Tuesday, 21 February 2012

Refleksologi di Berastagi

Untuk persediaan shopping di Medan ... err, aktiviti yang kurang diminati sebenarnya lagi pun kedua-dua kaki sudah capek! Namun kerana mahu melihat sendiri keunikan barangan tempatan serta acara tawar-menawar antara para pembeli dengan peniaga, maka saya berfikir harus juga bersedia untuk itu. Maka sesudah makan malam saya ke kamar refleksologi untuk memulihkan kecergasan kaki.

Ternyata Rama, Ju, dan Ail  masih lagi gagah perkasa dan tidak tunduk kepada bab urut-mengurut ini. Mereka kata mahu menghirup damai angin malam sambil melihat  kembar Sibayak dan Sinabung mengeluarkan asapnya. Kedua-dua gunung berapi ini masih aktif dan merupakan tarikan utama pelancong datang ke Berastagi. Satu lagi sebab mengapa Rama, Ju, dan Ail menolak pelawaan saya ialah  mereka sudah mulai jatuh cinta dengan angin malam dan tidak mahu melepaskan malam terakhir mereka tanpa berangan-angan di anjung tempat penginapan sebelum bertemu kota Medan yang bingit dan panas! Saya membiarkan mereka bercanda dengan alam.

Di kamar refleksologi, seorang kakak yang agak gempal badannya yang sedang duduk santai di sebuah kerusi empok nmenguntumkan senyuman sebaik melihat saya memasuki kamar tersebut. Tanpa ditanya Cik Kak yang juga orang Malaysia memberitahu bahawa tukang urut di situ adalah lelaki. Saya terkejut kerana seawalnya saya sudahpun membuat janjitemu untuk mendapatkan khidmat tukang urut perempuan dan sesi urut kaki akan berlangsung di dalam tempat yang bertutup sepenuhnya dengan tirai.  Memang benarlah kata-kata Cik Kak itu setelah saya bertanyakan penyelia salon tersebut. Sudah tentu saya kecewa.

"Alaa, jangan risau ... dia urut pakai sarung tangan."

Berdetik-detik terlebih degupan jantung saya mendengar jawapannya! Dia tidakk risau tapi saya risau yang teramatnya. Saya membatalkan sesi itu.

Peristiwa itu mengingatkan saya kepada satu peristiwa di sebuah hospital di tanah air yang berlaku beberapa bulan lepas. Tukang urutnya terdiri dari lelaki dan perempuan dan semuanya tukang urut buta dari sebuah persatuan di ibu kota. Saya meminta khidmat tukang urut perempuan dan  memohon untuk diurut di suatu sudut yang disiapkan dengan penghadang  kayu sebagai pelindung dari pandangan orang ramai yang lalu-lalang di situ. Bagaimanapun permintaan saya ditolak dengan alasan tempat itu sudah ditempah oleh orang lain.

"Alaa, jangan risau ... kami ni buta ... tak nampak pun betis akak!"

~ Demikian dalam kehidupan ini kita banyak mengambil ringan tentang perkara yang kita rasakan remeh lalu kita tidak ambil peduli akan aspek ibadahnya sedangkan hal itu secara halusnya dapat memberi kesan negatif kepada akidah kita. Wallahu'alam.


Berastagi, Danau Toba.
26/1/2012

Salam.

4 comments:

julietchun said...

terlalu ambil mudah akan susah jugak kan.

Bunga Rampai said...

Julietchun, semoga kisah ini dapat membuka hati kita untuk terus mencari ilmu dan berusaha untuk memantapkan iman.

is150 said...

alhamdulillah, sengal sedikit di dunia boleh di tahan. Insya-Allah

Bunga Rampai said...

Iskandar, walau tak berurut... saya pi window shopping juga. Lepas tu, sakit pinggang pulak! :((

*Kita ambil peringatan dari pengalaman saya ini.