Ungkapan cinta juga yang mahu didengar Kumbang walau kata-kata maaf diterimanya sepenuh hati. Lafaz cinta mengayun angan-angan, membarakan impian. Katanya. Jua melahirkan rasa yang bisa menerbangkan hati sampai ke langit biru …
“… lalu makan berulamkan rindu. Tidur berbantalkan mimpi. Mandi bersiramkan resah. Alahaaaai, amat menyiksa batin!” Keluh Cempaka.
Namun kata Kumbang, rasa cinta itulah yang menyebabkan manusia mahu mengorbankan apa saja demi orang yang dicintai.
“Mengguris hati insan lain juga barangkali satu pengorbanan.” Perli Cempaka.
Tidak ada lagi cinta sejati untuk seketika ini kerana bersunyi-sunyi merenung bintang ternyata lebih baik kata Cempaka, daripada menggumam cinta yang mati.
.
.
.
“Mohon jua Cempaka, moga persahabatan tetap kukuh antara kita.”
Itulah sebaik-baik pengorbanan ujar Cempaka. Kita ini cuma insan kecil namun punya tugas berat menyemarakkan kasih sayang melata bumi. Cinta yang tidak kesampaian usah dijadikan alasan untuk berbalah dan bermasam muka.
Cukuplah kata Cempaka, perpecahan sesama Islam yang wujud kini yang mengelirukan orang Islam sendiri. Alangkah ada Islam Sunnah dan Syiah; ada Hamas, ada Fatah; ada Islam Sunnah dan Muhammadiah. Di depan mata kita ada Islam Pas, ada Islam Umno. Astaghfirullah!
“Jadilah kita sebaik-baik sahabat dan semolek-molek KhalifahNya yang bersedia menyelesaikan masalah bukan membangkitkan masalah.”
.
.
Jadilah kita dari kalangan orang-orang yang berakal yang sentiasa menyebut dan mengingati Allah dalam takrifan yang luas, bukan sekadar berzikir tetapi berfikir tentang pelbagai kejadian kerana setiap kejadian ada ilmu-ilmuNya dan rahmat Allah darinya. Begitu luas rahmat Allah kepada mereka yang terus-menerus berfikir dan mengkaji tentang alam. Malangnya kita orang Islam kurang sekali melakukannya.
Orang bukan Islam tidak jenuh-jenuh mencari dan mengkaji. Misalnya kajian untuk mencari ubat dan penawar penyakit berbahaya seperti kanser, Aids, dan Ibola dijalankan dengan gigih oleh ahli sains bukan Islam. Mereka sebenarnya tidak mencari sesuatu yang baru kerana mereka megkaji bahan-bahan dari alam Tuhan ini juga. Mereka hanyalah menemui rahsia yang Allah telah isikan ke dalam alam ini, dan akhirnya mereka menguasai seluruh dunia ini! Orang Islam hanya sebagai pengguna membeli ubat-ubatan itu dan kita dilihat sebagai bangsa yang bodoh, miskin, terhina, menjadi hamba mereka dan diperkotak-katikkan sesuka hati!
Kalau pun ada orang kita yang menjadi ahli Sains, mereka menjadi pakar hanya pada waktu pejabat. Selesai waktu pejabat mereka pulang main golf, kemudian balik rumah, sembang ala kadar dengan keluarga, menonton tivi dan tidur! Berbeza dengan ahli sains bukan Islam, balik dari kerja mereka buat kajian berasingan di rumah dengan peralatan makmal yang dibeli sendiri!
Banyak penemuan sains dan ubatan baru terhasil dari usaha penyelidik persendirian di Eropah dan Amerika menjadikan mereka kaya-raya. Kekayaan mereka pula didermakan kepada universiti atau membina pusat penyelidikan supaya kajian dan pembangunan (R&D) diperkuatkan lagi untuk menghasilkan penemuan benda-benda baru! Ada pula yang menubuhkan tabung atau dana mereka sendiri. Dengan adanya bukti hasil penemuan ciptaan benda-benda baru dan kegigihan mengkaji, orang bukan Islam di mana saja di dunia ini mudah diberikan pinjaman oleh bank-bank antarabangsa untuk buat perniagaan apa saja yang mereka lakukan (sebahagian besar wang di bank itu pun datangnya dari dana terkumpul tadi). Jika mereka melabur untuk perniagaan pelupusan sampah pun mereka akan pasti berjaya!!
.
.
.
“Jadilah kita dari kalangan orang-orang yang berakal yang sentiasa menyebut dan mengingati Allah. Jadilah kita semolek-molek KhalifahNya yang bersedia menyelesaikan masalah bukan membangkitkan masalah.”
Kumbang tersenyum
Cempaka menguntum
cintaNya mengharum
Salam.
15 comments:
adakah kemungkinannya Cempaka itu kamu..?
mungkin juga kata hati kamu...
moga kita mampu menjadi orang yang berguna kepada orang lain
Salam BR,
saya ingin jadi kuat seperti Cempaka dalam menaksirkan erti cinta.
slm singgah..
Salam BR.
Saya cuba juga ingin meneka-neka siapa sebenarnya Cempaka itu.. :)
Itulah. Kalaulah semua umat-NYa berpegang pada surah dan sirah...
Hmmm....
Kumbang bukan seekor, cempaka bukan sekuntum.
Cinta manusia itu hanya keduniaan semata. Cinta ilahi, cinta abadi...
cempaka kuning indh diliht
SHIMI, Cempaka adalah sekuntum bunga. Kata-kata yang ditulis adalah suara hati saya.
Amiin. Sama-sama kita berusaha mejadi manusia berguna dunia dan akhirat.
Julietchun, salam kembali. Kekuatan bermula dengan sifat sabar. Doa saya mengiringi Juliet.
[S]itie [B]Um [B]Um, terima kasih sudi singgah. Salam kenal :)
Blackpurple, salam kembali. Sila teka ... tapi tak ada hadiah kalau tekaan betul :)
Kita cuma manusia biasa tapi saya percaya ruang sentiasa ada untuk kita berusaha menjadi manusia yang lebih berguna dunia dan akhirat.
Kak Nong, kumbang bejenis-jenis, cempaka pula pelbagai warna ;)
Payahnya bukan kepalang untuk mencintai Ilahi.
Nazirul Mubin, warna kuning warna di raja. Salam kenal :)
slm knl juga bunga ranmpai
mereka maju sebab rasa cinta mereka tulus dan ikhlas untuk manusia sejagat. orang kita?eh, aku pun buat kerja opis dirumah juga, kira cemerlang lah kan?hehe
wah... entri berbau nasik minyak nih... kikiki...
Nazirul Mubin, :)
Suka Bebel, cemerlang je tak cukup! Kena sampai tahap gemilang dan terbilang :))
Pa'chik, selsema kut Pa'chik ni - hidung tersumbat. Mana ada bau nasik minyak. Bau bunga rampai adalah! :P
suka phrase kat side text
tiada cinta utk kita, kita, kita
cinta hanya dariNya, dan hanya sesuai buatNya
apa sebenarnya cinta? sukar ditafsirkan...
setuju dengan br... kita boleh berjaya kalau kita ada inisiatif untuk berusaha berpandukan kitab suci kita...
Dry Ice, semoga dapat manfaatnya.
Mak Su, kita hanya mengharapkan ihsanNya.
Sastri, cinta tidak berupa tpi boleh dirasa.
Kitab Suci = Manual Kehidupan.
Post a Comment