Monday, 28 August 2006

Chef Rampai

Semalam hari minggu yang amat panjang tanpa sebarang jadual, cumanya mahu menghabiskan bab-bab terakhir buku Our Ways oleh Ismail Husin. Lantas ke meja di mana buku itu terletak di atas beberapa helaian kertas berconteng entah apa-apa. Buku diambil, beberapa helai kertas tertarik sama dan jatuh ke lantai. Saya mengambil kertas-kertas itu. Sehelai kertas berlipat menarik perhatian saya, dan membuka lipatannya. Seribu seri senyuman saya menguntum di bibir apabila mata terpaut pada tulisan. Di sini rupanya kamu, bisik hati.

Ya, kertas itu tertulis resepi Bubur Asyura yang saya salin dari salah satu entri blog Bro Keng. Sudah dicuba sekali. Mahu cuba lagi. Kegemaran.

Pantas saja saya ke pasar raya membeli bahan-bahannya. Berkira-kira juga mahu masak lebih...untuk jiran kiri kanan.

Kemudian saya bersiap sedia untuk masak. Pakai apron. Teringat pula tentang topi chef, dan tiba-tiba teringat satu entri Bro Zizie Ali baru-baru ini tentang topi Mek Stoking: topi sesudu pusing belakang. Lantas memakai topi sesudu warna merah hati, dan ya...pusing belakang. Aduh, kepingin pula melihat gaya wajah di cermin, sama ada se iras Si Kerchak yang kacak itu.

yeaaahh ...

Si Kerchak memakai topi sesudu pusing belakang sedang memasak bubur Asyura!

... dan Our Ways saya baca sambil menikmati bubur Asyura lewat petang semalam.

Siapa lagi yang dapat mengindahkan kehidupan kita kalau bukan kita sendiri. Kehadiran teman-teman di sekeliling pastinya menambahkan lagi keindahan itu. Atas izin-Nya. Syukur jua.

Baca komen En. Pegawai Khalwat mengenai Si Kerchak dalam entri sebelum ini ;)

Salam.

9 comments:

acidz said...

salam.

teringat. bubur asyura kampung baru. ramadhan hanya beberapa purnama. boleh masakkan satu bubur asyura untuk saya? mungkin boleh buat rumah terbuka berbuka puasa dengan bubur asyura?

13may said...

huloq2 la sikit buboq tu kat sini...

Kaklong Syikin said...

BR, boleh tak share resepi tu? dah lama nak belajar buat bubur asyura ni :D..tq.

Bunga Rampai said...

acidz,
Salam kembali.
Ramadhan hanya beberapa minggu saja lagi ;)
Mujurlah bubur asyura, kalau minta tolong masakkan ayam kapitan atau rendang padang...menggelabahlah saya :D
Bubur asyura hantar kat masjid...jom!

13may,
Ya boleh saja. Sebentar tadi saya dah hulur semangkok :)

Syikin,
Sila ke blog Bro Keng. Klik arkib Februari, entri bertajuk 10 Muharram. Bukan saja dapat salin resepi, dapat juga baca sejarah di sebalik bubur ini.

Selamat mencuba. Nanti khabarkan pada saya menjadi atau tak ;) (Isy, menyibuknya saya ...)

Pegawai Khalwat said...

Aku pun nak pindah jadi jiran hang sama ada kiri atau kanan.

Kalau dah penuh, depan atau belakang atau atas atau bawah pun tak apa.

Psss.... dalam agama, 20 rumah ke utara selatan timur barat masih di kira jiran. Nak kepastian sila rujuk Tuan Keng.

INDERA KENCANA said...

Kat mana resipi Bubur Asyura tu, ye..??

blackpurple @ jowopinter said...

Jarang berpeluang makan bubur asyura ini.....

Kalau di kampung utk membuatnya bergotong royong, sekampung datang rewang... nikmat bubur dan nikmat ukhwah juga...

Sayuti said...

mesti bubur asyura resipi tuan keng, air tangan akak sedap. kombinasi yang kena, saya rasa.

:)

Bunga Rampai said...

En. Peg Khalwat,
Ayat pertama buat saya senyum, ayat kedua buat saya gelak. En. Peg selalu buat saya ketawa, terima kasih untuk itu.

Psss...bukan 40 rumah?

Indera Kencana,
Sila rujuk balasan saya untuk komen Syikin di atas, terima kasih. Salam kenal.

Blackpurple,
Nikmat tersirat ... bukan semua orang merasainya :)

Sayuti,
Resipi tu memang ada kelas! Adik pun kena cuba tu ;)