Sunday, 3 August 2008

Jaguh

Aduuuuh, dia menelefon lagi! Sudah 4 kali dalam masa 10 minit dengan soalan yang sama, “Kat mana?” Saya memohonnya untuk bersabar. Maklum, saya memandu kereta bukannya terbang macam garuda. Dia ketawa.

Saya tahu dia risau selagi saya tidak muncul di depan matanya. Dia benar-benar mahukan saya datang untuk bersantai, sebab katanya akhir-akhir ini saya sering saja membebankan fikiran dengan kerja-kerja yang memberatkan hati. Tepat omelannya itu, tapi ujar saya, saya tidak suka meringan-ringankan hati, nanti raga saya menjadi seringan spora yang diterbangkan angin seenaknya kemudian jatuh entah di mana.

Saya umpama gendang kosong katanya lagi, bunyi suara saja yang kuat mahu melihat dan menonton itu dan ini tapi tidak mahu menjadikan kemahuan itu satu kenyataan. Barangkali dia mahu mencabar saya, maka Sabtu lalu dia membuat kejutan. Dengan tiket di tangannya, saya tiada alasan lagi untuk menolak permintaannya.

Senyumannya meleret melihat saya tiba di ruang legar dan setelah urusan tiket selesai di pintu masuk, kami beredar ke tempat duduk. Wow, satu kedudukan yang sangat bagus – baris ke-empat betul-betul di hadapan gelanggang kaca! Saya menarik nafas lega ... yeay, akhirnya impian tercapai untuk menonton perlawanan squash bertaraf dunia secara langsung! Alhamdulillah.

Maka bertarunglah dua orang jejaka jaguh squash negara. Hebat, tangkas, pantas ... perlawanan sengit sekali! Tiba-tiba pada set ke-empat bola melantun keluar dari gelanggang. Penonton tertanya-tanya bolanya ke mana?

Only one ball ka?” Tanya seorang penonton di belakang kami.
Don’t know.” Jawab temannya.
How come they play with one ball only?"
You ask the referee lah!”

Seminit kemudian bola baru dibaling masuk ke dalam gelanggang.

Oh, saat yang ditunggu-tunggu tiba! Pemain wanita nombor satu dunia itulah yang saya mahu lihat beraksi di depan mata. Sungguh, dia sememangnya hebat di gelanggang. Lebih dari itu, peribadinya mengagumkan saya.

“Dari caranya bermain, saya tahu dia sangat ikhlas dengan perjuangannya. Berjuang untuk dirinya, negaranya dan untuk sukan itu sendiri. Dia sememangnya jaguh - satu contoh peranan. Orang seperti dialah yang layak diberi penghormatan dan gelaran. Ini tidak ... panjat pokok kelapa pun dapat gelaran, naik sampan keliling laut pun dapat gelaran, balik melancong dari awan pun dapat anugerah ... blaaa ... blaaa ... blaaa ..."

"Aiskrim dah mula cair ni ..." Dia.

Ooopss, lupa pula aiskrim ada di depan mata!


*26/7/2008
CIMB Malaysian Open Squash 2008
The Curve, Selangor.


Salam.

23 comments:

Pa'chik said...

mujur bola tu tak melantun masuk lam aiskrim tu.. ekeke...

13may said...

errrrr....ada mintak autograp player number satu dunia tu tak???

hehhe hehhe

Salam BR :)

Suka Bebel said...

Dari umurnya 15 tahun dah harumkan nama negara, sering kuikuti perkembangannya. Masih belum sempat tgk dia main live depan mata walaupun the curve 5 minit je kalau jalan kaki dari rumahku.hehe...biasalah, byk alasan.

Terima kasih sambut salam perkenalanku. suka baca tulisanmu.hehe

Azer Mantessa said...

wah tgk squash :-)

julietchun said...

Wah!dpt tgk Datuk Nicol,terujanya,tak tangkap gmbr ngan dia ke? Jelesnya.

Mak Su said...

sapa menang?

PuTeRi CaHaYa said...

nicol.. gah benar nama dia..kan?

achik said...

bukan sekadar jaguh kampung.. :)

Ordinary Superhero said...

Memang kagum dengan kekentalan semangat juang wirawati sukan yang sorang ni.

Ajzie said...

setuju....

Kenapa laa Olimpik x de squash eik? Kalau tidak sah sah DN dapat 1juta..hihihihi

Ku Keng said...

Makan aiskrim digelanggang sudah melanggar peraturan Dik.

Pasti Bangla yang menjaga tempat tu membebel-bebel selepasnya.

Salam Dik, aktif benar kebelakangan ini.

Kaktiny said...

betul lah.. patutnyer.. yang betul2 harumkan nama negara cam tu je yang layak dpt gelaran.. setakat 'yang perabih' duit utk buat benda yang takdak pekdah utk negara (dan 'kacau' duit rakyat) hampeh jer bagi anugerah..

Anonymous said...

memang berbaloi le dengan gelaran yang dia dapat tu..

- G O R O - said...

Salam.

Dulu time Square.
Sekarang The Curve..
Lepas nie?

Bunga Rampai said...

Pa’chik, bab makan aiskrim dan membebel tu kat McD lepas tengok perlawanan. Saya tak reti makan aiskrim sambil tengok perlawanan :)

13may, tak minta pun, segan nak berhimpit-himpit. Dapat melihat dia beraksi pun satu nikmat. Salam kembali :)

Suka Bebel, terima kasih sudi membaca. Ada masa luang, saya tetap saja berkunjung ke blog anda.

Azer, menunaikan impian yang sekian lama terpendam :)

Julietchun, tak bergambar, saya malu. Nicol itu manis orangnya!

Mak Su, kerana sorakan saya kuat ... Nicol menang!

Puteri Cahaya, gah pada nama ... gah pada peribadinya juga.

Achik, jaguh dunia!

OSH, disiplin/komitmennya sangat tinggi. Satu contoh yang wajar diteladani oleh ahli sukan lain.

Ajzie, tak lama lagi jadi jutawan walaupun tak ke Olimpik.

Bro Keng, Alhamdulillah Bro, tidak ada peraturan yang diingkari - Dia melihat. Makan aiskrim pada tempatnya.

Para pekerja Bangla hensem-hensem :))

Salam kembali Bro. Di luar sini lagilah aktif!

Kaktiny, kita ambil iktibar segala peristiwa yang berlaku di depan kita.

NBB, tepat pada tempatnya.

Goro, lepas ni barangkali Golden Triangle.

Sastri said...

aiskrim perisa apakah itu? :D

salam...

anggerik merah said...

Salam bunga rampai...terlalu leka sampai lupa ice -cream tu...

Tapi bestkan dapat menonton yang kita memang minat

Pegawai Khalwat said...

Tu pun ada yang komplen kata dia muda sangat nak bagi dato'.

artisticklytouch said...

orang kampung weols tuh

Butaseni@Wan Raja said...

ya pegawai khalwat,aku yg komplain tuh ahahha.pendapat aku at lease bagi dia berenti main dulu,jadi coach ke baru bagi.lani dia muda sangat,takkan coach dia nak panggil datuk kot hahaha
tapi kak rampai,peribadi dia kat luar gelanggang pun bagus,relax je minum coke,tak mabuk mabuk

Bunga Rampai said...

Sastri, perisa coklat pastinya:)) Salam kembali.

Anggerik Merah, salam kembali. Leka membebel :D

Bro PK, rezekinya, dan pandangan manusia berbeda.

Art, orang utara hebat-hebat!

Butaseni, gaya sihat orang muda :)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR,

Wah! Seorang sahabat maya saya menonton Squash. Saya kagum! :)

Bunga Rampai said...

Salam kembali BP, Saya peminat sukan. Masa sekolah dulu aktif bersukan. Sekarang mengembara itu sukan saya :)