Friday, 11 September 2009

Ilham Ramadhan: musafir malam

Dua puluh malam yang sudah berlalu datangnya hanya bersimpuh di serambi qalbi, sekadar bersyair sunyi merai liku-liku hati yang sepi. Entah ke mana hilangnya keampuhan diri. Ke mana hanyutnya janji-janji hati mahu bermusafir malam.

Bermusafir malam hanyalah lontaran madah yang tidak berbirai dan lenyap kala iftar, dimamah bersama sajian juadah yang menggalau mata lalu makan minum pun tidak berkira. Tahu-tahu duduknya tidak berbangkit!

Sungguh, kata-kata Imam Asy-Shafi’i rahimUllah sering tidak diteladani: “Saya tidak kenyang-kenyang sejak umur 16 tahun kerana kenyang itu memberatkan badan, mengeraskan hati, menghilangkan kecerdasan, menarik (menyebabkan) tidur dan melemahkan orang yang kenyang dari ibadah.”

Aduhai, layu nian hati yang menyaksi sedang waktu pulangnya hayat sudah menghampiri!

“Wahai Tuhan ... walau usia sudah tidak seberapa, kudrat sudah tidak seupaya, dan kemampuan sudah tidak seada, aku mohon limpah izinMu Ya Rabb untuk memberikan kekuatan rohani dan jasmani agar hambaMu yang kerdil lagi hina ini sekali lagi dapat bermusafir malam pada malam-malam terakhir Ramadhan yang penuh hikmat ini. Izinkan aku, izinkan aku, izinkan aku Ya Rabb. Laa hawla wala quwwata ilaa bilahil aliyil'azim.”

Musafir malam insan nan fakir
Qalbinya mengemis sirr
Layla yang bertabir.



Salam.

11 comments:

julietchun said...

selagi juadah dimeja tak habis payah betul nak bangun dari meja,:D

nak solat maghrib pun rasa sendat saja.

Mak Su said...

apa sangatlah kekenyangan di dunia ini

achik said...

sebab tu orang kata berenti sebelum kenyang kan..

tu la mata ni asyik la rasa berat je.. :(

Ku Keng said...

Kata pepatah Cina, "The eye is bigger than the stomach"

SHIMI said...

moga kamu, aku dan mereka diberi kekuatan memburu keberkatan dan limpahan rahmat di malam-malam 10 terakhir ramadhan ini.

anggerik merah said...

Malam2 terakhir banyak halangan untuk kita bagi meneruskan ibadah... Saya juga merasa begitu

Bunga Rampai said...

Julietchun, berat perut dan berat mata jadinya!

Mak Su, Kekenyangan di dunia hanya meletihkan perjalanan ke akhirat.

Achik, manusia sering lupa pada nasihat.

Bro Keng, oh ... pertama kali mengetahui pepatah itu! Terima kasih. Nampaknya elok kalau tukar pepatah tu menjadi: "The stomach is bigger than the eye."

SHIMI, Amiin.

Anggerik Merah, begitulah ujianNya.

CerminDiri said...

salam kehidupan,

fakir kepada kemuliaan adalah rahsia kekuatan jasmani melayari perjalanan malam.

Izariza said...

Salam penuh takzim Datuk Seri,
begitulah hati lalai, jiwa alpa milik kita semua, manusia yang lemah dan hina dina .. dan hari terus berlalu, menjengah tabir Syawal .. namun keindahan dan kenikmatan Ramadhan masih jauh dari jangkauan :(

Terima kasih Datuk atas entri penuh makna, bagi mereka yang mehu berfikir dan mengerti ..

Salam terindah buatmu :)

Pa'chik said...

cine kate gitu ke ayoh keng? oloh la.. tu hok sek mato kecik doh tu... :P

apa yang jadik payah benar nak ngomen nih.. ishhhh....

Bunga Rampai said...

CerminDiri, salam kehidupan kembali. Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan itu.

Datin Iza, ... dan hari terus berlalu, menjengah tabir Syawal .. namun keindahan dan kenikmatan Ramadhan masih jauh dari jangkauan :(

Aduuuh, saya tertampar dengan kata-kata itu!

Pa'chik, tadi terlepas sahur kot! :P