Wednesday, 13 August 2008

Air Mata Bonda

Dia bagaikan raja. Maklumlah, tiada sesiapa di rumah petang-petang begitu. Selepas makan, dia menukar pakaian sekolahnya kemudian menonton tivi dan video. Tepat jam 4:00 petang dia keluar rumah untuk bermain, dan tempat permainan kegemarannya ialah di tangga hujung kiri atau kanan bangunan rumah pangsa sepuluh tingkat itu.

Dia suka bermain dengan kanak-kanak perempuan. Namun sejak ada aduan tentang fi'ilnya, maka ramailah ibu bapa yang menghalang anak-anak perempuan mereka menggunakan tangga itu pada waktu-waktu tertentu.

Petang semalam, 3 orang pihak berkuasa datang menangkapnya. Ibu dan ayahnya dihubungi, dan diberitahu yang anak lelaki mereka itu sedang menanggalkan seluar dalam kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun ketika mereka tiba. Dia dibawa ke balai polis ditemani ayahnya.

Bercucuranlah air mata ibunya.

Dia itu usianya 12 tahun.


*12/8/2008
Senja yang suram,
Pinggir Kota, KL.


Salam.

22 comments:

Unknown said...

12 tahun dah pandai macam tuh yer BR. Takutnya!!memang sungguh berat tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak2 kita membesar menjada orang yang berguna, bersopan santun, dan baik tingkahlakunya. Satu peringatan untuk saya juga..

julietchun said...

Masya Allah,sapa nak di salahkan? Ibubapa,guru,masyarakat? Bdk2 sekarang baru umr 7thn dah pandai ckp I Luv U,dah pandai ckp boyfren-girlfren.Mintak di jauhkan.

afid said...

hmmm..menakutkan!

Pa'chik said...

sekarang kan dah jadik fenomena biasa.. main rogol-rogol.. hari tu keluar metro... huhuhu...
rasa cam nak wat kudeta je... hehehe...

SHIMI said...

Kesan dan terkesan.Dunia ini hampir tiba hujungnya

13may said...

aduii....saya sedih betul baca kisah camni....sebab semua ni kebykkan terjadi dlm masyarakat kaum kita...
hmmm...

Salam BR,
jom tgk olimpik :)

fajar said...

terkedu.
juga tidak sanggup untuk membayangkannya.

achik said...

huhuhu.. alahai.. :(

Suka Bebel said...

inilah akibatnya terlampau didedahkan budaya yang bukan bukan. seram aku tengok budak sekolah zaman sekarang

Azer Mantessa said...

*tergamam aku*

Kaktiny said...

"PAUSE"!!!.. sedihnya hati si ibu..

Butaseni@Wan Raja said...

hmmmm bahaya ni cik kak.kesian pulak ibu tu.budak ni memang kena bentuk dari sekarng,bila usia dia lebih 14 tahun masih tak berubah,memang masalah.
-kesan dari gejala gelaja sosial jugak ni.

Mak Su said...

takut-takut kot terover expose pada bahan bacaan, tontonan diusia yang terlalu mentah... otak belum boleh menerima kerana belum sampai masanya, diri mahu mencuba... Allahuakbar, berlindunglah kita semua kepadaNya

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR

Satu lagi kisah ranah masyarakat yang resah, bejat dan keliru.

Nauzubillah...

Zareda Norman said...

Ya Tuhan...

Dunia dah semakin tenat...

Akak said...

Salam ziarah...

Siapa yg akan dipersalahkan?

Kesian pada ibubapa & kesian juga pada tuan yg empunya diri, mungkinkah akibat dari kurangnya pendidikan atau terlebih pengetahuan..

Minta anak2 akak & anak yg lain dijauhkan dari benda2 mcm nie..

PuTeRi CaHaYa said...

:-(

doakan dia sedar.. masih boleh dibentuk.. insyaAllah...

Salam
(",)

Anonymous said...

dia berminat untuk mengajar subjek human anatomy.

Ordinary Superhero said...

luluhnya hati seorang ibu....semoga tabah

tegezoot said...

dulu kita kuat dari dalam...

tapi musuh sudah tahu

sebab itu dari dalam kita dihancurkan dulu...

Ku Keng said...

mak salahkan pak;
pak salahkan sekolah;
sekolah salahkan media-massa; media-massa salahkan tempat tinggal;
Bandaraya salahkan politikus;
politikus salahkan pi em;
pi em salahkan ulamak;
ulamak salahkan PAS;
PAS salahkan UMNO;
UMNO salahkan mak bapak;
dan mak salahkan pak;
..........

Bunga Rampai said...

Salam semua,

Amat menghargai komen kalian. Kita renung, dan ambil iktibar.

Musuh kita kini sebenarnya adalah diri kita sendiri yang semakin rapuh, (dalaman kita bak kata Tegezoot). Usah biarkan ia terus rapuh. Usah jua mengalah. Berusaha membaiki diri dan mohon kasihanNya jua.

Semoga masih ada IhsanNya untuk kita semua. Amin.