Awal pagi itu, sementara menunggu ketibaan ERL di KL Sentral ...
... Saya tahu benar nada dering itu - Mozart 40.
Lalu lelaki India yang berperut boroi itu, berkemeja T putih, cepat-cepat berdiri dan menyeluk saku seluar koboinya. Aah, mengapa ya sukar benar? 'Pabila nada dering berhenti dia masih lagi bertungkus lumus cuba mengeluarkan telefon itu. Akhirnya berjaya dan Mozart 40 berkumandang lagi.
"Hello! Bla - bla - bla - (dalam bahasa Tamil) ..." Duh, suaranya macam guna mikrofon!
Tiba-tiba, "Apa daa, kalau you berani mari datang jumpa saya la! You ka betul atau saya ka yang tipu...pigi la you!"
Dalam ERL menuju KLIA ...
... Wah, Dealova!
Itulah nada dering telefon dalam genggaman perempuan bergaya itu yang duduk di hadapan saya.
"Elloooo ... " Bukan main manja lagi!
"On the way ... tak lupa ... mestilah rindu ... alaa, tak lama ... nanti I call, don't worry ... okey, you take care too sayang ..."
Ooh, dia sedang sarat bercinta!
Di KLIA, sementara menunggu panggilan untuk naik pesawat ...
... Saya tidak kenal nada dering telefon lelaki mat salleh yang tinggi lampai berkot biru tua itu, agak ganjil pada pendengaran saya.
Dia: "Lo! Lo! Lo! ..." Kemudian dengan wajah kecewa dia menutup telefon itu.
Sejurus kemudian: "Lo! Lo! Lo! ... " Dia kecewa lagi.
Kemudian: "Lo! Lo! Lo! ..."
Dia membuka briefcasenya lalu membaling telefon itu ke dalam. Tutup briefcase. Dia kemudian menumbuk briefcase itu dua kali.
Dalam pesawat ...
... Saya yang lapar sudah bersedia untuk meminta mee goreng sebagaimana yang tertulis dalam menu. Pramugara itu yang seiras Hritik Roshan tiba dengan senyuman yang cukup manis di bibirnya, "Hello ... " dan bertanya saya mahu makan apa. Saya kata mee goreng.
Pramugara itu pun mencari-cari dalam trolinya, kemudian: "Really sorry, mee gorang is not available."
Saya, sambil mencemikkan muka: "No mee goreng?"
Pramugara itu: "Yes, mee gorang ... eeelek!"
~~~~~~~~~~
Hello kalian! :-)
Salam.
24 comments:
Wah, Rampai! Mahu pergian ke New Delhi ya?
nada dering saya - hot stuff ... hehehe
nada dering sy nokia tone... heheheh!
msg dering sy nokia tone...
alarm tido sy nokia tone...
silent mode sy nokia tone...
alarm mode sy nokia tone...
pendek kata nokia tone... hehehhehe!
wah! patut la lama tak updet....
mana ole ole???
hehhe....
salam:)
Wah! tak boleh lupa ya mee goreng.
rupe2nye suka mee goreng...sampai atas flight pun mintak mie goreng. erm..satu nak tanye...mie gorang 2 apeye...?
macam-macam kisah pasal manusia.. kalau jadi pemerhati yang baik, suka duka ragam manusia pasti mengajar kita.
tapi beringatlah, kalau cakap telepon tu jangan kuat-kuat sangat, kan bunga rampai? bukan yang dicakap dalam telepon tu saja dengar, yang dok sekeliling pun turut tau rahsia hampa !!!!
Salam kak rampai...
he he he kalau diperhati karenah macam-macam gelagatnya..
oh oh berpergian lama-lama, mana oleh olehnya :p
apapun, selamat kembali berblog :)
ole.. ole ole... MU menang ,,, MU menang... ngehehehhehe!
Mya Marja:
Dalam perjalanan ke Colombo.
Sekadar memerhati segelintir gelagat manusia yang bisa saja membuat kita berfikir tentang kehidupan ini :)
Azer:
Nada dering yang pastinya pedas! :D
Sunan Jati:
Saya tukar nama En. Sunan jadi Nokia Jati. Boleh gitu?
13may:
Ini ole-olenya,
Sekalung doa untuk kedamaian dan ketenanganmu. Juga semangkuk bubur Asyura sebagai pengukuh silatulrahim.
Salam kembali :)
Hakim:
Mana boleh lupa tanah airku :)
Achik Sufi:
mee gorang - Itulah yang disebut pramugara itu. Hampir saja tersembur gelak saya!
Bayu:
Setuju kata-kata Bayu itu. Memerhati tingkah laku orang lain mampu mengajar kita menilai diri sendiri. Mampu mengubah perangai kita.
Akirasuri:
Salam kembali Dik,
Ole-ole untuk budak sekolah - setangkai kasih dari Akak, juga sejambak doa moga cemerlang dalam pelajaran.
Sunan Jati:
Aah, En. Nokia lagi :))
MU menang atau kalah, tak kisah, sebab saya tak minat depa tu. Saya penyokong Arsenal dan peminat setia bolasepak Brazil.
Wahh... Hrithik Roshan jadi pramugara. Mesti ramai orang kita naik pesawat tu (terdiri dari kalangan makcik-makcik saya kira. Mujur bukan Hrithik Roshan.. :P)
wah... org arsenal rupanyer... ngehehehhe.... MU.. MU... MU...
Alahai. Teringat-ingat pulak mee goreng mamak Parit Jawa.
Selamat kembali berkarya :)
Mee gorang? LOL... sib baik muka mcm hrithik roshan ek? LOL... Selamat kembali berkarya BR... Mesti byk cerita pasal Colombo ni... :D
nada dering saya 'fast and furious'.
ring tone 28..hehe..classic skit
Saya beli telefon saya ini (dulu) sebab ia ada real tone.
Tapi, ironinya, saya silentkan telefon saya ini sepanjang hari 24/7. Saya rasa terganggu dengan bunyi telefon. Biarlah dia bergegar-gegar sahaja.
Saya tak suka nada dering. Seperti Tuan Tanah, saya suka gegar gegar gegar
nada dering telefon saya ialah lagu doraemon. sekian.
salam BR,
yg akhir tu agak lucu, tersenyum saya. nada dering hp yus lagu S. Jibeng - inai di jari..:D
hello!
saya kalau dalam erl, akan onkan blutooth dan start searching. jika bernasib baik akan ada 2 3 org yang bluetooth hpnya ter"on" hehehehe lepas tu apa lagi hehehe
Indera:
... dan kalau Preity Zinta yang jadi pramugari, ramailah pakcik-pakcik naik pesawat itu ;)
Sunan Jati:
Dia lagi dengan MUnya...
Terima kasih sering menjenguk saya. Lain kali bawalah buah tangan, paling tidak bawalah carrot.Boleh saya buat jus ;)
BP:
Wah, promo Muor lagi! :)
Ya, berceloteh lagi dalam blog andai punya masa luang:)
Sastri:
Tulah dia mee gorang versi sana :D
Setiap kembara pasti ada cerita istimewa.
NBB:
Wow, ini pasti versi Ferrari atau McLaren! Atau barangkali sewaktu dengan Jackie Chan atau Jet Li.
Petiais:
Ada kelas!
Tuan Tanah:
Real tone: = riiing, riiing?
Bergegar-gegar = telefon menari (ini istilah saya) :)
OSH:
Sudah tentu orang sibuk tidak suka diganggu ;)
Sayuti:
Bertepatan dengan panggilan Akak untukmu 'Dik Sayuti' :)
Yus:
Salam kembali,
Tabek Yus, masih menghormati orang lama!
King:
Hello!
Nada dering aku adalah mee gorang...
Ha ha ha...
buat lawak sendiri gelak.
Bro PK:
Hahaha ...
Hisy, Bro sorang nilah ... selalu buat saya sakit perut, gelak!
Post a Comment