Saturday, 30 August 2008

Di Hujung Syaaban

Di hujung Syaaban ada hati berkehendak, ada rasa menginginkan.

Belum pun lagi Ramadhan saya sudah membayang-bayangkan saat-saat berbuka puasa dengan air sirap selasih, kurma kering berinti badam, kuih akok, pengat pisang, ikan pari bakar, ayam percik, mee rebus, dan acar buah untuk bersahur. Slurrrp! Terliur pulak dah...

Aiseymaaaaan, tiba-tiba teringat pula baju di kedai jahit tu... perlu talipon, sudah siap atau belum... nak kena fitting, molek ke tak molek... maklumlah nak bergaya di hari raya!

Begitulah keadaannya kemahuan hati manusia. Pelbagai adanya. Hati rasa teringin makan ikan salmon dengan sos lemon butter. Teringin benar makan kambing panggang yang dirempah dengan rempah terbaik dari Kerala. Hati mahu memiliki kereta Merc warna metallic silver. Hati mahu sangat menggayakan busana sutera Italy rekaan pereka fesyen terkenal. Hati berkehendak membimbit tas tangan Balenciaga. Aduh aduuuuh, hebat dan mewah sungguh kemahuan hati!

Bukan alang kepalang kemahuan jasad kita yang mahu memakai baju termahal dan paling cantik. Mulut kepingin merasakan makanan yang paling enak yang mampu dibayangkan oleh akal. Ego teringin sangat memandu kereta Merc model terbaru. Makanya kita pun berusahalah dengan susah payah dengan apa cara sekalipun hanya semata-mata untuk memenuhi keinginan tadi. Namun akal kata apa? Kau tidak mampu! Maka semuanya hanya menjadi angan-angan.

Pokok ceritanya ialah kita tidak pernah lupa akan segala macam kemahuan jasad kita lalu memberinya makanan yang enak-enak, sehinggakan jasad itu menguasai dan merajai rohani kita lalu tunduk longlailah rohani itu kepada kemahuan jasad. Aduhai, kasihan rohani kita menangis kelaparan kerana makanannya tidak kita pedulikan langsung!

Ramadhan Karim - semoga kita kembali membimbing rohani kita dengan memberi santapan yang enak-enak seenak juadah untuk jasad kita. Rohani yang teguh adalah pencetus akhlak yang baik. Akhlak yang baik penegak tiang ummah. Mudah-mudahan Tuhan memberi petunjukNya kepada kita semua.

Saya memohon kemaafan kalian teman-teman blogger, mohon maaf zahir dan batin. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Sambil-sambil berbuka dengan juadah yang berselerak di atas meja, ingatlah kepada mereka yang berselerak tanpa meja dan juadah - (pesan Guru).

Wallahu’alam.

Salam Ramadhan.

30 comments:

13may said...

Salam Ramadhan buat BR :)

sesungguhnya pesan guru kamu itu membuatkan saya berfikir panjang...

Suka Bebel said...

Salam Ramadhan juga dariku.moga kita dpt bersua muka satu hari nanti.semua yang diungkitkan benar belaka.belum sempat nak bebelkan.inilah masalah kalau dah pendam lama sangat dalam kepala.rindu tulisan bunga rampai.bz sgt kah?

AL-BIMA SAKTI said...

selamat berpuasa, bunga rampai...

Pa'chik said...

nanti mintak jadik ahli majlis mesyuarat negeri terengganu lah... leh dapat merc peri... ekekek...

Ku Keng said...

Selamat menyambut dan beramal Ramadhan.

Selamat mengubah sikap dan amalan.

Selamat berzakat fitrah dan beramal jariah.

Azer Mantessa said...

selamat berpuasa :-)

ada kemahuan bagus.
ada peringatan pun bagus :-)

Azrin L. said...

selamat berpuasa, bunga rampai! ;)

anggerik merah said...

Ramadhan Mubarak to Bunga Rampai..

mba2u said...

Salam Ramadhan.

Ordinary Superhero said...

Ramadhan Kareem.
Semoga berjaya mendapat rahmat dan maghfirahNya.

Kaktiny said...

salam ramadhan..

betullah peringatan tu..

terus tak jadi nak masak byk2 ptg nih...jln terbaik.. kaktiny pegi umah kakak.. so, kaktiny takyah masak.. hihihi...

Sastri said...

selamat menunaikan ibadah puasa dan solat terawih BR...

bersederhana adalah yang terbaik... bila berpuasa, nafsu mata membuatkan semuanya nampak sedap... sudahnya, membazir... jadi beringat tika membeli... atau memasak... (peringatan kepada diri sendiri juga) :D

salam...

julietchun said...

Slm ramadhan.
Kita akan cuba sedaya upaya utk penuhkan meja dgn pelbagai juadah utk berbuka,tapi kita tidak berusaha utk penuhkan malam kita di bulan yg mulia ni ya.sm2 lah kita berusaha.

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulilah. Allah mengizinkan kita untuk bernafas lagi di Ramadhan 1429 ini. Ramadhan 1430 belum tentu lagi.

Semoga sama-sama kita diberi kekuatan menghayati Ramadhan kali ini dengan setulus-tulus penghayatan. Ameen.

Izariza said...

Salam semerbak kemboja, salam semanis Ramadhan!

Datuk, seiring degup nafas, masa terus jua berlalu dan Ramadhan muncul lagi. Semoga dirimu tenang-tenang selalu mengharungi ibadah di bulan mubarak!

Pohon hatiku nan kerdil agar kedatangannya kali ini menjadi lebih bermakna kepada ubudiyyah kita kepada-Nya, InsyaAllah!

Kurma Yusof Taiyob ada? :D

Anonymous said...

kak rampai...
mudah2 an ramadhan al mubarak menjadi kenangan terindah kita dalam menghambakan diri kepadaNya..

- G O R O - said...

Salam Ramadan Karim

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Pesan guru panduan kehidupan.

Jaga Diri.

AKMA said...

Bunga Rampai,

Salam Ramadhan dari jauh.

Iya benar sekali...rohani selalunya lapar...dipinggir...dikesamping...walau sudah 51. Merdeka.

Ramadhan adalah bulan merdekanya fikiran-fikiran nakal.

AKMA
Seberang Takir

Mak Su said...

ada baiknye keadaan saya terus begini, tak perlu bercerita pasal baju

Anonymous said...

Bunga Rampaiku,
Salam Ramadan.

Purpleheart said...

Salam ramadhan, marilah kita bersama-sama mengejar pahala yang berlipat kali ganda pada bulan ini..

yushida03 said...

salam ramadhan.
semoga kita semua beroleh iktibar daripada entri ini..:)

is150 said...

Hari Keempat (Khamis) @ 4hb. Ramadan 1429

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

PuTeRi CaHaYa said...

salam ramadhan...

Insaf dgn keadaaan..

Rasa simpati terhadap
insan yg x mampu..
teringat puteri pd Nisa..

Moga diberkati & dipertingkatkn amalan kita..insyaAllah

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum.

Bunga Rampai, apa khabar? Dah lama saya tak bertandang ke sini. Kini saya datang bertandang kembali. Selamat berpuasa ye.

is150 said...

u hvae been tagged -> http://www.is150.net/diari/2008/09/tagged-by-eycha.html

Pa'chik said...

steward kecoh la.. sian mekleren... huhuhu...

Bunga Rampai said...

Salam semua,

Alhamdulillah, juadah-juadah berbuka yang dihantar mengenyang jiwa. Terima kasih.

Salam perkenalan kepada Idzaris dan Yushaida03 :)

Pa'chik, saya tak tengok race semalam tapi tak pa, McLaren nak appeal - tapi rasanya keputusan muktamad tu.

Suka Bebel said...

fuh, ramai penyookong mclaren rupanya. hamilton memang patut menang ari tu.penat dia bergelut didalam hujan.huhu

Bunga Rampai said...

Suka Bebel, go go go McLaren!!! :))