atas izinNya jua, dan saya kira ini bukanlah sesuatu yang aneh :) Salam kembali.
Bro PK: Analogi tu ... apa pengerasnya? Hehehe...gurau!
Sejujurnya saya tersentuh dengan permintaan itu. Silakan Bro, teruskan apa yang baik, saya merestuinya.
Post a Comment