Thursday, 31 August 2006

Seperti Dulu

Kemerdekaan hanya bermakna apabila kita berani melafazkan yang benar itu adalah benar, dan yang salah itu tetap salah.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-49.



Warkah untuk loppiess...

Salam Loppiess,

Sihat walafiat dan baik-baik saja diri dan keluargamu hendaknya.

Sering saja saya ke teratakmu, mengutip kalam hati yang ditinggalkan. Apa gendala yang menghimpit sehingga ruang tamu dikatup walau pintu teratak luas terbuka? Saya kepingin sekali bersimpuh sejenak, melepas lelah, berbicara seadanya. Seperti dulu.


Bunga Rampai


Salam.

11 comments:

13may said...

selamat...selamat...

INDERA KENCANA said...

Apakah tangga penghubung pernah terbakar satu ketika dahulu sehingga membuatkan anjung tamu tertutup rapat..??

Jika begitu, ketuklah pintu yang lagi satu atau jendela setidak-tidaknya. Sekiranya satu pintu tertutup, pasti ada pintu lain yang terbuka.

Ku Keng said...

Dik Rampai,

Berapa kali menjenguk dan ingin menigggalkan pesanan, tapi connection terputus sebelum dapat meneruskan. Dah dua minggu streamyx membuat hal meskipun berkali-kali mengadu hal.

Dan juga seperti Adik Rampai, saya menjengah ke teratak Lope, terdengar suara tapi tak dapat meninggalkan pesanan. Lope mungkin menguncikan diri di dalam kerana takut di serang anjing Mr. Tow.

Saya tergamam mendengar komen Mat Rempit dlm temu-duga di TV.

"Kalau tak rempit kami berclubbing,"

"Clubbing tu buat apa?" beliau ditanya.

Jawapannya, "Club tu kan tempat setan, jadi kami pun buat macam setanlah!"

Inilah kemerdekaan agaknya.

HCI said...

Wahai si-Bunga Rampai,

Sudah lama hamba tidak menjejak bau mu, kerana takutkan bau yang segar itu digabung dengan perasaan yang menhantui semasa menerima chemo.

Kemerdekaan '06 amat bermakna bagi saya kerana merdekanya saya dari chemo. Satu pengalaman yang amat perit dan memerah segala kekuatan dalam diri dan yang amat memilukan ialah kekuatan spiritual.

Tetapi dengan kemerdekaan ini, aku bebas darinya dan segalanya kian pulih bahkan lebih memberangsangkan lagi. Itu lah nikmat merdeka dari kesengsaraan.

Pegawai Khalwat said...

Merdekalah mereka yang merasakan diri merdeka.

Tapi merdeka yang bagaimana?

blackpurple @ jowopinter said...

Yang benar tetap benar walau dipertikaikan,
Yang salah tetap salah walau diselindungkan,
... Itu kata-kata sifu dalam 'kupu-kupunya'..

Kaklong Syikin said...

salam,

maaflah keluar tajuk ni.
kalau tak salahnya ari tu BR ada tanya saya resepi nasi jagungkan? kebetulan ari ni saya masuk fotopages : http://hanieliza.fotopages.com

dia ada menyediakan resepi nasi jagung. n kakak ni mmg terer masak..best betul masuk fotopages dia ni.

tq bagitau saya mana nak dptkan resepi bubur asyura tu

Bunga Rampai said...

may13,
Semuanya selamat.


Indera Kencana,
Tangga masih kukuh.
Pintu hati sentiasa terbuka.


Bro Keng,
Salam. Terima kasih atas ingatan dan kunjungan.

hahaha...anjing Mr. Tow lagi. Barangkali sedang bermaharajalela. Barangkali juga Loppiess tidak lagi berjogging kerana takutkan anjing itu.

Alahai, kasihan dia.
Bahtera merdeka: bonda 'nangis sedih...


Has,
Kesengsaraan menyingkap rahsia hati, mengungkap kekuatan dalaman. Nikmatnya berkekalan.

Alhamdulillah. Hadirmu di sini membuktikan kekuatanmu.

...dan kutabur bunga rampai untukmu, mewangi suasanamu. Walau harumnya seketika, moga dapat menenang rasa.


En. Peg Khalwat,
Merdeka ada pelbagai bentuk, bermacam inti.

Suarakan erti merdeka itu di atas pentas teater. Mungkin stereotaip, tapi saya percaya kreativiti En. Peg sesuatu yang membanggakan.


Blackpurple,
Tengahari semalam seekor kupu-kupu hinggap di lengan saya, warnanya hitamungu. Cantik. Jangan pertikaikan kerana ini cerita benar. Jua tidak berselindung, kala itu saya teringatkan nama BP :)


Syikin,
Salam kembali.

Wow, terima kasih link itu.

Macam mana, dah masak dah bubur tu? (isy, menyibuk lagi saya ni ...)

Ordinary Superhero said...

Salam Merdeka, walau terlewat harap belum terlambat.

loppiess said...

ohh Rampai,

aku baru saja terima suratmu, mahu saja aku sihir hari hari ku yang laju ini untuk berhenti dan menulis.

terimakasih rampai atas setiap kunjungan itu. Aku akan menulis semula bila kerawanan ini reda dan musim bertukar.

Bunga Rampai said...

OrdinarySuperHero,

Salam merdeka kembali, terima kasih. Belum terlambat, merdeka sepanjang tahun :)


Loppiess,

Aduuuhh Loppiess, suara kalammu itu halwa mataku membelai rasa. Terima kasih jua.

Moga rawanmu kan berubah arah, dan hari-harimu berada di dalam lindungan-NYA selalu.

Anjing Mr. Tow sudah dikurung?