Thursday, 2 April 2009

Gaya Seorang Deano

23/8/2008: Kami berselisih perjalanan. Deano ke utara, saya ke selatan. Kami sempat berbual seketika.

Lain benar gayanya sekarang. Dulu songkok itu katanya tidak selesa dipakai. Kasut kulit juga bukan seleranya. Dia lebih senang memakai cap berlambang bola, dan memakai kasut sukan. Sekarang dia bersongkok. Berkasut kulit. Berjeket lagi! Wah, dia umpama seorang YB. Satu perubahan kata saya.

Gaya sementara saja katanya - sebagai pemain drum untuk sebuah pancaragam dalam pesta pilih-memilih - untuk menimba pengalaman, mendapat upah, juga awek-awek berbaju merah jambu sangat menarik perhatiannya. Dia mahu menjadi ketua anak-anak muda dalam masa 4 tahun lagi. Demikian tegasnya.

Buat masa ini katanya, yang terpenting ialah fulusnya celus masuk kantung. Hidup mesti enjoy babe!


01/4/2009: Deano dan saya bertemu lagi lewat petang semalam. Kali ini di tengah-tengah kota metropolitan untuk melunaskan janji temu yang dirancang dua minggu sudah.

Ooh, Deano semakin bergaya! Hebatnya dia siap bawa awek cun lagi. Deano kini seorang yang sangat disegani.

Untuk masa terdekat ini dia sudah bersedia untuk Karnival Mari Memancing di satu batang sungai yang entah panjang entah pendek. Juga Karnival Ayuh Mendaki di dua buah bukit yang cerunnya entah curam entah landai. Pasti penat katanya tapi tidak mengapa asal fulusnya celus masuk kantung. Tidak mengapa juga kalau fulus itu datangnya dalam gelap atau melalui terowong bawah meja. Janji, enjoy babe!


Salam.

15 comments:

SHIMI said...

dalam maksudnya tu..
diringkaskan pesta memancing di 2 bukit dan 1 batang..
ha..ha..ha..

Pa'chik said...

itu matlamat hidup puak gerombolan...

sekarang ni tengah bergumbira dewa lama bakal kembali... lupa yang dewa tu lah yang perkenalkan mengutip ufti di tengah jalan, di meter letrik, di talian talipon... huhuhu...

julietchun said...

harap dia berjaya mencapai matlamatnya dan tidak lupakan insan kerdil di bawah bila dah berjaya nanti.

achik said...

kalau bab fulus, ramai yg sanggup gelap mata.. x kisah mana sumbernya.. janji enjoy beb!!

haih!!

Azer Mantessa said...

;di dua buah bukit yang cerunnya entah curam entah landai.'

janji enjoy :-)

kadang2 bila aku interpret, boleh tersasar jauh oooo ... hehe

Ordinary Superhero said...

Nasib baik dia bukan calon yang ke 16!

Bunga Rampai said...

SHIMI, jom kempen! ;)

Pa'chik, dewi lagilah gumbira :-D

Julietchun, semoga Dia menunjukkan jalan yang lurus kepadanya..

Achik, gelap dalam terang. Alahai.

Azer, uiihhh dahsyatnya!

OSH, calun menantu adalah!

serimaya said...

Manusia akan jadi siapa saja demi pulus. Akan kemanakah kita akhirnya.?

Unknown said...

kALAU KAU DATANG DAPAT RM RIBU-RIBU, RASA2NYA RM APA TU?

erk... terhuruf besar pula :D

Suka Bebel said...

banyak mana pun itu fulus tapi bukan dari sumber yang halal atau cara yang memang tak halal, takkan kemana.takkan berkat.huhu

AL-BIMA SAKTI said...

fulus beb,,,fulus... asal; semuanya telus... he he he...

Mak Su said...

ya, enjoy saja kan bungarampai, asal saja fulusnya ehem ehem :)

kingbinjai said...

ayoyoyoyo

Unknown said...

hahahah.. tersenyum saya membaca.. aduh... yang di sungai sudah di bawa air deras...

Bunga Rampai said...

Serimaya, akhirnya kita kembali menemuiNya.

Zalisa Maz, RM yang bersayap lebar :D

Suka Bebel, berkat tak melekat. Huhuhu.

Al-Bima Sakti, fulus yang telus datang dari orang yang tulus.

Mak Su, enjoy sampai lupa segala :))

King, fulus pun macam yo-yo!

Theconfused, ... yang di bukit dah runtuh!