Perjalanan ...
Sabtu 17 Jun. Tengahari.
Saya membujuk hati lantas bertolak ke utara. Jemputan seorang teman yang sudah berkali-kali meminta saya untuk bertemunya tidak boleh saya abaikan kerana pertemuan kami juga ada kaitan dengan urusan kerja.
Umpannya: "Jangan risau, aku belanja nasi kandar yang original."
Umpan saya: "Alang-alang menyeluk pekasam ... berada di Tanjung, malam nanti temani saya nonton teater."
"Apa? Teater?" Dia mendengus. Saya ketawa.
Dia berdarah saintis yang tidak berseni. Itu kata dia, bukan saya.
Maka saya pun membuat rencana begini:
Tiba P. Pinang - ke rumah teman.
Malam - menonton teater En. Peg Khalwat
Ahad - makan nasi kandar. Pulang KL.
Namun hasrat saya tidak kesampaian. Tiba di Ipoh, kala saya enak-enak minum teh limau, saya menerima panggilan dari kawan karib saya: "Saya perlukan awak masa ini juga kerana ... " Dia sebak sekali.
Saya kecewa, namun harus menemuinya. Kami bagaikan isi dengan kuku walaupun dia suka minum kopi di Starbuck.
Al-kisah ...
Sebenarnya sudah tiga bulan kami berbicara hal ini. Ceritanya begini ... tarikh perkahwinannya sudah ditetapkan pada bulan Ogos ini dan segala persiapan berjalan rancak. Pada suatu hari minggu bulan Mei, tunangnya tiba-tiba jatuh sakit pening, loya dan demam, kemudian tidak sedarkan diri. Dia dikejarkan ke hospital. Ujian demi ujian dilakukan. Dia menghidapi barah kolon. Doktor kata dia hanya punya masa enam bulan untuk hidup.
Ayah dan ibunya mahu putuskan pertunangan. Kawan saya enggan. Keluarga pihak lelaki juga enggan.
Dia ...
Mata bundarnya layu selayu kelopak seroja di tasik kering. Ada cahaya luka yang terbit dari hati yang punah. Kolam matanya berkaca-kaca. Dia menunduk. Setitis demi setitis air matanya jatuh membasahi riba. Saya membungkam. Melihat itu, saya tahu apa yang bakal disampaikan kepada saya.
"Setelah berfikir panjang, saya menurut kehendak emak dan ayah. Kami putus tunang." Dan dia menangis semahu-mahunya. Saya hanya mampu mendakapnya. Bahu saya dibasahi air mata lara serorang gadis yang patah hati.
Matahati bermukim seketika...
Sesungguhnya salah satu perkara yang paling sukar dilakukan dalam kehidupan ini ialah membuat keputusan. Kita ada pilihan sama ada menerima, menolak atau abaikan saja. Dan keputusan yang diambil sering saja melukakan hati orang lain juga melukakan diri sendiri.
Manusia hanya bisa merencana, Tuhan yang menentukan kesudahan rencana itu.
Redha jua.
Salam.
10 comments:
Kalau berada ditempatnya, pun akan melalui masa dan rasa yang sukar. Begitulah kalau dah takdir Tuhan. Mungkin ditakdirkan begitu untuk merasai hikmah disebaliknya.
sangat tragik... :(
Itu namanya takdir.
sedihnya.
harapnya mrk masih kekal bersahabat.
Salam kalian...
blackpurple,
Dia Maha Mengetahui.
Dik Sayuti,
Sungguh! :((
Bro Keng,
Manusia tidak dapat mengelaknya.
Syikin,
"Teruskan kehidupan." Itu nasihat bekas tunangnya.
harus kuat semangat..
ujian datang dlm berbagai bentuk.
macam kes mawi jer
Ujian datang dengan berbagai2 jenis hanya kita sahaja yg mengatasi nya terpulang cara bagaimana nk mengatasi nya
Salam kalian...
Cikgu Nizam,
Wajar sekali kentalkan semangat.
loppiess,
Ada hikmah di sebalik peristiwa. Ujian mengajar kita untuk bersabar.
Has,
Al-Fatihah untuk Allahyarham ayah Mawi.
Cuaca,
Benar. Atasi dengan baik bersama rasa hati ditumpukan padaNya.
Post a Comment