(30 November 2006)
Sahabatku Ying,
Barangkali e-mel ini juga tidak berbalas seperti dua e-mel yang terdahulu. Harapan saya cumalah agar Allah SWT sentiasa membuka jalan untukmu agar sinar bintang yang dilihat itu tidak akan pudar, sentiasa menerangi perjalananmu.
Apa khabar dirimu? Dan Alif bagaimana, masih merajuk? :)
Saya tahu hati Ying gusar sekali apabila Alif meminta supaya menutup rambutmu, dan Ying juga marah kerana Alif mempertahankan pendiriannya itu. Ya, benar juga katamu bahawa perempuan yang menutup aurat pun menjadi mangsa perkosa lelaki. Tapi Ying, usah sempitkan pandangan kita. Lelaki yang memperkosa itu, yang menzalimi perempuan adalah lelaki yang lemah tidak bermaruah, jiwanya mati ketika dia hidup lagi.
Ying, kita perlu melihat dari beberapa sudut lain. Sesuatu perintah itu ada sebabnya. Taat kepada-Nya ada hikmah juga nikmatnya. Allah Amat Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Ying, cuba renung yang berikut ...
1. Pernahkah Ying berfikir berapa banyak masa kita terbuang dan wang yang dibelanjakan untuk mencuci, blow dry, set, mewarna rambut, kerinting, re-bonding, luruskan ... kemudian apabila rambut rosak kerana terlalu banyak bahan kimia yang menyaluti rambut, kita juga yang sibuk-sibuk lagi ke salon untuk membaikinya ... bubuh perapi, urut, dan steam? Nah, melayang lagi masa dan duit kita!
2. Awal pagi sebelum ke tempat kerja, perasan tak betapa bersusah-payahnya kita mendandan rambut entah untuk berapa lama ... blow sana blow sini, ikat begini begitu, klip sana klip sini, sanggul siput sanggul dua, dan bubuh perhiasan itu ini. Dan segala perhiasan rambut bukannya murah Ying!
3. Menghadhiri majlis juga satu masalahkan? Kita bukan main lagi bersusah payah memikirkan gaya rambut bagaimana yang sesuai untuk baju kita dan majlis itu ... dan kita ke salon lagi entah untuk berapa jam supaya kita kelihatan cantik dan anggun! Dan kosnya berapa?
4. Ying, segala dandan-mendandan rambut ini boleh menimbulkan riak di hati , dan riak itu sudah saya terangkan sebelum ini.
5. Satu lagi, nenek saya pernah berkata yang leher perlu ditutup kerana di situ ada rahsia perempuan yang teramat intim yang harus diselindungkan daripada pandangan lelaki!
Ying, usah risau tentang fesyen pakaian kalau rambutmu sudah ditutup. Tidak semestinya Ying berbaju kurung sepanjang masa. Pakailah apa saja yang selesa asal sopan. Cheongsam pakaian tradisimu itu usah ditinggalkan. Itu identiti bangsamu, bukan begitu? Cheongsam itu ubahsuaikan, boleh saja dilonggarkan dan pakailah seluar panjang di dalamnya. Saya tahu Ying akan berkata 'pelik sekali fesyen begitu!' Ah, semua fesyen terkini memang pelik Ying!
Barangkali alasan-alasan di atas itu membuat Ying ketawa. Tapi Ying, alangkah baiknya wang dan masa itu kita gunakan untuk sesuatu yang lebih berfaedah, alangkah baiknya salurkan saja masa dan wang itu kepada mereka yang lebih memerlukan.
Ying, Allah SWT telah menyediakan sesuatu yang mudah untuk kita ikuti, kenapa menyusahkan diri, dan menyukarkan yang mudah itu?
Bertudung itu amat memudahkan segala urusan harian juga urusan hati kita. Fikirkanlah.
Maaf Ying, saya tahu, amatlah sukar untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita. Tapi jika kita jujur dan benar-benar mahu berubah, kita sepatutnya tidak berdiam diri, berusaha dan berdoa, insyaAllah, Dia Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi akan sentiasa menunjukkan jalan lurus untuk kita.
Sekian saja Ying. Kirim salam saya untuk Alif.
Salam penuh kasih,
Rampai.
Nota:
~ Ying, warganegara China.
~ Balasan kepada e-mel itu menyusul sebulan kemudian.
~ Pernikahan Ying dan Alif akan berlangsung penghujung bulan ini.
Salam.
28 comments:
Dialog Peninju Muhammad Ali dgn. anaknya Elisya:
Muhammad Ali: Eli, tahukah di mana boleh kita dapati emas, perak dan permata.
Elisya: Di bawah gunung-gunung.
Muhammad Ali: Emas, perak dan permata adalah batu-batu yang tinggi nilainya dan dilindungi kerana terlalu berharga. Begitu juga dengan wanita. Wanita adalah tinggi nilainya dan sgt. berharga. Maka hijablah rambutmu wahai Elisya.
Lebih kurang camtu laaa ... lupa2 sikit ... hehe.
Berdoa agar hidayat menyinggahi hatinya.
Salam penuh takzim buat Bunga Rampai.
Jika ada Ying pasti akan ada Yangnya.. :)
Muslimahkah dia..? Kalau ya semoga ditunjuk jalan yang sebetulnya.
Biar cuma sehelai rambut, bara api neraka tiada belasnya...
Salam BR,
Satu lagi, nenek saya pernah berkata yang leher perlu ditutup kerana di situ ada rahsia perempuan yang teramat intim yang harus diselindungkan daripada pandangan lelaki!
Saya pernah dgr tentang ini dan saya setuju mengenainya....
ps: Semlm baru aje makan bubur asyura...teringat kat Bunga Rampai;)
Salam BR,
Semoga Allah memberi petunjuk kepada Ying untuk mendalami Islam sepenuhnya. Dan Alif, diberikan kekuatan membimbingnya ke jalan yang di redhai.
jgn sekadar ditutp rambut itu, tutuplah auratnya juga. saya perasan mnjadi trend ketika ini kaum perempuan m'biarkan ekor rambut mereka yg tidak ditutup dgn anak tudung itu dpt dilihat mnerusi tudung mereka yg jarang. Benar, rambutnya sudah ditutup, tapi auratnya?
Doa buat Ying, BR, semua-semua dan saya. Semoga dikuatkan iman.
Ameen.
lelaki memandang wanita dengan nafsu. jadi jilbab yang menutup wanita itulah pelindungnya.
dan wanita itu diibaratkan emas di dalam islam. cuba bayangkan bagaimana emas di jaga di kedai emas? ia diletakkan di dalam almari berkaca dan berkunci letak pula di dalam kedai yang mempunyai sistem sekuriti tercangih, bersama pak sekuriti guard. dan bila kedai di tutup, emas emas itu disimpan di dalam peti keselamatan dengan nombor kod keselamtan dan kedai itu dikunci dengan gril dan sistem penggera pun diaktifkan. nah, cuba bayangkan jika emas itu dibiarkan bertebaran merata rata apa akan jadi?
begitulah ibaratnya islam menjaga kaum hawanya.
sampaikan salam saya pada ying, semoga dia berbahagia bersama alif :)
Mungkin Ying belum memahami... Semoga dia mendapat petunjuk dariNya... Semoga dia bahagia bersama Aliff... Selamat Pengantin Baru buat keduanya...
Saya doakan Ying dapat hidayah itu.
Dan saya doakan Rampai, saya dan perempuan-perempuan yang sedia bertudung di luar sana semoga Allah kekalkan hidayah itu.
p/s: Sudah dengar lagu Free - Sami Yusuf di blog saya? Lagu tentang hijab.
Ya, dan Ying tak ada masalah kalau menggunakan syampu Lavender dan tea tree oil.
Hanya bahaya untuk Alif!
:)
cara penyampaian akak penuh hikmah.
saya ketika zaman sekolah menengah dulu pernah menggunakan dalil2 quran dan hadith serta memberi perumpamaan buah cempedak yang ranum yang harus dibungkus untuk dielak daripada ditebuk tupai dalam satu majlis tazkirah. keesokan harinya, saya menerima surat layang (dilipat dalam bentuk roket) mungkin dari seorang perempuan yang belum bertudung yang mengkritik cara penyampaian saya tersebut.
memang kelemahan saya. moga2 penulis surat layang itu memaafkan saya.
salam.
Bank yang dilindungi dengan sistem keselamatan yang canggih pun masih dirompak, kenapa mereka masih nak pakai sistem keselamatan tu.
Masih juga nak melindunginya. Kan lebih baik dibiarkan saja terbuka terus, seperti perempuan-perempuan yang beralasan, berjilbab pun masih ada juga yang kena rogol.
semoga tuhan membuka hati tuk menerima perubahan....
Nasib baik aku tak kena pi buat rebonding.
Pss... dakwah dengan hikmah, cara yang baik.
salam,
eh..mana komen saya sebelum ini?
BR hadiri ke majlis pernikahan mereka? saya doakan mereka bahagia dunia akhirat. buat ying, dan kita semua juga, moga istiqamah dlm bertudung.
lagi satu hujah mrk yg tak mahu bertudung.."ala..yg penting hati.." hmm... dan kita blh bertanya dgn mrk semula, adakah hati kita betul2 baik kalau segala perintah ALlah kita engkar dn tentang dan segala larangan Allah kita lakukannya?
bukankah beriman itu maknanya mengaku dngn lidah, mentaukidkannya dlm hati dan menunjukkannya dngn amal perbuatan? jika kita pilih satu atau 2 drp makna iman ini, tandanya kita belum beriman sepenuhnya kepada Allah..
sejak gunting rambut saiz no 1, saya tak lagi buang masa sikat rambut. ha ha
bukan ikut mana-mana artis!
Long Majid tukang gunting di kampung kami. Beliau membuka kedai bila usai menoreh dalam sekitar jam 12 tengahari.
tidak ada apa2 yg ingin aku ceritakan sebenarnya cuma ingin memberitahu sepanjang beliau mengunting rambut kami, kami terpaksa menutup hidung kerana tangannya amat kuat dgn bau getah sekerap.
kini beliau sudah pergi jauh. Itu saja rampai.
Yin dan Alif dijemput berbulan madu ke Mersing. Bolehlah Pak Malau menjamu mereka kopi-oh dan biskut kering. Alakadar.
Salam,
Aku Okay:
Subuh waktu terbaik untuk membaca/mentelaah.
Azer:
Wah, saya tak tahu ada dialog itu. Terima kasih sampaikan.
Indera:
Begitulah harapan dan doa kita untuknya.
Salam seharum bunga rampai buat Indera :)
BP:
Fengshui - mesti ada lawannya :)
Ketika entri di atas ditulis, Ying belum lagi memeluk Islam.
13may:
Salam kembali. Terima kasih atas ingatan itu, gembira mendengarnya :)
Iman:
Moga Allah memudahkan jalan untuk Alif membimbing Ying.
Kemat:
Terima kasih. Satu peringatan yang wajar diberi perhatian mendalam.
Inilah Saya:
Terima kasih atas doa itu. Amin...
King:
InsyaAllah, salam itu akan disampaikan.
Sastri:
Moga hidayah lekat di hatinya.
Salam,
Tuan Tanah:
Amin. Terima kasih mendoakan. Terasa kesyahduannya.
p/s Belum sempat jengok blog kawan-kawan sekembali dari luar kawasan. Nanti saya ke blog TT mendengar lagu itu :)
Panwalla:
Salam kenal :)
Sayuti:
:) Dik, menyedari dan mengakui kelemahan diri itulah kekuatan dalaman yang jitu. Ruang sentiasa ada untuk membaiki diri.
Roket - barangkali dia seorang saintis sekarang, pereka jet :))
Pa'chik:
Setiap kita punya tanggungjawab untuk memberitahu. Selebihnya urusan Tuhan.
Salam kenal :)
Cikdinz:
Begitulah hendaknya.
Bro PK:
Jimat duit tu ...
Errmm...ini kes rambut lurus atau tak da rambut? :))
Kak Long:
Salam kembali.
Eh, ada komen lebih awal ke Syikin? Tak lekatlah tu ... masalah Blogger kut.
Besar kemungkinan tidak dapat menghadiri majlis itu kerana urusan kerja.
Memahami hukum adalah penting, dan kita seharusnya tidak memandang sipi atau menyisihkan mereka yang tidak menutup aurat. Rapati mereka, sampaikan dengan baik apa yang patut disampaikan ... laksanakan tanggungjawab kita. Wallahu'alam.
Terima kasih atas komen Syikin itu, komen itu mengajak saya untuk berfikir tentang sesuatu :)
Bro Zizie:
Rupanya gunting rambut pun bersaiz-saiz :)) Jadi, rambutnya sekarang cukup untuk melapis kulit kepala atau dah jadi spot light?
Loppiess:
Barangkali hasil menoreh dan menggunting rambut itulah yang membawa Long Majid pergi jauh. Dia berkerja keras.
Cantikkah guntingannya Loppiess? A-la Beatles? :))
Pak Malau:
Nanti saya sampaikan pesan itu.
Dan saya, tak dijemput sama? :)
Untuk pengetahuan semua,
Alhamdulillah Ying selamat memeluk Islam pada hari Jumaat lepas, 9 Februari 2007.
Syukur....
Alhamdulillah. Buku baru bagi Yin.
oh bagaimana boleh berkenalan dengan ying ya..
mudah2an dia ditunjuki jalan yang lurus :)
Salam,
13may dan Pak Malau:
Syukur, Alhamdulillah.
Akirasuri:
Ceritanya panjang sekali :)
Amin.
AlhamdulilLah. Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat buat Ying dan Alif.
Salam,
OSH:
Amin.
Post a Comment