Monday, 11 August 2008

Sempatkah?

“Uiiih, Kak Rampaaaaaai ... naik 2 kilo!.” Seronok bukan main Miyah memberitahu khabar Titi dan Koko. Hisy, mengarut sungguhlah si Miyah ni, takkan naik sebanyak itu dalam masa 3 hari. Saya tak percaya! “Tak pe kalau tak pecaya, tengoklah sendiri! 'Pastu kan, ada benda peliklah kat kucing-kucing nih! ... tak leh bagi tau, kena tengok sendiri.” Duh, tidak keruan jadinya saya! Namun hari sudah larut malam untuk menemui Miyah, maka saya memujuk hati untuk bersabar.

Ibu Titi dan Koko asalnya kucing merempat sedang sarat mengandung yang saya temui di sebuah warung nasi lemak pada suatu pagi hari Ahad tiga bulan yang lalu. Kucing itu bising meminta makanan. Saya beri kerang dia makan. Saya beri bilis dia makan. Telur pun dia makan. Timun juga dia makan! Dia masih melangut-langut sambil mengiau-ngiau yang agak mengganggu ketenteraman saya yang sedang sedap-sedap bersarapan. Lalu saya beri dia sambal ... alamak, sambal pedas pun dia makan?! Kucing aneh, bisik hati kecil saya. Pandangan lunaknya bagaikan minta dikasihani menghiba hati lantas menerbitkan rasa kepingin untuk membelanya. Saya membawanya pulang dan menamakannya Mulan.

Kini Titi dan Koko berusia 10 minggu dan sudah pandai berkejar-kejaran, melompat sana sini, bergomol-gomolan. O-la-la, mereka sangat comel! Bulu mereka walaupun tidak panjang tapi lebat, bermata kebiru-biruan dan wajah mereka manis-manis. Agaknya bapa mereka seekor kucing yang kacak!

“E’elaa ... macam biasa je. Nanti kalau akak tak ada seminggu, Miyah kata naik 6 kilo pulak!” Kata saya kala melihat Titi dan Koko petang semalam. Miyah tersengeh-sengeh. Kemudian saya bertanyakan apa benda yang pelik tentang anak-anak kucing itu.

“Misai panjaaaaang! Beruntung akak ni, kan misai kucing boleh buat ubat?”

“Bukan misai haiwan lah! ... sejenis pokok namanya misai kucing!”

Miyah ketawa lagi, dan ketawanya amat menyenangkan saya. Ketawanya kebelakangan ini tulus dan telus - petanda luka hatinya kian sembuh.

Saya menemui Miyah seperti saya menemui Mulan. Dia memerlukan santapan rohani dan kasihan insan lain untuk menawar lara dan sesal hati akibat kesilapannya sendiri. Sedar akan matlamat hidupnya, walau bingung dan kadang goyah, dia tetap mara bersama tekad juang di jiwa mahu menghidupkan citra suci menjadi insan kamil.

“Sempatkah saya kak?” Miyah sering bertanya. “Sempatkah diri ini betul-betul bersih sebelum mati?”

Saya mengingatkannya untuk tidak melupakan pesanNYA - "Barangsiapa mahu bertemu Aku dan mengikuti jalanKu maka Aku akan mendekati orang itu dengan lebih cepat dari dia berusaha mendekatiKu."


*10/8/2008
Pinggir Kota, KL.


Salam.

12 comments:

Suka Bebel said...

wah, cuba imagine kalau misai kucing dibuat ubat. kucing kucing hilang comelnya sebab takde misai.hahaha...

Miyah tu sape? teringat satu cerita bungarampai, tak ingat entry yang mana, dia kah?

terima kasih setia berkunjung ke blog bebel.hehe

blackpurple @ jowopinter said...

Mulan? Berjiwa nama itu. Teringat pula kepada si Mulan Jamilah. :)

Semoga Miyah terus disuluhi cahaya keimanan dan lindungi Allah.

julietchun said...

Sy suka kucing tp sy tkt sgt kalo dorang dtg nk gurau atau tarik2 kain kita ngan kuku.Wlu sy tak knl Miyah tp sy doakan yg terbaik utknya.

afid said...

mereka adik2 aiskrim tu ye?:)

Pa'chik said...

manaye gambar anak kucen tuh??

achik said...

wah, timun pun dibedalnya.. hehehe..

Mak Su said...

wah.. sihat sokmo

Azer Mantessa said...

bagus bagus bagus

saya bagi pihak kucing2 mengucap berbanyak2 terima kasih semoga murah rezeki

purrrrrrrrrrrr

Sastri said...

saya pun tertanya-tanya, macamana rupanya pokok misai kucing ni...

salam BR... :D

Bunga Rampai said...

Suka Bebel, kucing tetap comel tanpa misai :D

Miyah - klik pautan dalam entri ini.

Kadang saya suka membebel, sebab tu suka ke blog Bebel :P

BP, ya Mulan - seperti dalam animasi Mulan tu :).

Amin. Miyah bertambah kuat..

Julietchun, terima kasih doa untuk Miyah. Semalam Titi cakar kain saya :(

Afid, ya adik-adik tu.

Pa'chik, saya dah agak dah Pa'chik akan tanya gambar :)) Nanti-nantilah. Laa ni depa nakai sangat, tak leh duk diam - susah tangkap gambar.

Achik, Mulan katakan! :D

Mak Su, saya ke kucing? ;) Alhamdulillah.

Azer, :) - Amin.

Sastri, misai kucing tu pokoknya renek tapi tak bermisai :D
Salam kembali Sas.

Zareda Norman said...

misai kucing itu kalau dibuat ubat, sebelum dapat buat ubat dah kena cekau dulu dengan tuan punya misai.. ekekekek

Bunga Rampai said...

Kak Zar, orang kata ... berssusah dahulu, bersenang-senang kemudian :D