Friday, 18 May 2007

Terhiris

Begitulah. Apa yang dihidang oleh media, itulah yang ditelan. Apa yang dilihat oleh mata, itulah yang dijadikan bahan hujahan. Mereka percaya.

Kata kawan saya Susan kepada John, "Islam di tanah air saya ini semakin liberal."

Saya cuba menelan air liur.

Inez teman John, "Ya, perempuan-perempuan kamu berani ke hadapan memperjuangkan hak wanita. Anak-anak muda juga pandai bergaul dan ranggi sekali berfesyen."

Susan, "Saya bangga dengan pembangunan negara saya. Dan John, kamu juga perlu menemuramah mufti yang liberal itu, juga seorang lagi mufti yang konservatif."

Oohh, air liur itu tersekat ditekak.

John wartawan dari sebelah timur Eropah itu berpaling kepada saya, "Pastinya kamu juga menyokong kumpulan kakak-kakak seIslam kamu yang hebat itu."

Duh, pahit sungguh air liur yang ditelan itu!

Saya, "Bla, bla, bla ..."

Untuk beberapa ketika kami bersoal-jawab. Entah siapa yang menang.

Saya cuma tahu hati saya amat terhiris, luka. Pedih, kerana tanggapan sipi mereka tentang agama saya. Bersedih jua mengenangkan tanah air ini, dan sebahagian kita yang masih lagi leka berfantasi sampai ke langit sepuluh. Sanggup membiarkan diri menjadi boneka yang tempang kaki, dan ditertawakan!

Sudah dua hari saya memujuk rasa untuk melupakan sidang itu. Aduhai, payah sekali...

Salam.

29 comments:

Mak Su said...

Bunga rampai - komen itu tidak "kita" alu-alukan... [tahu sama tahu aje lah]

Azer Mantessa said...

liberal kalau kita tgk dari segi definasinya adalah sesuatu yag baik dan tak jugak depa nih menolak hadith sepenuhnya.

yang pelik tentang puak liberal nih, walaupun cukup rajin mempertikaikan hadith2, tapi agung2kan pujangga2 dan falsafah2 barat.

bagi saya, puak liberal nih bagaikan tikus memperbaiki labu

:D

akirasuri said...

Malaya makin hari makin menyedihkan.

entahlah.

Sunan_Jati said...

yer itulah realiti...
baik atau buruknyer satu negara tu bergantung pada ulama dan umara'
sabo yer cik rampai... oit.. xsampailagipun carrot susu tuh...!

Izariza said...

Tak kenal maka tak cinta. Bekas pelajar saya dulu kan Datuk Seri, selalu menganggap orang Islam bersikap ekstrem dan tertutup. Hidayah Allah akhirnya membawa dia kepada Islam. Alhamdulillah.

Katanya, tak kenal maka tak cinta.

Salam harmoni :)

tegezoot said...

Umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan. Semua masuk neraka kecuali satu. Iaitu yg berdiri diatas jalan Nabi Muhammad saw dan jalan Sahabat2nya. Lebih kurang macam tu la bunyi hadis tu, saya tak ingat sangat. Apapun biarlah kita beserta dengan golongan yg satu ni walaupun segelintir.

blackpurple @ jowopinter said...

Liberal yang tidak berjejak dan berlandas bukan sahaja bisa memusnahkan agama tapi jiwa keseluruhannya.

Semakin di hujung-hujung usia dunia, semakin di hujung-hujung juga pegangan umat Muhammad.

(Saya mengingatkan diri saya sendiri sebenarnya, dalam menegur kejahilan dan keterlanjuran orang lain, kadang-kadang tak sedar rupanya diri sendiri pun apa kurangnya.. :))

Ku Keng said...

Bersikap liberal dan berlagak celeberiti.

Gah.

jinggo said...

berpijak di bumi yang nyata...
berjalan di jalan yang di redhai Allah........
insyallah.......

tuan tanah said...

Faham...

Sangat-sangat.

Achik_Sufi said...

lebih mudah menghadapi si kafir dari menghadapi si munafik. dipelajarinya islam adalah untuk menentangnya...

Sastri said...

hmmm... kadang2 merasa takut membaca pandangan yg terlampau liberal... diri sendiri ni pun tak sebaik mana... banyak yang perlu dibaiki... jadi nak mengomen lebih, takut lebih tersasar dari apa yg betul... :D

kingbinjai said...

dan kita terus buta

MYA MARJA said...

Agaknya ini zamannya kebanyakan kita hanya menggunakan selemah iman iaitu hati bagi menghadapi semua ini..

Butaseni@Wan Raja said...

tahukah anda,islam di sesetengah negara dieropah dan juga america,islamnya lebih islam dari negara islam sebab mereka menghanut islam atas kerelaan diri,bukan turun temurun.
mungkin anda berjumpa dengan salah orang.
sabarrr...

CerminDiri said...

salam kehidupan,
moga2 anda diberikan kekuatan menghadapi kedegilan mereka itu.

Petiais said...

suka tgk org pandai agama bersoal jawab....tenang..lembut..tegasnya masih..menjawab dalam senyuman..walau musuh menghempas keimanan

Unknown said...

pertama kali ke sini. saya suka cara penyampai sdr/i yang menarik.

Pegawai Khalwat said...

Dilihat secara positif.

Teguran itu telah membuka hijab kesedaran kita.

Setidak-tidaknya yang membaca entri ini.

banggugar said...

salam,
gullppp.. telan lagi..

moga kita semua deberiNYA kekuatan

(",)

jinggo said...

islam itu indah......
berusahalah untuk kecapi keindahan itu....
insyallah setiap usaha ada ganjarannya dari Allah swt.......

Sunan_Jati said...

Bagi ku agama ku dan bagi kamu agama kamu...

ngehehheheh!

13may said...

salam BR,
tersekat gak air liur....pahit kena telan gak...

Bunga Rampai said...

Mak Su:
'Pabila komen sudah dilontarkan, usah berdiam diri. Jawablah yang termampu.

Azer:
Apabila labu tidak dapat dibaiki, tikus pun mulalah menyalahkan itu dan ini. Atau, lari menyembunyikan diri.

Akirasuri:
Jangan biarkan kesedihan itu berlarutan. Lakukanlah sesuatu yang berfaedah.

Sunan Jati:
Realiti tanah air kita. Haruskah kita berdiam diri, berdoa saja?

p/s Jus carrot susu lambat lagilah. Saya baru semai carrot kat belakang rumah, ntah tumbuh ntah tidak :D

Izariza:
Alhamdulillah.
Pastinya Datin Seri sebagai gurunya juga telah memainkan peranan dalam hijrahnya itu.

Tegezoot:
Amin. Terima kasih hadith itu.

BP:
'Pabila sudah dihujung-hujung, amat eprlu bagi kita untuk saling menegur sambil-sambil menegur diri sendiri :)

Bro Keng:
Saya tambah sikit ...
Gah dan bermegah!

Jinggo:
Saya akan ingat. Terima kasih.

Tuan Tanah:
TT rasa apa yang saya rasa. Terima kasih. Di sana cabarannya lagi hebatkan? Moga tabah :)

Achik Sufi:
Teruskan menimba ilmu dan mengamalnya. Doa saya mengiringi.

Akuokay:
Doa saya moga sentiasa okay.

Bunga Rampai said...

Sastri:
Itu yang elok. Sedar kelemahan diri dan mahu membaikinya.

King:
Celikkan!

Mya Marja:
Kata-kata itu membuat saya berfikir. Terima kasih.

Butaseni:
Itu realiti. Realiti yang lebih hebat ialah ada dakyah-dakyah yang sedang menceroboh jiwa anak-anak muda kita secara halus, malah menyokongnya tanpa disedari.

Cermindiri:
Salam kembali. Amin. Moga anda juga diberikan kekuatan hati dalam menjalani hidup ini.

Petiais:
Saya masih belajar, namun perlu saja mengamalkan ilmu yang secetek ini untuk membetulkan keadaan.

Zalisa Maz:
Terima kasih mengunjungi teratak saya ini, amat menghargainya. Salam kenal :)

Bro PK:
Satu perangsang. Terima kasih.

Bang Gugar:
Salam kembali. Amin.
p/s telan baik-baik, nanti tercekik.

Jinggo:
Indah pada hati yang tahu merasa.
Terima kasih kata-kata itu. Meyakinkan.

Sunan Jati:
Saya perlu belajar lagi, mencari kupasan yang lebih dalam mengenainya.

13may:
Salam kembali. Pahit tu ada penawarnya.

Anonymous said...

allahuakbar!

Bunga Rampai said...

Kamarul:

Allahuakbar!

m i n e r a l . . . said...

mmm x kenal, maka x cinta... tgk dr luar boleh la komen macm2....

Bunga Rampai said...

Mineral:
Kita punya tugas untuk menyebarkan :)