Thursday, 11 January 2007

Membilang Hari

Minggu terakhir 2006. Membilang hari ke tahun baru.
Wah, iklan itu membuat saya kepingin sekali menonton rancangan baru itu! Maka saya bilang pada diri, saya harus mencelikkan mata menunggu.

Jam 11 malam. Muzik berkumandang, montage terpampang, dan pengacara enter frame. Ooh kacak juga dia, dan senyumannya manis sekali! Teman pengacaranya juga cantik ayu.

Sambil menonton saya minum air barli. Seteguk seteguk. Tiba-tiba ooppss saya terrsedak. Mata terjegil! Di luar dugaan sama sekali, isi kandungan bahagian pertama mendedahkan kes rumahtangga berantakan dan cerai-berai orang-orang popular ...

Tetamu undangan dijemput. Dia ditanya itu dan ini tentang perceraiannya. Dia menjawab dengan senyuman tak lekang di bibir. Kadang mengelak. Kadang no comment. Kasihan sungguh dia, menggelabah.

Kemudian, aduh! Tidak diduganya ada diari perceraiannya yang dikajiselidik dari A - Z didedahkan, dibaca tegas satu persatu. Huh, macam mahkamahlah pulak!. Dia terpempan.

Saya lagilah, terlopong! Anak mata terjojol. Oh, betapa rajinnya mereka membuat penyelidikan yang sungguh terperinci itu. Dari riak wajah, mereka sangat bangga dengan hasil kajian itu. Memang sensasi!

"Jangan ke mana-mana, tunggu ..." Pinta pengacara. Bahagian pertama beres.

Saya tidak mahu menunggunya walau saya suka melihat senyuman manisnya itu. Tutup tv. Habiskan air barli. Tidur lagi enak!

Tidur juga satu ibadah.


Membilang hari:
semua keperluan sudah disediakan...
aturcara telah disusun rapi...
kini menanti detik itu.

meniti hari menggoyah sabar...
debar menunggu saat itu...
Sabtu 20 Januari 2007.
Salam.

25 comments:

kingbinjai said...

ooo ooo ada apa sabtu?

INDERA KENCANA said...

Tidak disangka seawal tahun baru kita disajikan dengan rancangan seumpama itu.

Enakkah air barli itu Bunga Rampai? :)

Salam.

Pegawai Khalwat said...

Cerita panjang-panjang tu tak sensasi.

Yang sensasi cerita hari Sabtu tu.

Meh kita tunggu 20/1/2007.

Ada apa ekkk....

tuan tanah said...

Apa? Apa ni?

*tak faham apa-apa*

Azer Mantessa said...

Psssttt … nak kawin ker? *wink

Sunan_Jati said...

hehhehehe.... yah... tekaan azer tepat sekali... yeay!

13may said...

Iya...tido lagi bagus...

err..barli ais satu!

salam;)

NATO said...

Cik BR lama tak jengah ke sini.. maaf ya...saya tak sambut tahun baru masihi..di tv banyak betul rancangan hiburan yg melalaikan.. alhamdulillah saya tak terjebak masa tu..betul cakap cik BR..tido lg bagus..

saya setuju dgn pegawai khalwat..tunggu 20/1/2007 dgn amalan2 yg berguna dan memberi pahala..bertambah tahun bertambah umur berkurang masa untuk kumpul bekalan..

Bunga Rampai said...

Salam,

King: Adalaaa...

Indera: Air barli itu memang enak, maklum buatan sendiri :)

Salam kembali.

Bro PK: Adalah...tungguuu!

TuanTanah: Tak apa, nanti akan faham :)

Azer: Hari bersejarah ;)

Sunanjati: Amboi, bukan main sokong lagi :))

13may: Tak elok minum air ais banyak-banyak. Tak elok untuk tekak, nyanyi suara sumbang. Nanti taufan dengar, jadi puting beliung :D

Salam kembali.

AkuOkay: Bukan hari lahir.

Laa, hang tak tanya pun! Awatnya, rumah Akuokay ada air barli? Wah, nanti hidang ya kalau saya bertandang :)

(aduh, lidah saya sakit baca spiking tu)

Nato: Wah, terharu...masih ingatkan saya.

Ya, sama-sama kita nanti tarikh itu :)

blackpurple @ jowopinter said...

Dulu orang kita suka menyelak tepi kain orang,
Sekarang yang di dalam kain pun nak diselak juga..



Menanti sinar bulan 1 Muharam 1428 rupanya... :)

Sastri said...

1 Muharram Sas di perantauan lagi... kali ni atas tiket bekerja...

Ku Keng said...

Nanti 1 Muharram kaum di KL akan berpusu-pusu beratur di ferris-wheel. Itulah pembaharuan. Pembaharuan dalam penghiburan.

Unknown said...

BR,

Saya pun ada tertengok rancangan tu. Menyampah betul. Macam dah tak ada isu lain. Buang masa siaran sahaja. Saya memang tak minat dnegan pengacara perempuannya yang perasan bagus.

Tetapi malangnya, ramai yang minat nak tengok cerita macam tu. Nak buat macam mana...

~inilah saya~ said...

salam

Sayuti said...

cerita apa ni...?

huhu

salam akak bunga rampai.

Pak Malau said...

memalukan orang yang malu adalah lebih memalukan.

Bunga Rampai said...

Salam,

BP: Itulah makna kejujuran untuk mereka :(

Menanti sinar sebutir bintang itu juga :)

Sastri: Selamat merantau. Sambil bekerja sambil buka mata dan luaskan hati :) Oh, barangkali ada orang yang ditinggalkan akan menggigit jari ? ;)

Bro Keng: Hiburan luaran yang tidak bersempadan. Dinding hati semakin nipis. Alahai.

Jiwa Rasa: Memang menyampah!! Ooohh ...

Inilah Saya: Salam kembali, salam kenal :)

Sayuti: Salam kembali Dik Sayuti.

huhu...Ini cerita spy thriller!

Pak Malau: Banyaknya hati-hati yang semakin lompang. Alahai.

loppiess said...

5 hari lagi rampai, hari sabtu itu akan menjelang. dup dap dup dap dup dap.......:)

Sunan_Jati said...

apa tuh. ada apa per ke ari sabtu tuh...

acidz said...

Salam Bunga Rampai.

Dan salam hijrah. Tutup buku lama, bukak buku baru. Insyaallah panjang umur, sama-sama la kita angkat tangan bersyukur, tanam azam baru tahun ni.

Bunga Rampai tak berhijrah apa2 atau ke mana2?

Ajzie said...

BR ada apa dengan Sabtu?
Sabtu nih pula saya harap turun snow so saya boleh buat satu n3 khas buat BR.

Bunga Rampai said...

Salam,

Loppiess: 4 hari lagi. Jiwa rasa gelora. Degup jantung bagai rebana dipalu bertalu-talu :))

Sunanjati: Saspen ke? ;)

AkuOkay: Iya, menghitung hari, hari demi hari, detiknya akan tiba jua...

Acidz: Salam kembali Acidz. Salam Hijrah jua.

Oh, jangan tutup buku lama. Perlu intai-intai juga, mana yang salah, betulkan dalam buku baru. Ya, apa juga yang lepas dan bakal datang, bersyukur dan redha.

Akan mengembara juga tahun ini :)

Ajzie: Nanti saya buat entri tentang Sabtu itu :)

Wow, baik sungguh Ajzie, saya terharu! Terima kasih atas ingatan itu.

p/s A~W = rupa-rupanya nama jalan, duh! Hehehe...apalah saya ni, ingatkan nick Ajzie..

Ajzie said...

BR
Nama jalan rumah kami disini. Moga jadi ingatan pada saya kerana kami pernah tumpang berteduh disini. Di alam/bumi luas kepunyaan NYA.

P.s
Insyallah saya tak akan lupa pada janji2 saya.

Sya said...

BR

Orang lain sungguh bangga dapat mengetahui dan menjaja sebab musabab keruntuhan rumahtangga orang lain... sedihnya

Bunga Rampai said...

Salam,

Ajzie: Pengalaman mematangkan kita. p/s: terima kasih :)

KakSya: Itulah dia masyarakat kita, bukan mambantu, meruntuhkan lagi adalah. Adab sudah dijaja kepada kemahuan nafsu semata. *alahai*