Friday, 21 August 2009

Tentang Jeanny

Tulisan tentang Jeanny Di Ambang Ramadhan.

Awal pagi tadi, di laman rumah banyak daun-daun terbaring berserakan di atas tanah. Barangkali tangkainya sudah reput untuk terus berpaut gagah pada rantingnya lalu gugurlah mereka. Mungkin juga rantingnya rapuh tidak berdaya lagi memegang dedaun lantas pohon pun menggugurkannya. Dalam apa jua keadaan, pastinya ada puputan angin yang melepaskan dedaun itu, dan tanpa tangisan dedaun dengan rela gugurlah ke tanah. Redha sungguh mereka! Reputnya daun menjadi baja dan khasiat baja kembali kepada pokok untuk meghasilkan daun yang baru.

Daun reput menjadi baja. Manusia reput menjadi apa? Saya menyoal diri tanpa mencari jawapannya kerana tiba-tiba Jeanny menyelinap masuk ke dalam fikiran.

Kasihan Jeanny, loose jean yang lusuh itu sukar untuk dilepaskan pergi. Bagaimana mungkin kerana bertahun-tahun sudah dia berkhidmat untuk tuannya, dan selalunya Jeanny ditemani kemeja lusuh ketika tuannya bersantai atau mengembara. Kadang-kadang ditemani baju a-la Punjabi untuk tugasan yang sedikit formal. Kekadang dipadani blaus atau kemeja wanita untuk tugasan yang lebih formal. Sesekali kemeja T longgar mencecah lutut menjadi pilihan yang membuat tuannya tersenyum lebar kerana sekali imbas ... oh oh, dia bagaikan seorang rapper gayanya!

Jeanny pernah tidak disenangi. Dia dikata tidak sesuai untuk dijadikan busana perempuan apa lagi seorang Muslimah! Juga tidak patut dipakai ketika berusrah dan ke masjid serta surau. Bermacam-macam lagilah pandangan itu dan ini yang mampu saja membinasakan hajat berukhuwah.

Pandangan saya, kita janganlah menjadi terlalu jumud dalam perlakuan kita kerana sebagai orang Islam kita seharusnya mampu membawa kemuliaan Islam kepada manusia lain merentasi benua dan budaya dengan menunjukkan akhlak yang mulia.

Akhlak mulia adalah busana paling cantik untuk setiap Muslim namun datangnya tidak bergolek. Manusia perlu berusaha untuk mendapatkannya melalui ilmu dan amal, dan Dia amat suka kepada orang-orang yang sentiasa membaiki diri dan mencari ilmuNya lalu mengamalkannya. Usah berlengah, ayuh ... Ramadhan adalah waktu paling sesuai untuk memulakan usaha membina akhlak mulia. Semoga Tuhan memberkati usaha kita.

*Kepada kalian teman blogger, saya memohon maaf zahir dan bathin di atas apa jua kesilapan saya kepada kalian, dan maaf zahir dan bathin saya hulurkan buat kalian juga. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa, selamat menyambut Hari Merdeka, selamat Hari Raya Aidilfitri.


Salam.

27 comments:

julietchun said...

nanti ada masa carilah jeanny yg baru walaupun tidak sehebat yg telah pergi.

salam ramadan untuk rampai yg saya hormati :D

achik said...

salam ramadan kak BR.. :)

Mak Su said...

salam ramadhan ya bunga rampai

SHIMI said...

Salam Ramadhan BR.
Moga ramadhan ini membawa kebahagiaan dan limpahan rahmat pada kita semua.

Unknown said...

hahaha.. kdg2 jeanny tidak dialu2kan... bukankah, lebih baik mengaluka dia, kalaupon mahu diktukar kepada yg lain?

hmmm.. salam ramadhan BR, ampun dan maaf jua.. :)

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Bunga Rampai,

"selamat menjalani ibadah Ramadhan".

Pa'chik said...

ikutnya jeans yang longgar lagi baik... pasal kain tebal...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

cabaran & harapan. ramadhan satu peluang. diri menjadi taruhan. muliakah ia atau akan dimuliakan?.perlukah dipersiakan?.

Suka Bebel said...

salam cik rampai...
taknak bergambar sakan dengan jeany sebelum perkhidmatannya ditamatkan?hehe

selamat berpuasa dan selamat beramal di bulian penuh keberkatan ni

Unknown said...

Salam Ramadan untuk Rampai juga, kalau tak Rampai ke site saya, tak ingat pula saya nak ke sini, terima kasih.

Jeans amat praktikal, pakai lah baju yang labuh sedikit.

Anonymous said...

Cik Jeanny dah berbakti pada tuannya, nanti kalau dapat yang baru, pasti dia juga akan berbakti seperti Cik Jeanny.

Selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini.

Ku Keng said...

Salam Ramadhan; semoga dituahkan pertemuan dengan Layla. Semoga dicucuri barakah dan maghfirah. Semoga keimanan bertambah.

Amin

Ajzie said...

salam BR
Semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu makna dan keinsafaan.

Salam kemaafan dari jauh sempena bulan yg mulia ini.

Ajzie

anggerik merah said...

Salam Ramadhan untuk Bunga Rampai yang semerbak mewangi...

Maaf juga saya pinta seandainya ada yang tersalah menulis sepanjang do blog world ni. Semuga Bunga Rampai melalui bulan yang mulia ini dengan ibadah yang penuh berkat...

Anonymous said...

salam ramadhan juga untuk bunga rampai semoga ramadhan kali ini amat bermakna sekali.

mohon maaf andai ada yang tersalah dan tersilap menaip.. maklum jari jemari terkadang lebih menari.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Ramahdah 1430H BR.

Selamat 'menyempurnakan' ibadah puasa.... :)

Dearie Pearls said...

Salam Ramadhan..

Saya suka tulisan ini...

Thanks..

Nong said...

Salam Ramadhan al-mubarak... Semoga amalan dibulan mulia ini diberkati Allah...

Ordinary Superhero said...

Salam Ramadhan Al Mubarak.

Petiais said...

salam ramadhan

Anonymous said...

salam ramadhan akak br itteww..

Pegawai Khalwat said...

saya rekomen baca saifulislam.com, kalau memang dah dok baca, rekomen kat orang lain pulak.

Izariza said...

Datuk Seri Jeanny (hehehe nama manja gitu)

Sukar mengikis paradigma jika sudah mengakar umbi dalam zihni, namun Datuk, niat di hati jua yang penting.. kerana 'malabis' yang indah sekalipun tidak mampu menutup keburukan hati si pemakainya.

Oh oh .. sudah menghulurkan Salam Aidil Fitri? tentu saja tak sabar nak menunggu date kita yang pertama mungkin ;P

Salam penuh ceria :)

akirasuri said...

Salam Ramadhan.. maaf juga dipinta.. :)

Unknown said...

Awal2 dah usap selamat beraya, entri terakhir ya menjelang raya?

Apa2 pun selamat berehat dan menulis semula :)

Maaf zahir dan batin.

cikdinz said...

salam ramadhan dari kami sekeluarga...

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan semua,

Semoga amal ibadah kita dilimpahi berkat dan rahmat. Mudah-mudahan iman kita meningkat dan bertambah kuat.

"Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Lindungilah kami dari azab seksa neraka."

Amiin.