Tuan Haji ... untuk mas kahwin saya nak bagi Kitab Al-Quran.
Eh, mana boleh!
Kenapa pulak tak boleh? Sayidina Ali bagi pelana kuda dan sebilah pedang je untuk Fatimah.
Negara kita ni dah ditetapkan wang tunai sebagai mas kahwin.
Tapi saya nak bagi Quran juga.
Kita ada undang-undang ... ikut sajalah!
Tapi kan Tuan Haji ... kalau bagi Quran, rasanya isteri lebih menghargainya ... boleh baca setiap hari ... khatam setahun sekali. Makin lusuh Quran tu mudah-mudahan makin berserilah hati isteri saya.
Errr ... nanti saya rujuk.
*Demikianlah cerita seorang lelaki itu kepada saya, petang semalam.
Salam.
28 comments:
Slm Bunga Rampai,
Apapun kita bertolak ansur utk mudahkan urusan, jgn ada yg berkecil hati dan bergaduh plak, bkn sng nak membina masjid ye.
qurankan biasanya dibuat hantaran...niat lelaki itu bagus dan kenapa tidak! cuma digalakkan beri wang tunai kerana wang itu boleh juga dibuat simpanan isteri...
*pendapat logik akal saya sahaja
terpulang pada pemberi.
asalkan menggembirakan dan penuh makna,apa salahnya...
Datuk .. lebih afdhal kalau menghadiahi fadhilat membacanya kut :) ataupun ajak orang rumah sama-sama mendekati kitab al-Quran dan memahami isinya .. orang kini beli Quran lawa2 .. sepuluh tahun pun saha'if langsung tak lunyai ...
err .. sekadar mengingatkan diri sendiri .. berapa banyakkah ayat suci yang teralun saban hati dengan iringan tawadhuk di hati ....?
Datuk,
Sudah ke KTkah?
pada saya tak pe je.bukan menyalahi undang-undang islam pun.Cuma yang penting mesti kedua-dua pihak setuju.Kalau tak nanti, dah bertahun2 kahwin,terungkit pulak pasal mas kahwin.Mula2 memanglah ok,tapi bila2 ada yang tak puas hati,hal mas kahwin dah berpuluh tahun pun duk ungkit.Terasa hati tapi tak terus-terang.Kes ni pernah jadi, sebab tu saya cakap.Tapi dalam hal tu bukan mas kahwin dan al-quran.Cuma,persetujuan kedua pihak tu penting.Jaga hati pasangan.Tapi bergantung pada orang juga.Kalau dah dua-dua ok,kenapa tak boleh???
komen balas untuk sandal coklat..
kenapa mesti kali terakhir..sedih je..huhu
lebih baik lelaki tu bagi duit dan quran sebagai maskawen dia...
ada kes yang bagi senaskah al-quran ni... kemedian isteri disepakterajang...
sepatutnya, maskawen kerajaan tak tetapkan berapa... 80, 22.50 tu... apa halllll.... murah sangat nilainya... dari bagi duit belanja hangus... baik bagi maskawen...
Kan boleh bagi duit berserta Al-Quran supaya saling tidak mengungkir di masa akan datang. Keluarga pihak pompuan tak terasa and pahala pun dapat. Maskawin bukannya mahal sangat.. hingga ribu riban
Salam BR
Bagi saya apa pun bisa saja,asal si penerima bersetuju dengannya. Jika kedua-duanya lebih baik :)
Semoga sihat dan dilindungiNya selalu :)
Hmmm....ntah laa...
hehhe heheh
salam :)
kurang arif
dunia semakin hampir penghujungnya. kitab agung lagi suci tak ternilai harganya. lebih banyak dijadikan perhiasan daripada dibaca dan dijadikan rujukan.tapi, bila dah sakit tenat rajin plak baca.huhu
salam jugak beb!slamat bercuti!
Setiap negeri ada undang2 keluarga Islam yang telah menetapkan berapa mas kahwin yang perlu diberi kepada isteri. Ikut saja lah sebab bukannya banyak pun. Kalau hantaran dan hadiah tu suka hati lah. Jangan menyusahkan dan sengaja menyusahkan. Nak ikut contoh Sayyidina Ali tu bahagian mas kahwin saje ke? Bahagian lain macam mana?
Salam...
seelok-elok perempuan memang hantarannya al-quran...sukar nak membuat keputusan dalam hal macam nie kan...
setuju dengan pendapat kak sya..
pening pengantin, nak kasi, kata yang termudah, tapi tak leh plaks... fenin fenin
Undang2? betoi tu tapi undang2 dalam Quran yg wajib diamalkan oleh kita dalam perundangan tak pula ditekan2kan :D
salam...
pasti ada jalan penelesaiannya... kalau bagi kedua-duanya apa salahnya... nak dirikan mesjid tak usah nak berkira sangat...
Sungguh Kitab Al-Quran itu teramat suci..terasa keindahan bila diri dekat dengan ayat-ayat al-quran. baca, faham & amal.. selepas itu..sedikit2, puteri terasa nikmatnya berdepan dengan kehidupan yang penuh dengan ujian Allah.. dan sedikit2 puteri mula pham.cume terkadang, puteri ter'lost bila terleka.
Zaman sekarang tak nampak Al-Quran itu lebih mahal.
Inilah tanda2 kiamat. Allah menarik kembali ilmunya ke langit. kelihatan jelas kitab suci itu tidak berharga.
Tentang hantaran.. yang terbaik datangnya dari Allah.. Mohon diberi petunjuk.
kala zaman dulu bagi pelana kuda dgn pedang, la ni bolehlah bagi kusyen kereta dengan senapang. boleh guna unt berjihad.
pss..pengharaman senjata api merupakan sebahagian perancangan zionis. demikian tercatat dalam salah satu protocol zionis.
setengah ulamak masih berpendapat membawa senjata adalah sunnah Rasullulah SAW.
takkan bagi kusyen aje kot. bagi kereta sekali lah!
bakal mak mertua tak bising ke?
Quran hantaran nikah dulu entah kemana... Harap2 tak tersimpan dalam almari lama.
hmm... saya tak tahu nak komen macamana...
salam BR... :)
dua2 tak blh ke?
Bukan mudah mendirikan masjid dan apatah lagi mengekalkan keharmoniannya.. lagi susah..
Salam semua,
Saya amat menghargai komen-komen kalian yang sangat memberi manfaat. Secara tidak langsung komen-komen itu membuat saya berfikir dan menggerak hati untuk mencari lagi pengetahuan dalam hal sebegini. Sama-sama kita berusaha mencari ilmu. Mudah-mudahan mendapat petunjukNya.
Julietchun, salam kembali. Membina masjid asasnya mesti kukuh.
Art, :)
IdzaRis79, salam kenal :)
DatinIza, belum lagi ke KT. Saya sedang mencari waktu sesuai.
Fahana_ann, sandal coklat - kali terakhir untuk kembarajauh. Lepas tuhanya untuk jalan-jalan yang dekat :)
Pa'chik, saya setuju nilai Mas Kawin tidak ditetapkan. Terpulang pada individu - ikut kemampuan lelaki (DIA pun kata lagu ni). Perempuan pulak jangan mengada-ngada nak lebih-lebih.
Kak Sya, itulah sebabnya barangkali ditetapkan nilai Mas Kawin untuk memudahkan dan elakkan ungkit-mengungkit.
Water Lily. salam kembali. Alhamdulillah bertambah sihat sekarang. Thanks ya :)
13may, layan kepala je lah! :D Salam kembali.
King, saya lagilah kurang arif!
Suka Bebel, salam kembali. Saya baru habis cuti-cuti sibuk! :D
OSH, baik ...nanti saya sampaikan pesan nasihat tu :)
Honey Bee, salam kembali dan salam kenal :)
Yus, :)
Mak Su, tak naik pelamin lagi dah fenin!:D
Zalisa Maz, :)
Naz ilyn, salam kembali. Tapi ada juga orang yang berkira-kira :))
Puteri Cahaya, Kitab Al-Quran itu adalah Manual Kehidupan.
Bro Zizie, ptotokol zionis dilunaskan dengan licik sekali!
Alaaa... alang-alang bagi kereta, bagilah Ferrarri! :D
NBB, oh...nanti saya tanya seorang lelaki itu.
Kak Nong, moga masih dalam keadaan baik :)
Sastri, salam kembali Sas :)
Petiais, kena tanya yang arif hal ini - pakar agama.
Purpleheart, kalau niat baik, insyaAllah dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.
Post a Comment