Akhirnya Dark City 2 selesai saya baca. Membaca buku fiksi berhalaman 341 muka surat dalam masa 10 hari merupakan satu rekod buruk saya sebenarnya, namun saya beralasan mengapa demikian jadinya – kerana kesemua 17 buah cerpen yang dipaparkan sangat menarik dan ada yang saya baca berulang kali. Paling saya suka ialah kisah Dad.
*If God to be in heaven, I would rather be in hell. Those were the last words my mum said on her deathbed.
Nevertheless, there was a time in her life when God and religion played an important role. She was a regular face in church. The Bible was the most important book in her life ... “God made us and we should respect Him and not make jokes about Him,” she often said.
But when my dad died, everything changed. She stopped believing in God. She developed an intense hatred of God and anything that has a connection to Him ... Mum held God responsible for my dad’s death ...
I, on other hand, became totally the opposite. My dad’s death brought me closer to God. I went to church more often. I read the Bible from chapter to chapter ... Religion brought me the peace I desperately sought.
Killing your own father is not an easy burden to carry ...
Later, I realized I couldn’t lead a life like my mum’s, a life fill with hatred. I needed God in my life ... to forgive me for what I had done.*
Demikian sedikit petikan dari kisah Dad yang ditulis oleh Bissme S.
Sejujurnya kisah ini sedikit mengganggu jiwa saya, membuat saya merenung jauh tentang tindakan manusia kala dihimpit desakan atau tekanan hidup, dan bagaimana manusia melerai masalah yang menimpanya. Seperti dalam Dad, atas sebab dan akibat sesuatu tindakan, manusia sama ada kembali kepada Tuhannya atau sebaliknya.
Sesungguhnya Tuhan mahukan segala yang baik untuk manusia, tetapi kerana manusia itu diberikan akal dan perasaan maka manusia ada kecenderungan untuk memilih melakukan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya kerana merasa bahawa pilihan itulah yang paling baik untuknya. Hal ini kerana manusia tidak mengetahui apa yang tersirat dan yang belum terjadi. Apa pun pilihan manusia akan ada kesannya, dan oleh kerana Tuhan itu Maha Adil maka pilihan siapa pun akan dimakbulkan walaupun permintaan untuk melakukan sesuatu keburukan dan kerosakan kepada manusia lain.
Manusia sentiasa di dalam kerugian dan kegelapan.
Payah nian mencari cahaya dalam gelap. Mencari kurniaNya dalam perjalanan menuju pulang. Maka itu, dalam gelap pun kita perlu melihat dan memerhati persekitaran kita. Dalam gelap juga kita perlu berfikir dan memikirkan tentang apa yang kita perhatikan. Lafazkan harfiah Al-Quran untuk membimbing gerak dan lintasan hati kita dalam kegelapan perjalanan itu. Ingatkan janji Allah bahawa sesiapa yang menurut Quran dia akan selamat. Seiringan itu, sandarkan hati pada tiang sabar dan redha. Ukirkan terus doa-doa dalam lisan, dalam hati, dalam amal. DIA Maha Melihat dan Mendengar, Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi. Wallahu'alam.
Dark City
*24/7/2008
Duhai hati, bersusah-susahlah ketika kau senang dan bersenang-senang juga ketika kau susah. Nescaya akan kau perolehi terang cahaya yang tersembunyi.
Salam.
27 comments:
Pertimbangan diri dalam membuat pilihan menentukan siapa kita di hadapan Ilahi kelak.
Duhai hati, bersusah-susahlah ketika kau senang dan bersenang-senang juga ketika kau susah. Nescaya akan kau perolehi terang cahaya yang tersembunyi.
cool
itulah kelebihan manusia yang utama ... mempunyai daya memilih ... samada untuk baik dan buruk :-)
Hayakallah, Dark City 2 ni koleksi cerpen Barat ke?
apa-apa keadaan pun sama... ada yang susah.. ingat tuhan... ada jugak yang marah tuhan...
ada yang senang... lupa tuhan.. ada jugak yang lagi dekat ngan tuhan...
manusia ni kan cuma ada empat keadaan...
hidupnya beramal... mati masuk syurga...
hidupnya tidak beramal.. mati masuk nuraka...
hidupnya tidak beramal, mati masuk syurga...
hidupnya beramal, tapi mati masuk nuraka...
Getar dan gerak hati, semuanya Allah tahu. Bisikkan lafaz doa itu, melambang reda dan harap.
Shimi, ... dan bersederhana dalam melaksanakan pilihan yang dipilih itu.
Azer, ... dan apa jua hasilnya, kita redha.
Amiene Rev, koleksi cerpen tempatan oleh 15 penulis termasuk beberapa orang penulis UK dan Switzerland. Semua kisah tentang kehidupan bandaraya KL - melingkari unsur-unsur 'gelap' dalam masyarakatnya. Sila ke pautan yang tertera dalam entri ini.
Pa'chik, ya, manusia sama saja di mata Tuhan, yang membezakan ialah iman dan taqwanya.
Mya Marja, redha kita adalah atas redhaNya jua.
Kita sering lupa utk mengucap syukur bila gembira,sama2lah kita berubah.
moga kita jadi hamba yang dekat dan taat padaNYA tak kira susah atau senang.. mudah-mudahan..
teringat cerita 2 adik-beradik di zaman Rasullullah.. yang adik sepanjang hidup beramal, yang abang, sepanjang hidup bergelumang dosa.. hanya pada satu hari, satu detik dan satu ketika.. kedua2nya berubah hati utk menjadi 'sebaliknya'.. dan kesudahan yang azab bagi si adik dan kesudahan yang indah bagi si abang..
rencah hidup manusia.. siapa menduga.. makanya.. letakkan akal di depan fikiran..(nafsu jahat betulkan..)
bila saya bergelap, saya mencari cahaya di Ar-Rahman
dlm hidup ini, kita mempunyai pilihan dari dua pilihan, betul atau salah, maka pilihlah antara dua itu.....
tugas kita sebagai khalifah :)
larik dari tajuk tak cik kak?
Tulisan Kak Rampai selalu buat saya berfikir dalam-dalam..
Jaga diri baek-baek Kak!
Salam.. :)
341 muka surat dalam masa 10 hari???
ok la tuh...janji habis baca :)
Julietchun, bersyukur juga masa sedih. Ada hikmah dan nikmat yang tersembunyi dalam kesedihan itu.
Achik, Amin.
Kaktiny, terima kasih cerita itu. Kita belajarnya.
Mak Su, Alhamdulillah.
Chinta, kalau tiga pilihan ... jenuh memikir :) Membuat pilihan adalah ujianNya.
Butaseni, tak lari tu cik abang! :)
Akirasuri, orang kata banyak berfikir cepat naik uban :D Jaga dirimu juga Dik, baik-baik. Salam kembali.
13may, layan kepala betul tu sampai 10 hari! Mujur tak sakit kepala :))
erm , semoga hati kita masih tenang dalam setiap kerja dan hari mendatang, insyaAllah...amin.
bunga rampai,...moga berjaya selalu....
hai, sekadar melepas rindu diangin lalu. mesra tapi hanya di siber.
Aku cuma pernah tengok filem Dark City lakonan Kiefer Sutherland, William Hurt dan Rufus Sewell.
koleksi cerpen-cerpen kerohanian?
http://zaity.blogspot.com/
assalamualaikum.. semoga ceria-ceria selalu
Dalam gelap pasti ada terang andai hati disiram sentiasa dengan amal. selamat kenalan
biasanya, manusia akan ingat pada Tuhan bila susah... bila senang, seperti lupa kan?
hello bunga rampai
This is Bissme S the writer for dad in dark city 2 . thank you for mentioning my work in your blog.
I am glad that you like my piece of fiction Dad. If you want, you could look at my blog : bissme.blogspot.com.
you can also write to my email bissme@yahoo.com
terang yg kita cari
teranglah yag kita temui.
gelap yg kita terokai
gelaplah terpaksa kita redahi
Qudwah_Mardihah, terima kasih. Amin.Doa yang sama buatmu.
Rasha_rz, moga kemesraan berpanjangan walau hanya di alam siber.
Bro PK, saya tak tengok filem tu. Pasti baguskan kerana para pelakonnya pun bagus.
Bro Zizie, bukan. Menarik kerana memprovok minda kemudian saya merenungnya dari aspek kerohanian.
Zaity, waalaikumsalam. Harapnya anda lebih-lebih lagi ceria. Salam kenal :)
Suka Bebel, begitu hendaknya. Insyallah. Selamat kenalan jua :)
Sastri, mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang biasa-biasa itu.
Bissme, hello to you too :) What a surprise, the writer himself is here! Thanks for dropping by. Visited your blog earlier, it's great.
Al-Bima Sakti, terang atau gelap, cahaya amat diperlukan.
salam
glad to inform u that the song 'rampaisari' is now at youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=ECD1PjnYDg4
hope u like it :-)
Azer, salam kembali. Saya terharu, dan sudah tentu saya suka. Amat menghargainya. Terima kasih :)
Post a Comment