Petang semalam, satu jam sebelum berbuka.
"Haih? Betul ke penimbang nih? Puasa dah 12 hari!"
Jarum alat penimbang dibetul-betulkannya kemudian dia naik semula ke atas penimbang itu.
"Adoiii, ya ampuuunnn ... naik sekilo!"
"Hahaha! ... raya nanti, baju raya yang dua pasang tu pun tak muat!"
"Sempat ke ramping ... lagi dua minggu nih?"
"Mengunyah tak berenti dari buka sampai sahur, pastu siang pula tak sah kalau tak tido. 'Cam mana nak ramping? Bila pula nak timbang hati tu? ... Hehehe!"
Salam.
20 comments:
hahaha.. tu la ntah bila la nak ramping ni..
pst, saya hari2 timbang.. ekeke.. ;p
hai, puasa pun naik gak? takpe... itu bahagia namanya...
saya pun risau gak sebab bulan puasa ni banyak makan yg manis2, entah bila nak ramping.
kena hantar gi calibrate agaknya penimbang tu...heheh heheh
Salam Ramadhan BR :)
Achik, lepas raya cepat-cepat sambung puasa enam! :)
Al-Bima Sakti, alhamdulillah!
Juliet, makan yang pedas-pedas pulak untuk bakar lemak. Dalam seminggu boleh ramping!
13may, hehehe ... kena beli baru! Salam Ramadhan kembali :)
Bunga Rampai,
tersenyum saya baca N3 ni... Semalam saya timbang jugak..rasa macam semakin berat...
Selamat berbuka puasa
penimbang tu kena tukar dah tu... :P
salam ziarah..
salam kenal..
salam ramadhan..
Datuk Seri,
hah! tu dia .. hahaha .. itulah dia berkat Ramadhan namanya .. :)
Saya pusing Datuk, ranjau menanti di kiri kanan .. :(
Anggerik Merah, tu lah dia ... baju pun semakin sendat :D Selamat berbuka juga.
Pa'chik, rasanya gitulah. Harap-harap penimbang baru ada magisnya ... jarum penunjuk kata kurang 2 kg! :D
QueenJah, salam Ramadhan kembali dan salam kenal. Terima kasih atas ziarah.
Datin Iza, Alhamdulillah!
Bertenang Datin, cuba sapu Tiger Balm kat kiri kanan kepala, insyaAllah pusing itu hilang.
'Ntah-'ntah mengidam? Hehehe :P
Salam.
Sangat suka curahan rasa di sini.
Salam persahabatan.
=)
Hari ini kelima-belas hari berpuasa. Saya sendiri amat ramping.
Kehilangan banyak sekali. Kehilangan peluang untuk beribadat bersungguh; bersedekah bermewah-mewah dan berkejar-berkejar mencari kebaikan.
Sungguh ramping. Sungguh ramping.
Al-Aneesa, salam persahabatan kembali :)
Bro Keng,
.
.
.
(diam: bertafakur dan cuba menilai ilham)
timbang hati? :)
Salam Bunga Rampai,
"sempat kot - janji lepas ni tak rembat semacam je".
memang nak kena timbang hati tu, timbang amal sekali.hehe
Ramadhan sudah tidak banyak berbaki.
Selamat Memenuhi Tanggungjawab Ramadhan.
Semoga tergolong dalam golongan Muttaqin!
Salam Ramadhan. Selamat memburu Lailatul Qadar!
Selamat menyambut syawal ;)
Kurus dan ramping itu tidak penting.
Yang penting badan yang sihat.
Assalamualaikum,
Baru naik sekilo. Kira ok lagi tu. :D
Bro Zizie, ya timbang hati. Berat kerana barah atau berat kerana ibadah ;)
Zulkifli bin Mohamed, salam kembali. Uiihh, perkataan 'rembat' tu menakutkan! :D
Suka Bebel, betul betul betul!
Bayu Senja, sedang memburu Layla, insyaAllah.
Raya tak lama lagi tu! :)
Bro PK, benar! ... dan jiwa tenang.
Mya Marja, waalaikumusalam. Timbang dua hari sudah, tak naik dah.. :D
Post a Comment