Wednesday, 28 January 2009

Sandal Coklat



Sandal kesayangan saya sudah agak tua dan sedikit uzur; dibeli untuk mengalas tapak kaki keluar masuk sebuah gedung ilmu tujuh tahun lalu. Sesudah itu dia menjadi teman kembara yang setia mengalas tapak kaki mengembara sini sana. Cushion your feet on a bed of air - begitu yang tertulis di belakang tapaknya dan itulah kekuatannya yang mengagumkan saya hingga kini.

Namanya Sandal Coklat. Kini dia sering sendirian. Bukan saya tidak mahu lagi memakainya tapi risau keuzurannya meruncing lalu dia pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. Semoleknya saya simpan saja di dalam lemari kasut, dan sesekali rindu saya akan memakainya.

Sejujurnya, saya kepingin sekali memakainya ke Kingston Town untuk meneroka sendiri kehidupan para penghuni bandar itu - tidak sekadar teruja dengan kata-kata “there is magic in Kingston Town” oleh UB40 di dalam lagu reggaenya itu. Pastinya bersama Sandal Coklat kemagisan bandar itu dapat memberikan satu pemandangan yang tidak pernah saya bayangkan selama ini yang berdaya menyingkap ilham rasa untuk direnung hati dan difikir benak.

Saya juga teringin amat memakainya untuk melihat sendiri sisa-sisa pencerobohan hak di Palestin, dan sama-sama menghulur kasih kepada yang memerlukan. Kalau Sandal Coklat pernah mengharungi detik-detik cemas di kem pelarian Maesot di sempadan Thai/Myanmar yang hampir-hampir saja menamatkan hayatnya dua tahun lalu, mustahil dia menolak andai diberi peluang untuk mempertahankan Al-Aqsa.

Entah, kenapa pula hati berhasrat mahu memakai Sandal Coklat ke Kuala Terengganu, dan semakin hari semakin kuat keinginan itu. Jauh-jauh di relung kalbu terasa sungguh ada sesuatu yang menggamit rasa untuk ke sana: ikan masak singgang barangkali; atau nasi dagang; mungkin juga tenunan songket, barangkali juga Pasir Panjang. Aneh sunggguh hidup ini kadang-kadang - hajat bertandang tanpa diundang, membuat hati bergelandangan!

Begitulah keinginan mendalam yang terpendam. Entah bila ‘kan terkabul, namun hasrat itu tidak ‘kan berkubur begitu saja. Siapa tahu satu hari nanti ada izinNya lalu mengembaralah saya ke sana tetapi sama ada bersandalkan Sandal Coklat ataupun tidak, itu sesuatu yang saya tidak pasti.

Tidak kiralah seorang manusia itu memakai sandal apa atau kasut apa untuk ke mana-mana di bumi ini asalkan dia tahu bagaimana dia berjalan membawa dirinya dalam kembaranya itu. Kepada yang mengaku dirinya Islam, maka dia berjalan atas nama sebuah agama sejahtera tidak kira di tanah mana dia berpijak. Dia membawa bersamanya kesejahteraan dan menyebarkan keamanan kepada manusia lain, bukan membawa Islam sebagai satu jenama yang bertanda dan berlambang. Manusia Islam itu seharusnya menampilkan perbuatan yang murni seperti yang disuruh Tuhan di bumi mana pun dia berada, bukan bercakap hal-hal yang baik tentang agama tetapi tidak melaksanakan seperti yang disuruh agama. Setiap manusia Islam mestilah melihat Islam itu sebagai cara hidup yang nyata dan amalinya dapat dilihat dan menampakkan faedahnya kepada diri sendiri, keluarga, ummah, dan watan. Jika tidak, malulah orang-orang Islam mengaku diri Islam tetapi tidak melaksanakan seperti apa yang disuruh oleh Islam. Wallahu’alam.


Salam.

27 comments:

fahana_ann said...

pernah tengok satu cerita yang katanya kasut akan membuat kita yakin dengan penampilan dan memang ia dibuktikan dengan fakta lain dari pakar..saya juga merasa kesannya bila pakai kasut yang saya betul2 minat..

pastinya bertuah kasut tu ada tuan seperti si bunga rampai..hehehe..terngat karang sekolah rendah..karangan biografi..'aku sepasang kasut':)

betul2..kemana berjalan kena ingat diri berTUHAN..

agaknya kasut tu teringin menjejak ke KT..atau tuannya yang kepingin..hehe

Mak Su said...

sandal itu berkhidmat kepada tuannya tanpa keluh kesah.

bagaimana pula kita? perkhidmatan kita? ouhhhhh

Izariza said...

Salam penuh ta'zim Datuk Seri,

Wahh nilainya sandal itu tentu tiada terperikan buatmu! Nilai sentimental senitasa membuat kita belajar untuk menghargai, malah mensyukuri!

Datuk, andai ke Kuala Terengganu .. sampaikan pesan rinduku pada bayu yang berpupuk .. salam kangenku pada senja yang berlabuh sepi .. salam ingatanku pada udara pantai yang sesekali berbaur aroma karang-karangan ..!

p/s:
Blog hamba sudah keluar 'bengkel' :D

blackpurple @ jowopinter said...

Salam BR.

Bila menapak di tanah yang berkaca dan berduri, dari berkaki ayam, baik bersandal usang, setidak-tidaknya bisa jadi pelindung tapak kaki dari terluka dan berdarah. :)

Mazarina said...

kamu sudah sampai di kem pelarian Maesot?sgt menarik!

Ku Keng said...

Di mana bumi dipijak,
Di situlah langit dijunjung.

Bunga Rampai said...

Fahana_ann, tuan sandal kepingin ke KT memakai Sandal Coklat, untuk kali terakhir :)

Mak Su, ouuuch!

Izariza, salam kembali buat Datin Iza, penuh takzim :) KT - sedang dalam perancangan ke sana, nanti tiba masa saya khabarkan ya!

p/s pasti blog semakin lawa!

Blackpurple, salam kembali. Kata-kata BP itu menjadikan sayang saya kepada Sandal Coklat bertambah-tambah :)

Mazarina, pengalaman menarik yang menginsafkan.

Bro Keng, sentiasa mohon teguh iman. Amal dalam istiqamah.

Pa'chik said...

geng duktur sms dah nak blah dari gazzah... tak shelamat dah katanya...

achik said...

wah, tahan sungguh sandal tu ek.. :)

Sastri said...

bila sesuatu itu sudah lama berkhidmat untuk kita, bersama merantau ke mana jua, memang terasa sangat dekat di hati... :)

Suka Bebel said...

seperti biasa, walau topiknya hanya sepasang kasut tapi lenggok bahasa sangat merdu dan indah.hehe

sama macam aku lah ni, sayang nak buang kasut lama sehinggakan dah rabak masih disimpan rapi.pernah meraung kerana kasut kesayangan dicuri.pernah juga termalu sendiri sebab ada kawan menegur kasut itu cuma dipakai di kaki, buat apa beli yang mahal mahal? tapi yang murah susah nak tahan lama, kan?hehe

Azer Mantessa said...

Have sandals will travel :-)

jinggo said...

kasut adalah sesuatu yang penting....

segala semua urat kita tertumpu di kaki.....
kalau kasut yang kita pakai membuatkan kita tak selesa....
kita akan cepat letih....

Butaseni@Wan Raja said...

hmmmm jauh jugak permandang sang sandal coklat tu.

salam cik kak,lama saya tidak menjenguk.harap sihat.

Bunga Rampai said...

Pa'chik, alahai :( Duk betembak lagi tu :((

Achik, rasanya boleh tahan 2tahun lagi kalau jaga baik-baik dan tak pakai untuk kembara yang lasak :)

Sastri, betul Sas. Kadang kesian kalau tak bawa, rasa macam benda tu pulak merajuk kat kita :D

Suka Bebel, alah membeli menang memakai :) Lagi pun, kesihatan kaki perlu dijaga kerana ia anggota yang membawa badan kita bergerak sana sini.

Azer, oh yeaaahh! :)

Jinggo, sangat-sangat setuju!

Butaseni, salam kembali. Moga awak juga sihat walafiat.

HCI said...

Rampai,

Fasal lesu dan detoks ni, cuba buat test ini:

Pagi sebaik bangun dari tidur, isi air dalam satu gelas dan ludah ke dalam nya. Mesti dilakukan sebelum minum dan makan dan bersih mulut.

Lihat di bawah permukaan air itu. Adakah terdapat ekor dari air liur itu ke bawah. Kalau dalam masa tiga minit air liur sudah berekor, makna anda ada overgrowth of candida, dan ianya yang mungkin menyebabkan keletihan.

13may said...

byk jasa sandal tuh :)

err...sesak sesak bleh dijadikan senjata gak tuh...hehhe

salam BR :)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

yang lama disayangi, lagi lama lama sukar dilupai...

Bunga Rampai said...

Kak Has, terima kasih. Esok pagi saya cuba, nanti saya bagi laporan :)

13may, berjasa - sebab tu sayang sangat kat dia :) Senjata - boleh buat penampar pipi orang jahat :D Salam kembali :)

CerminDiri, salam kehidupan kembali. Simpan sebagai kenangan.

kingbinjai said...

sayang nak buang tu...

Ordinary Superhero said...

Saya pun cukup sayang kasut kerja, lunyai pun masih bertangguh untuk beli yang baru (tapi jgn tanya berapa pasang kasut bola yang saya ada....).

serimaya said...

salam si Bunga Rampai
jika pun ceritanya sekadar sepasang sandal namun tentu banyak agenda yang berkisah di antaranya..).

zizie ali said...

alah membeli menang memakai.

chinta said...

teringat sy pada kasut2 yg ditinggalkan di rak2 kasut rumah mak. apa khabar mereka?

perenggan terakhir berkesan di hati.

Bunga Rampai said...

King, memang sayang sangat!

OSH, kasut untuk kayuh basikal ada berapa? ;)

Serimaya, salam kembali. Ada 1001 kisah suka dan duka :)

Bro Zizie, begitulah!

Chinta, kasut-kasut itu tentu rindu pada tuannya :)

Ordinary Superhero said...

CikRampai, kasut kayuh basikal pun lebih dari satu! salam.

Bunga Rampai said...

OSH, kasut untuk jogging ada? atau tak berjogging kut! :P
Salam kembali.