Iya, aneh sungguh hidup ini kadang-kadang. Dalam diam ada jua yang datang menyapa.
Ah, Si Bunga Rampai lagi yang sering saja beraneh-aneh. Bilakah mungkin dia tidak akan berasa aneh tentang apa-apa saja?
Barangkali begitulah ujar bintang-bintang itu kala melihat saya menghisab itu dan ini tentang apa saja yang saya fikirkan aneh, dan sekali-sekala saya perlu juga sedikit marah kerana mereka begitu sibuk sekali mengintai-intai sukma saya.
Ah, kalian pun aneh juga! Enak saja mahu ambil tahu tentang saya!
Diam.
Aneh. Baru minggu lepas saya sembang-sembang mengenai novel Di Bawah Lindungan Ka'abah dengan seseorang yang sangat saya hormati. Novel karya Hamka itu pertama kali saya baca pada usia peralihan menuju awal remaja, dan saya kira usia sementah itu belum lagi matang untuk mengutip inti pati kisahnya yang padat dengan bunga-bunga falsafah kehidupan. Cinta yang dipamer mencengkam jiwa membuat saya ulang baca setiap tahun untuk beberapa lama di samping menghayati buku-bukunya yang lain. Suatu hari novel itu hilang dari simpanan, maklum saja sering bertukar tangan, namun entah kenapa saya tidak pula sibuk-sibuk untuk mendapatkan yang baru.
Aneh. Pagi semalam seorang kawan lama datang bertandang dan menghadiahkan kepada saya novel itu. Saya terpempan. Walau agak kusam kulitnya, saya amat berbesar hati menerimanya. "Dapat mana?" Tanya saya. "Flea market, Amcorp Mall." Saya belek-belek riang, dan sehelai kertas kecil yang suram rona hijaunya melayang ke atas riba. Ada nukilan biru di atasnya: If your mind isn't open, keep your mouth shut too. Oh?
Barangkali saya perlu tutup mulut. Diam-diam.
Untuk berapa lama ya, wahai Rampai?
Salam.
20 comments:
Salam BR,
Aneh sekali....tatkala saya menulis komen ini, mulut saya diam sekali....sebab selalunya saya tersenyum2 bila menulis komen..
ps: ada bos kat depan:D
diam itu kadangkala boleh mengundang penyesalan
salam,
err..kenapa perlu diam ya?
(ni kes org suka bercakap cam sayalah ni hehe)
Buku lama memang acapkali mengundang memori. Gembiranya tidak terungkap apabila sesekali terjumpa khazanah yang hampir reput dimamah anai-anai dan usia seperti 'Duri dan Api' karya Usman Awang milik abangku itu.
jgn terlampau diam sgt, nanti tertidoq :D
"If your mind isn't open, keep your mouth shut too."
cool ... tq :-)
Kadang-kadang diam lebih baik daripada banyak bicara...
Kadang kala kita tidak boleh juga berdiam diri sahaja. Dan ada masa nanti kita perlu terus diam..
BR
Snow dah mula turun saya sedang buat N3 utk ditujukan buat BR.
Salam
yelah...kenapa perlu diam, saya tak pernah baca novel tu, jd tak tahu hujung pangkal ni...hehe
Ada flea market? Di Amcorp Mall?
Uwahhhhhhh!!!!
Berdiam juga sebenarnya menunjukkan erti kepintaran tanpa mulut berkata sesuatu yang sia-sia.
Kalau tiada kata yang baik untuk diucap, memang diam itu lebih baik dari berkata-kata.
BR, Sudah berapa kali mengulang bacaa Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Hamka..? :D
Ada hadis nabi yang minta kita cakap yang baik atau diam.
Sas ingat lagi filem yg diadaptasikan dari novel yg sama... Masa itu Sas masih kecil lagi tapi impaknya, sampai sekarang pun ingat...
Salam,
13may
Salam kembali.
Wah, dalam diam 13may tetamu pertama :)
Takut dengan bos rupanya :))
Mohd Shuhaimi
Salam. Saya diam-diam ingin membals kunjung, tapi tak jumpa rumah ;)
King
Saya setuju. Sebab itu perlu juga berfikir sebelum diam.
Syikin
Salam.
Pelbagai sebab. Tak ada idea nak cakap, penat bercakap,ada ulcer kat mulut, sakit gigi. Barangkali juga tak ada gigi :))
Goboklama
Khazanah lama penuh kenangan.
Salam kenal :)
Aku Okay
1. Dalam simpanan. Baca sikit-sikit. Rujukan.
2. Alhamdulillah. Jom minum!
3. Diam.
4. Setuju.
Terima kasih link yang menarik itu. Hayati cerita itu hingga tamat. Pasti okay :)
Azer
Yeaah, sedingin salju :)
Inilah Aku
Apalagi kalau kita tak tahu hujung pangkalnya. Dengar dan fikir.
Ajzie
Aduuh, terima kasih atas ingatan, saya tersentuh. Salam kembali.
Yus
Bacalah novel itu, Yus tidak akan menyesal.
Tuan Tanah
Ya ya, betul. Pulang nanti singgahlah!
Indera
Diam-diam ubi berisi :)
BP
Tapi kadang tu, mulut ni nak juga bercakap! Hehehe...
BP, saya beberapa kali tenggelam ketika membaca buku itu, mujur tidak lemas :D
Hakim
Terima kasih. Peringatan.
Sastri
Buku itu menghidupkan jiwa yang mati.
Aku Okay
Itulah dia, ada beberapa lejadaian dalam kehidupan yang sukar dimengerti, payah ditafsir, redha jua.
diam - perbuatan dimana kita tidak bersuara dan berkata-kata.
bila diam, ia dpt mencegah kita dari tersalah kata.
kerna ia boleh-
1. mendatangkan marah
2. mengumpat
3. membuat fitnah
4. mengutuk
5. menghina
Cikdinz
Terima kasih. Satu peringatan.
Salam kenal :)
salam,
aduh..mana entri baru ni :D. mengembara lagi ke BR?
salam,
saya ketika membaca novel juga akan terdiam, bahkan saya akan mencari tempat2 yang tiada orang bising, supaya mudah saya memahami maksudnya sipenulis, ketika menulis ini juga saya diam, cuma akal saya begitu bising sekali, kenapa ya?? ada petua supaya akal saya tidak bising??
salam
Salam,
Syikin
Salam kembali. Entri baru ada kat atas tu. Tapi terpanjang pulak dah entri tu, Syikin bacalah pelan-pelan ya :)
Kembara pertama tahun ini bermula hari ini untuk beberapa hari :)
Bang Gugar
Akal bising, bagus tu. Tandanya sentiasa berfikir. Alahai, maaf, saya pun tak tahu apa petua supaya akal tidak bising. Saya cuma tahu akal itu diam pabila jantung berhenti berdegup :)
Salam kembali.
Post a Comment