Air Soya Romantika
Air Tembikai Bulan Madu
Nasi Campur Poco Poco
Roti John Bagak
Mee Dangdut
Kuih Lapis Pelangi
Kuih Pelita Kasih
Sudah ke beberapa pasar Ramadhan di sekitar pinggir kota untuk meninjau suasananya, dan petang semalam merupakan tugasan yang terakhir. Untungnya mata, sambil-sambil bertugas sambil-sambil pula ia mengintai nama-nama makanan yang dijual. Hati tercuit dengan beberapa nama yang unik seperti di atas. Entah apakah rasanya juadah-juadah itu. Saya membeli Nasi Campur Poco Poco dengan harapan selepas memakannya saya pandai menari poco poco.
Ada apa dengan Roti John Bagak? Saya sendiri tidak tahu kerana saya hanya melihat nama itu tergantung di sebuah gerai sedangkan saya berada di dalam kereta yang sedang bergerak meninggalkan pasar Ramadhan.
Jauh di lubuk hati saya kagum dan memuji keberanian peniaga-peniaga itu berfikir di luar kotak fikir mereka dan mencipta nama-nama yang unik itu. Nilai dagangnya biarlah pembeli yang menentukan.
Barangkali saya juga perlu mencipta sesuatu. Nasi Bunga Rampai dan pengat BR.
Salam.
13 comments:
he he saya ada di kueh tART
rasa yang sama cuma nama saja yang berbeza.. yang penting makanan itu bersih dan dimasak dengan penuh kasih sayang wlaupun hanya dengan ikan termenung goreng dan kicap kipas udang.. apalagi makan disamping orang yang tercinta walaupun hanya dengan segelas sky juice... nikmat puasa akan tetap ada
buleh diapplikasikan pada juadah raya nanti, rendang ayam berbunga rampai,ehehe.
hehehe, peniaga2 ni mmg kreatif :)
Salam. Bila nak start meniaga. Bole la kami pegi merasa ramai2
Kalaulah saya boleh kembali menjadi kanak-kanak, akan saya reka Meriam Buluh Jowopinter.
nasik bunga rampai ditabur-tabur... :P
wat teh bunga rampai...
yang jenis nama pepelik ni... selalu... ekekeke... memang feil abis.. :P
Ya, setuju. Nama sedap rasa tak sedap tak guna jugak.
Pentingkan mutu bukan presentasinya.
Roti John Bagak branding terbaik.
Baik cepat-cepat daftar TM-nya.
hurm...ader2 jer yerk hal nama makanan nih..hehehe
Salam lebaran...
(",)
Salam Bunga Rampai,
"salam Syawal yang jernih".
Eid Mubarak buat Cik Rampai dan keluarga.
Art, owh ... sangat artistik!
Goonesauber, menerima apa yang ada seadanya - itulah keindahan jiwa yang tenang!
Juliet, hehehe ... nak cuba juga tapi tak dapat lampu hijau dari bos besar :D
Mak Su, kena haribulan, perniagaan meletop!
SHIMI, tahun depan boleh kot!
Blackpurple, jenama itu boleh jual di Hollywood ;)
Pa'chik, wow ... teh bunga rampai! Entah-entah lepas minum asyik ke bilik air je! :D
Bro PK, mutu didahulukan ... presentasi diutamakan!
Bro Keng, setuju Roti John Bagak branding terbaik, kalau ikut maksudnya dalam bahasa Minang = berani, bangga.
Tapi kalau Perak, 'bagak' membawa maksud 'kurang akal'. Kurang pasti yang ini sama ada laku atau tidak.
Puteri Cahaya, salam lebaran kembali :)
Zulkifli Mohamed, salam kembali. Semoga Syawal membawa keceriaan dan rahmahNya untuk saudara sekeluarga.
OSH, Eid Mubarak juga untuk OSH sekeluarga :)
Post a Comment