Tuesday, 24 February 2009

Pemandu Teksi Yang ...

4.30 petang, One Utama. Kate bersungguh mahu menghantar saya. Saya pula berlembut menolak pelawaannya. Bukan tidak sudi tetapi saya tidak mahu menyusahkannya kerana dia ada janji temu dengan seorang teman jam 5.30 nanti. Saya pula masih punya masa yang lumayan untuk tiba di suatu majlis itu sebelum waktunya.

Aduuuh, jenuh menunggu! Tiga buah teksi tidak menerima saya. Teksi ke empat juga semacam akan menolak. Pemandu Melayu yang berusia sekitar 40an itu mengerutkan muka kemudian tersenyum lebar. Dia menganggukkan kepala tanda setuju untuk menghantar saya ke KL Sentral. Hati saya berbelah bagi sebenarnya antara ‘masuk!’ dengan ‘jangan!’ Saya masuk.

Teksi bergerak perlahan. Beberapa kali pemandu itu melihat saya melalui cermin di depannya. Dia melurut-lurut rambutnya ke belakang. Dia berdehem dua tiga kali. Resah mula menyelubungi diri saya lantas hati berdoa jua memohon perlindunganNya.

Lebih kurang 40 meter ke depan teksi mula bergerak sedikit laju. Tiba-tiba dia mengunci semua pintu (central locking)! Saya tersentak seketika kerana seumur hidup saya menaiki teksi tidak pernah diperlakukan begitu. Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Degup jantung kian kencang. Dia menoleh ke belakang dan memandang saya dengan senyuman persis senyuman singa lapar yang berhadapan dengan makanannya! Saya berfikir – baik turun kat sini, kalau dah masuk jalan besar nanti dia buat alasan susah nak berhenti dan pasti takkan berhenti dan entah ke mana-mana pula dibawanya diri ini. Oh, tidaaaaak!!!

Saya keluarkan telefon dari tas tangan. Tanpa menekan nombor, saya menekapkan telefon ke telinga kemudian bercakap lantang, “Kate masih kat OU ke? ... please tunggu sekejap, buku nota tertinggal ... ya ya ... datang ambik ni.”

Saya minta pemandu itu menghentikan teksi dan memberitahunya saya terpaksa berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal. Dia akur. Saya membayar tambang dan dia merenung tajam wajah saya. Oh, saya tidak suka ... riak wajahnya seperti mahu membaham saya! Saya keluar. Alhamdulillah.


Salam.

24 comments:

SHIMI said...

Mungkin itu hanya salah sangka. Hidup kena selalu berperasangka baik. Don't judge the book by its cover.

Pa'chik said...

mujur pantas jugak ye...

jangan terhantuk baru nak tengok atas... tersandung baru nak lihat ke bawah...

julietchun said...

kekdg kite kena berburuk sangka, lagipun dari citer BR tadi npk semcm je gaya pemandu teksi tu. Langkah bijak yg diambil.

Ajzie said...

Alhamdulilah.. saya juga cemas membacanya...

13may said...

cuak gak membaca....

Salam BR :)

Mak Su said...

saspennyer... disitulah kepentingan henpon.

Pegawai Khalwat said...

Bersangka baik bagus.

Mencegah juga lebih bagus.

afid said...

oh cik rampai, nasib tak apa2.
suspen.

achik said...

uish, menakutkan..
saya x berani naik teksi sorang2..

jaga diri kak.. moga sentiasa dilindungi-Nya.. :)

fahana_ann said...

boleh gune gak taktik ni..hehe..ma kasih..

Ku Keng said...

Alhamdulillah selamat.

en_me said...

ammvoiii akak yg jeliterr tewww.. banyak sangat tengok movie hollywood tewww.. ehehe

Unknown said...

tindakan yg bagus kerana kata hati ada masanya tdk berbohong :)

Unknown said...

sesekali naik teksi memang menyeramkan. tambahan kalau tak tahu alamat nak dituju.

p/s: lama sangat dah tak gunakan teksi.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR.

Alhamdulillah. Allah sudah menyelamatkan BR dari segala 'bakal bencana'.

HCI said...

he he tu la...baik cepat cari orang yang boleh pandu ke sana sini.

artisticklytouch said...

seusai membaca baru lagu ini keluar...aduyai...

oh....lain kali bawa pepper spray

serimaya said...

salam
ramalan walau tak menjadi kenyataan adakalanya membawa kebaikkan..

Ordinary Superhero said...

Kita memang perlu peka dan pantas bertindak. Pemangsa memang berbagai rupa.

Lee said...

Hi Bunga Rampai, on our last balek kampong, a taxi we took to KL Tower broke down halfway up the hill. We walked.

Next day it rained and several taxis did not want to go to Klang road, "traffic jam" was their reply.
Hmmmm, terok ni, ha ha.
Have a nice day, Lee.

Purpleheart said...

Alhamdulillah mujur la terpikir buat macam tu.. syukur kerana terselamat dari mulut ABC (aligator, buaya atau crocodile)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

alhamdulillah, selamat. bukan berprasangka, tapi berhati-hati.tak salah rasanya.

Bunga Rampai said...

Salam semua,

Moga pengalaman ini mengajar kita untuk lebih peka kepada sesuatu yang mencurigakan, dan lebih berhati-hati.

Salam kenal kepada Izan, :)

Kak Has, nanti saya buat iklan jawatan kosong - pemandu kereta :D

Suka Bebel said...

berhati hati lah, sekarang ni macam macam boleh jadi.tengah sedap tido kat rumah sendiri pun boleh kena cincang sampai berkecai.tambahan lagi kalau pompuan.helah yang patut diamalkan selalu dan sentiasa fikirkan helah helah baru sebagai bekalan dan persediaan sebelum apa apa yang tak diingini berlaku.

p/s: bila nak tampilkan diri ni?hehe