Sunday, 19 April 2009

Kejam

Aah, dia salah! Rupa-rupanya ramai lagi yang lebih hip daripada dia. Mereka itu puteri-puteri Melaya. Fui-yoh, sungguh happening mereka berkemeja-T sendat tanpa lengan dan tank-top yang bertali spaghetti di bahu - satu transformasi hebat untuk fesyen kemban perempuan Melaya! Baju kecil itu gah saja mempamerkan pusat yang beranting-anting lalu bisa melurut pandangan mata mengukur saiz seluar mereka yang berpotongan carrot, legging, juga hipster. Ya, betapa kepintaran mereka berjimat-cermat berfesyen dalam gawat ekonomi yang meruncing amat mengkagumkan. Putera-putera pula tampan berhias dengan segala macam subang, rantai leher, gelang dan cincin. Mujurlah mereka tidak bercelak, bergincu dan berblusher. Kalau tidak habislah mereka dikerumuni Dracula!

Eh eh, apalah saya ini melalut-lalut walhal sejujurnya saya mahu berkisah sesuatu.

Kehappeningan mereka membolosi batasan adab susila manusia berakal. O la la, apa orang lain peduli kerana mereka itu putera-puteri negara jaya yang gemilang! Sambil-sambil ketawa mereka menjilat aiskrim. Sambil-sambil bercakap macam murai dan berjalan seperti ketam mereka makan burger. Mereka juga sangat mesra jantina dan tidak mengapa berpegang-pegang dan berpeluk-peluk kerana kemesraan begitu tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Namun anehnya mereka langsung tidak berkasih sayang dengan alam sekeliling. Entah sekolah mana yang telah mengajar mereka sehinggakan tong sampah pun mereka tidak kenal!

Alamak, melalut lagi! Baiklah, kisah sebenarnya begini...

Sabtu petang 11 April yang lalu, dia seorang Rampai melunaskan tugasan di konsert D A, Sunway Lagoon Amphitheatre. Datangnya berlapang dada, namun pulangnya berbeban di jiwa. Sekian al-kisah.

Aduhai, kejamnya kamu putera-puteri Melaya membunuh agama dan bangsa sendiri!






[ How about Archie? Oh dear...he's cool, clean, and so sweet! ]


Salam.

19 comments:

SHIMI said...

tak tahu nak kata apa...
bodoh akibat dari kemajuan atau mereka yang bodoh tentang erti kemajuan.

tapi, kamu mahir juga tentang jenis fesyen2 semasa yek...

Pa'chik said...

dunia dah maju.... zaman dah berubah.... kikiki...

senarnya... orang dulu pun sama je... dengan baju kolar besar, seluar kaki loceng, kasut tebal, isap ganja... hohoho...

cuma dulu... belum ramai yang berbuat macam tu... belum ramai melayu yang tinggal di bandar besar. sekarang ni... jaringan lebih besar, makin ramai orang di bandar, dan selera pakaian saja yang berubah... yang lain... masih juga sama... semuanya ikut kata syeitan... hohoho...

afid said...

fesyen sampah, ops!
satu atau dua makna yang berbeza..

=p

afid said...

cik rampai,
mahu lihat D A berfesyen?
klik http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/04/david-archuleta-baca-manikam-kalbu.html

Suka Bebel said...

owh...bung rampai ni penganjur konsert.ke bukan?juru solek?atau pemain drum?hehe...aku memang tak suka konsert konsert ni walau minat macamana pun dengan artis tersebut.huhu

Pegawai Khalwat said...

Nak tengok keajaiban?

Tunggulah ada kematian, maka puteri dan putera itu akan sopan saja berpakaian kalau ke perkuburan.

Tapi mungkin untuk hari itu saja.

Anonymous said...

kannns..

Mak Su said...

malunya saya nak bergaul, saya ni sangat kolot :(

julietchun said...

kalo naik lrt mcm2 drama bleh tgk, ada aksi peluk2, pujuk2,mcm dunia ini hanya mereka saja yg punya.

kingbinjai said...

itulah...

Mak Su said...

ada award utk mu :)

serimaya said...

Dan bimbanglah Sang Ayah dan Bonda dengan kemajuan yang tak seiring dengan peradapan yang perlu dipelihara.

fahana_ann said...

huhu..sakit dada kalau tengok..nak luah depan2 tak leh..geram sndri..huhu

achik said...

huhuhu..

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR,

Kasihan kan.......

Nong said...

Time ku dulu pun teruk juga, bare-back dan hot pants tu biasa aje. Mungkin zaman jahiliah...

Unknown said...

no komen, nanti ada yg terkucik hati :D

m i n e r a l . . . said...

er..r.r.r.r.r.r
tu bukan yg sll di panggil 'gothic' ke, jejejej

gothic tu sndri telah kembali ke zaman kegelapan eropah, tp zaman tu, pakaian masih sopan skit hehehehe.

Bunga Rampai said...

SHIMI, fesyen semasa adalah fesyen kitar semula!

Pa’chik, hohoho … saya dah banyak ketinggalan citer syeitan kat blog P’chik tu … nanti saya sambung baca.

Afid, saya belajar istilah baru hari ini: fesyen sampah ;) Wah, hensemnya DA berbaju Melayu!

Suka Bebel, tak berkaitan semua itu. Saya sekadar pemerhati perangai remaja untuk sebuah kaji-selidik.

Bro PK, mujurlah ada kematian maka ada juga keajaiban dan harapnya timbul keinsafan.

Yginsaf.com, begitulah.

Mak Su, terima kasih anugerah itu.

Julietchun, Melaya boleh!

King, iya…

Serimaya, semoga ayah bonda tidak jemu-jemu mendidik anak-anak.

Fahana_ann, luahkan di blog.

Achik, uhuhuh …

Blackpurple, salam kembali BP. Apa nak di kata, itu pilihan mereka.

Kak Nong, nampaknya kejahilan tidak berubah.

Zalisa Maz, dah komen pun! :D

Mineral, hmmm … sekarang letrik dah ada pun ada yang masih mahu bergelap … jejejej..