Nama sebenarnya bukanlah Puan Jumaat. Itu sekadar panggilan manja saya kepadanya. Tiada bantahan darinya malah beliau lagi suka. Nama itu menghibur katanya. O-la-la, saya juga terhibur dengan pengakuannya itu. Nampaknya kami sama-sama terhibur!
Sudah enam bulan saya mengenali Puan Jumaat dan saya sukakannya kerana beliau sering mengungkap kata-kata yang membuat saya merenung bintang. Pernah sekali dia berkata: “Kalau pun semua manusia melanggar segala suruhan dan laranganNya, Dia Yang Maha Esa tidak akan rugi apa-apa pun.” Pada satu ketika pula dia bertanya: “Kamu suka menjadi rama-rama atau kupu-kupu?” Oooh, itu semua menjadikan jiwa saya sangat kelam-kabut, dan saya membilang bintang untuk mencari pesan yang terlindung di sebalik ungkapannya itu.
Projek itu menjadi pengikat kepada perhubungan kami. Beliau sentiasa memilih hari Jumaat untuk setiap temujanji kami. Saya pernah bertanya, “Kenapa tidak hari Rabu?” Katanya hari Jumaat penghulu hari. Itu saja. Tiada alasan lain. Sejak itu saya tidak lagi bertanya.
Jumaat lalu Puan Jumaat membatalkan temujanji pada saat-saat akhir. Saya sedikit kecewa kerana saya rindukan beliau sebenarnya. Sudah sebulan kami tidak bersua.
Saya memujuk kecewa itu di sebuah restoran. Makan nasi campur. Minum air kosong. Makan sepotong betik. Minum Nescafe tarik. Wah, besarnya makan! Alhamdulillah. Saya melihat jam tangan kemudian meneliti sekeliling. “Eh eh, kenapa mamat-mamat tu duduk bersembang lagi ... hari ni kan Jumaat?” Tanya saya. “Barangkali mereka uzur.” Jawab kawan.
Petangnya kala benak sedang mengumpan ilham untuk tugasan yang satu lagi, kelibat mamat-mamat itu menyusup masuk ke dalam puri fikir. Sejenak fikir itu mendetik kalbu rasa yang paling dalam membenarkan kata-kata Puan Jumaat: Kalau pun mamat-mamat itu tidak solat Jumaat, DIA tidak akan rugi apa-apa pun.
Aneh sungguh hidup ini kadang-kadang. Betapa perhitungan manusia mencabar ketaqwaan rohani. Ada manusia yang sanggup menjual kebahagiaan ukhrawi semata-mata untuk membeli kesenangan duniawi. Alangkah baik meminjamkan kepadaNya secara pinjaman ikhlas dengan sedekah dan berkhairat pada jalanNya kerana bayaran balikNya ke atas pinjaman itu punya nilai yang sangat hebat. Wallahu’alam.
*Kisah Marwa
Salam.
24 comments:
salam kehidupan,
tapi ada hadis menyebut sebaik-baik urusan itu dimulakan pada hari rabu. nanti cermin cuba cari....
kepercayaan orang melayu... tak elok mula kerja ari rabu.... tak elok beli pakaian ari rabu... tak elok kuar nak jalan jauh ari rabu... tak elok mula meniaga ari rabu...
tak tau pesal... kikiki...
memang pun tuhan tak rugi hapa pun... manusia je yang selalu lam kerugian nih..huhuhu...
saya dah tak heran kalo tgk org muda masih dok melepak walaupun khutbah jumaat sedang dibaca, yg saya heran org tua pun ramai skang ni masih dok berbual di kedai kopi. Sungguh rugi mereka ini.
hidup ni mmg aneh..
pa'chik,
ada ek kepercayaan camtu??
Bunga Rampai diracik-racik
harum baunya memikat jiwa
sudahlah sampai hati berdetik
bilakah kita akan bersua?
CerminDiri, salam kehidupan kembali. Sampaikan sesudah bertemu hadis itu. Terima kasih.
Pa'chik, ni baru tau ada rupanya kepercayaan macam tu! Bukan kepercayaan orang Kelantan?
Juliet, agaknya kopi zaman sekarang lebih sedap berbanding kopi zaman diaorang muda-muda dulu :D
Achik, kadang-kadang yang tak aneh pun menjadi sangat aneh disebabkan keanehan perangai manusia sendiri.
D'Rimba, eh eh pantun! :)
di tengah Rimba suburnya jati
rendang daunnya meredup mata
sabarkan tuan detik di hati
ada izinNya bersualah kita!
cewwaah! :D
Terdetik juga di hati,
mamat-mamat tu pun 'uzur' ke? Atau mereka adalah musafir yang tak tahu di mana letaknya masjid di qariah itu? :)
ahah.. mereka terlupa itu hari jumaat, fikirnya, baru rabu.. :)
MawarMerah2008, mamat-mamat tu nampak sihat segar je. Gelak-gelak lagi. Kalaupun musafir, bertanyalah. :)
Theconfused, saya suka komen itu! :D
ermmm... sekali sekala nescafe mmg enak.... :)
pn.jumaat unik sekali nama itu...
"sesungguhnya manusia selalu dlm kerugian..."
oops terlupa nk share something...
teringat zaman study dulu... lepas tidur2 ayam menyiapkan projek... dan selepas berjaya buat submission ke bilik pensyarah....
saya dan beberapa rakan, konon-kononya hendak meraikan kejayaan menyiapkan projek... pergi ke pekan... teringain bangatttttttt nk mkn mcD.... selamba order.. selamba mkn, sambil rehat... tiba2 sorg kawan tanya... " kenapa ramai perempuan dalam mcD nie, takde lelaki pon" . . .
hauhauhua rupanyer hari jumaat aiyakKKKk mamai lagik...
Mineral, mamai tapi makan McD tak lupa! :P
Pompuan-pompuan tu tak bisik-bisik sambil jeling-jeling kat lelaki-lelaki tu? :D
maksu sedang keuzuran blog :(
Mungkin perlu ada yang menegur orang-orang muda ini...
Mak Su, harapnya bukan dijangkiti virus H1N1 :P
Moga blog kembali segar! :)
Kak Nong, tegur-menegur ke arah kebaikan.
Di sini ramai jugak kaum adam yang berjemaan jumaat di SOGO!.
salam...
Sering singgah tapi tak sempat nak menegur, itulah saya bila ke teratak Bunga Rampai. mungkin saya yang terkadang rendah diri dengan bicara Bunga Rampai yang indah berbicara.
OSH, semoga tidak menjadi satu kebiasaan :))
Serimaya, salam kembali. Terima kasih ujaran manis itu. Yang indah Dia!
cik rampai,
kadang2 mulut saya gatal je nak tanya pada mamat-mamat tu tahu. Sudah dijeling-jeling pon buat tak tahu je..siap gelak2 hisap roks lagi.
Kadang2 ada yang dating lagik. Tak malukah awek2 diorang tu? Tak paham.
:)
Bersangka baik itu sangat bagus.
Dan saya sangat suka Selimut Hati.
Terima kasih!
salam rindu Datuk,
seperti biasa, masuk ke sini saya akan dapat 'sesuatu'
teh cappucino juga bisa barangkali :)
salam... kadang2 kata2 yang indah leh buatkan kita tersenyum... jadi senyum selalu....
Nilai bayaran ke atas pinjaman itu tak terjangkau oleh fikiran...betapa hebatnya ganjaran itu..
moga diri kita yg kerdil ini, sentiasa bersyukur di atas pinjaman itu...
salam
(",)
Afid, saya pernah tegur beberapa situasi seperti mamat-mamat tu - ada yang akur, ada yang kata "jangan masuk campur hal orang." Yang penting kepada saya ialah tanggungjawab menegur/menasihati sudah dilaksanakan. Selebihnya terserah kepada DIA untuk menguruskannya. :)
Bro PK, Selimut Hati sangat puitis dan mendamaikan!
Datin Iza, saya simpan rindu itu dan kembalikan salammu ;)
Semoga 'sesuatu' itu membuka ruang untuk 'sesuatu' yang baru.
Oh, teh cappucino dengan kek chocolate indulgence sangat-sangat mengasyikkan rasa! ;)
Faridmw, salam kembali. Saya selalu senyum, dan senyuman menajdi lebar kala melihat seorang senyum-man bertandang ke sini ;)
Puteri Cahaya, Amiin. Salam kembali.
Post a Comment