Sabtu 01 Hijrah 1428.
Detik sebelum tabir subuh disingkap. Merenung wajah dalam cermin silam. Mengungkap puisi hati. Mengimbas jalan datang. Takzim dalam tafakur. Masih ada cahaya mutiara di sepanjang jalan pulang. Diam.
3.00 petang. Wajah-wajah murni menanti detik ini. "Ayuh, kita mulakan!" Gamat suasana penuh keriangan. Pelbagai irama. Bla bla bla ... klung klang ... tong teng ... eh oh wei... Huh, macam pasar borong!
4.00 petang. Bubur Asyura selesai dimasak. Yeaaaahh...!
4.30 petang. Sesi bercerita kisah di sebalik bubur asyura. Mata mereka terkebil-kebil. Mulut kecil mereka terlopong.
5.00 petang. Sesi makan. Yummyy...!
Ya, detik-detik itu memberi kepuasan. Wajah-wajah comel itu saya tenung. 12 orang semuanya.... siapakah mereka nanti dewasa kelak? Tanya hati kecil, sedikit gerun. Di kejauhan rasa ada suara lembut memujuk melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya senyum.
6.00 petang. Pulang dengan sebekas besar bubur asyura :))
8.30 malam. Lagu instrumental Love Story berkumandang. Bubur asyura dinikmati lagi. Ah, benak menerawang jauh ....
... andai punya sayap, pasti saya terbang menghulur bubur itu kepada 13may (sedang main gitarkah dia kala ini?), dan Indera Kencana (mungkinkah sedang melayan kerenah Siri Aufa?), juga acidz (barangkali sedang mengingati ayangnya). Mereka mengingatkan saya kepada kunjungan pertama mereka ke teratak ini dalam entri berikut. Kemudian tambah semangkuk lagi ... duh, teringatkan Kak Long Syikin pula (dia dah cubakah resepi ini?). Tambah lagi semangkuk. Teringat pula, harus luangkan masa, masak lagi untuk jiran-jiran ... aiseymaaann, lantas tersenyum lebar teringat Bro ini yang mahu jadi jiran saya kiri kanan, depan belakang, atas atau bawah pun boleh katanya ... supaya dapat bubur ini. Hahaha ...
Aah, enak sungguh kala santai begitu, seenak bubur asyura ... Alhamdulillah.
9.00 malam. Cukuplah bersantai. Harus mentelaah apa-apa. Semangkuk lagi bubur menunggu di sebelah kanan. Baca, makan, baca, makan. Heh, teruknya perangai! Makannya lebih, bacanya entah ke mana-mana. Diam seketika. Aduhai, dalam diam nama-nama teman bloggers menari-nari di ruang mata. Satu-satu. Fikir. Ya, siapa-siapa saja kalian, sesungguhnya telah mengindahkan hidup ini. Jika pun tidak berdetik-detik kehadirannya, sedetik pun cukup meluaskan mata hati. Wajar saja berterima kasih dengan penuh rasa kasih. Tuhan, kepadamu aku mohon, damaikan dan tenangkan hati-hati teman-teman itu. Sejahterakanlah hidup mereka.
Detik 12.00 malam. Senyap. Namun ada bunyi tis tis tis di luar sana. Oh, ada titis-titis air dari langit. Anugerah Tuhan. Halwa telinga. Redup hati mendengarnya. Mata pejam, ada ungkapan bersimpuh di pelantar benak. Renung jua ...
"Jalan pulang kita ingat, jalan datang pun kena ingat. Perjalanan itu kita kena sedar" ~ Pegawai Khalwat. Terima kasih ungkapan ini (20/4/06), jawapan kepada salah satu komen saya dalam blog Bro.
"Datang kita bersama perit tangisan, biarlah pulang kita bersama madu iman agar Dia menyambut kita dalam keriangan, penuh kasih sayang" ~ Bunga Rampai
Salam Maal Hijrah 1428
14 comments:
Salam Maal Hijrah yang terlewat..
Semoga kita masih punya nafas lagi 1 Muharam 1429 nanti..
lembaran baru yg berpenghujungkan horizon...
hm...
sudah hampirkah kita dgn-Nya?
hm..
aku..tak mampu melihat..
menerjah perjalanan..
yg Dia tetapkan..
Oh..ini rupanya penantian itu..
Salam Maal Hijrah
ingatkan bertunang atau benikah ...
Salam Maal Hijrah :-)
salam,
BR, saya asyik tak sempat aje nak buat bubur asyura tu. resepinya dah siap print..sabar ajelah.
anak2 siapa tu BR? BR kerja apa ya sbnrnya?
rampai, awalnya dah dapat makan ayura. teringat tahun lalu saya kacau asyura dan memberi kepada jiran2. tahun ini hanya menunggu...
Salam,
BP: Belum terlewat. Salam Maal Hijrah juga untuk BP.
Ya semoga. Amin.
Petiais: Jalan itu ada di hadapan, akur dan redha menempuhnya. DIA Maha Mengasihani, Pengampun, lagi Penyayang.
Aku Okay: Alhamdulillah, anda kenal mana nasi mana bubur.
Salam Maal Hijrah kembali :)
Inilah Saya: .. :-) ... Salam Maal Hijrah kembali.
Azer: .. :-) ... Salam Maal Hijrah jua.
Syikin: Salam kembali. Anak-anak itu dari keluarga yang sempit kehiudupan - sempit segala-galanya. Kalau Syikin ingat entri saya 'Bayangkan' tentang Atiqah, dia juga datang dari kawasan perumahan ini.
Kerja saya pelik sikit :)
Kerja tetap dalam bidang berkaitan promosi jenama barangan saya jadikan kerja tak tetap - freelance. Manakala kerja tak tetap dalam bidang sukarela saya jadikan kerja tetap yang membawa saya mengembara sana sini.
Has: Nanti, pabila saya masak untuk jiran-jiran, saya niatkan dan katakan kepada mereka yang bubur asyura itu juga daripada seorang teman bernama Has. Boleh gitu? Serius ni!
salam maal hijrah....
tak ada pun menghulur ke sini...:)
Mmmm... Berapa lama dah tak makan bubur asyura ya?
(Sedang cuba mengingat)
taknak komen, pasal nama takde waaaaaaa
Salam BR...
Terlewat datang sini....masih adakah saki baki bubur asyura itu???
nyum nyum...mesti enak sekali:))
Salam,
Maklang: Sama-sama. Nanti masak lain, saya hantar ke sana :)
Tuan Tanah: Kira, kira ... 10 Muharram nanti buatlah jamuan bubur asyura :)
King: Heh, tak molek sungguh muka bapa budak kalau merajuk!
13may: Salam kembali. Alahai, sedih sungguh dengar perkataan saki baki tu. Sampai hati datang lambat. *sob sob* :))
salam,
sedang berada di perantauan kah BR?
Syikin
Salam kembali Syikin.
Tidak. Ada di sini diam-diam :))
Post a Comment