Dia sudah 2 tahun bertunang namun cinta di hatinya jauh. Masa menjadi saksi kepada kesetiaannya yang padu merimbun kuntuman kasih, dan dunia siber dijadikan titian untuk melerai rindu. Cabaran dan dugaan bak tiupan angin - kadang sepoinya menenangkan dan ada kala taufannya menjadikan dia tidak keruan.
Nah, tiba jua waktu cinta hadir di depan mata untuk disentuh! Madah bukan lagi bunga-bunga aksara yang disusun di wajah maya tapi madah bertandak gemersik bunyinya menobat cinta yang sedia wangi.
Tepat jam 12 tengahari tadi ...
Rampai: Alhamdulillah. Akhirnya akan bersatu!
Nina: Jemputan peribadi ni. Majlis bulan Oktober ... kad nanti kirim.
Rampai: Majlisnya nanti tema apa?
Nina: Boleh jadi ... tema H1N1.
Rampai: Weii, biar benar!?
Nina: (ketawa kecil) Gurau!
Si Rampai mahu juga menyambut ketawa kecil Nina itu namun bayangan para jemputan hadir dengan memakai topeng muka menghalangnya untuk ketawa. Alahai.
Salam.
8 comments:
hahahahah.... tema h1n1 yeah???
errrmmm.. perlu juga hati2 walau di majlis begitu.. :)
tema yang bagus untuk tahun ini
2 tahun bertunang, setia sungguh :D
Salam rampai.
Camana nak makan tu ek
Kalau yang ada simptom tu, elok elakkan dari pergi. Kirim salam dan hadiah saja.
Nanti mudarat orang lain pulak.
ingat rampai sari yang kawen..hehehe
Tahniah kerana si kawan tetap setia pada cinta hatinya.
Bagus juga tema tu...
Jaga kesihatan, jaga keselamatan.
Theconfused, yeah! :D
Goonesauber, :)
Julietchun, salam kembali. Saya hormati kesetiaannya.
Kak Sya, buka tutup, buka tutup kut! :P
Bro PK, terima kasih atas nasihat.
Mardihah, kantoi! :D
Mawarmerah2008, setia berbalas setia!
Post a Comment