Dari jauh perempuan itu sudah tersenyum. Dia masih tersenyum setiba saya di muka kedainya. Susuk tubuhnya kelihatan muda namun senyumannya walau manis, telah menimbulkan berpuluh garis halus di wajahnya yang dihiasi jeragat hitam pada kedua-dua belah pipi, hidung dan dahinya. Rambutnya disikat rapi namun kelihatan perang dan kasar. Pada hemat saya, penampilan fizikalnya yang sedemikian rupa adalah hasil dari kehidupan yang sukar serta serba kekurangan yang pantas mematangkan seraut wajah muda.
"Horas!" Ucap saya kepadanya sambil melepaskan sebuah senyuman yang saya harap dapat menghangatkan hatinya pada pagi yang dingin ketika itu. "Horas!" Balasnya dengan senyuman yang lebih lebar yang membanyakkan lagi garis-garis halus di wajahnya. Horas adalah ucapan lazim bagi kaum Batak di Pulau Samosir yang bermaksud 'selamat' atau boleh juga bermaksud 'salam kenal.'
Singgah di kedainya bukanlah untuk membeli tetapi sekadar mencuci mata dan berhenti rehat seketika setelah penat berjalan dek meninjau-ninjau persekitaran Kampung Ambriata di Pulau Samosir. Pulau Samosir adalah pulau volkanik yang terletak di tengah-tengah Danau Toba dan lebih besar keluasannya berbanding Singapura. Dia menghulur sebotol air mineral kepada saya namun saya menolak kerana saya sendiri memiliki sebotol air mineral di dalam beg galas. "Hadiah untuk kamu." Aduuuh, adakah ini satu pancing supaya terbuka hati saya untuk membeli di kedainya? Akhirnya saya menerima hadiahnya itu setelah dia berkata "Ikhlas!" sebanyak tiga kali.
Kami berbual dari hal-hal barang-barang jualannya yang terdiri dari kemeja-T, seluar bermuda, kaftan dan blaus wanita - - hinggalah kepada falsafah Batak yang dipegang teguh dan hingga sekarang menjadi asas kehidupan sosial dan bermasyarakat dalam kalangan orang Batak Samosir yang kebanyakannya beragama Kristian. Falsafah itu adalah:
1) hormat kepada pihak keluarga ibu dan isteri.
2) ramah pada keluarga saudara perempuan.
3) bersatupadu dalam hubungan semarga (keturunan/suku/kelompok).
4) bersatupadu dalam kehidupan sehari-hari.
Sebelum meninggalkannya, dia bertanya bagaimana menghilangkan jeragat hitam di wajahnya. Aiseyymaaan ... dalam keterpaksaan saya menjadi penasihat kecantikan dalam masa empat lima minit ... ;) Krim sunblock saya yang tinggal setengah tiub saya berikan kepadanya. Sejurus selepas mengambil krim itu dia menarik saya ke dalam kedai. Alamak, nak kidnap saya ke? Begitu saya berprasangka!
"Tolong perdengarkan kepada saya dua kalimah syahadah." Mohon dia dan saya tergamam seketika. "Tolong!" Pintanya lagi dalam suara meminta belas kasihan. Saya melafazkan kalimah suci itu. Dia menarik nafas panjang kemudian berkata: "Indahnya! Satu hari nanti saya harap dapat melafazkannya di hadapan seorang imam."
Alpanya saya sehingga terlupa bertanyakan namanya. Siapa pun namanya, tidak mengapa jeragatnya tidak hilang asalkan cahaya yang mulai menerangi perjalanan hidupnya tidak hilang sinarnya malah terus kemilau hingga ke alam baqa.
Pulau Samosir, Danau Toba.
25/1/2012
Horas!

4 comments:
semoga dia akan mendapat cahaya yg lebih indah.
Horas kepadanya. Salam kenal dengan agama yang satu!
insya-Allah.. :)
subhanallah, Horas kembali kepadanya.
Post a Comment