Saturday, 17 January 2009

Detox

Detox badan: Dua hari badan lesu membawa saya ke sebuah farmasi petang semalam untuk mencari supplements. Pusing sana cari sini, tidak ada yang menarik selera kesihatan saya, lagi pun saya sebenarnya tidak suka memasukkan pelbagai bahan kimia dalam badan; saya lebih senang dari sumber yang asli. Saya lalu membuang sedikit masa lepak-lepak dengan pakar farmasi yang bercerita panjang tentang proses nyah-toksin dari badan. Katanya detox badan bermakna cuci usus dan nasihatnya kepada saya ialah mengurangkan pengambilan makanan dari sumber tenusu, dan senam-robik perlu ditingkatkan kepada satu jam. Oh, kalau begitu kata saya, dalam masa sebulan badan saya akan jadi papan! Dia ketawa.

Detox jiwa: Malamnya saya ke pasar malam. Sudah lama tidak ketemu dan membeli apam balik Pak Halim. Beliau bertanya saya ke mana kerana lama tak datang. Saya kata saya sangat kurang sihat. Ujarnya, “Para salaful soleh akan berasa sangat sedih kalau tidak ditimpa penyakit setiap tiga bulan kerana ini menunjukkan Tuhan tidak menyayangi mereka”

Dalam sembang-sembang kosong seusai majlis muzakarah tiga hari lalu, Pak Ustaz menyampaikan pesan arwah datuknya, “Ingatlah dan berhati-hatilah dengan apa yang masuk dan keluar (yang kita makan dan kita katakan) dari mulut kamu. Kerananyalah kita sering mendapat musibah.”

Salam.

27 comments:

SHIMI said...

satu pesanan yang baik. moga aku juga terdetox

julietchun said...

Mungkin apam balik pak halim bleh membuka selera mkn, jasmani dan rohani.

achik said...

salam kak.. moga cepat sembuh sepenuhnya.. jaga diri..

oh2 saya pun kena mendetoxkan diri gak.. ;p

Pa'chik said...

lum baik lagi ke?

Bunga Rampai said...

Shimi, mudah-mudahan :)

Julietchun, Pak Halim dan apam baliknya sangat istimewa.

Achik, salam kembali. Berkat doa keluarga dan kawan-kawan, insyaAllah.

Detox jangan tak, masih awal tahun. Naik motor pun kena detox gak, biar tunggangnya ayu gitu! ;) :P

Pa'chik, lebih baik dari minggu lepas. Sesak-sesak napas tu dah mula lega, tapi penin' dan loya masih duk suka kacau.

HCI said...

Rampai

Kurangkan tidur dan kurangkan makanan berkarbohidrat, dan lari satu km, InsyaAllah badan ringan dan ceria.

Suka Bebel said...

banyakkan rehat lah.tapi kalau terlebih tidur susah gak nak sembuh kan?hehe...memang betul, Allah bagi ujian je tu sebagai tanda kasih dan sayangNya

MYA MARJA said...

Assalamualaikum...
Pesanan yang sangat mengesankan hati. Hati pun perlu didetox hendaknya. :) Alhamdulillah.

Bunga Rampai said...

Kak Has, terima kasih nasihat. Cuma bab tidur tu saya tak boleh kurangkan sebab saya ni biasanya kurang tidur :)

Suka Bebel, empat minggu kebelakangan ni dah terlebih rehat :D Kerja pun banyak tersangkut :(

Mya Marja, waalaikumusalam. Begitulah, untuk keseimbangan hidup :)

Pa'chik said...

dah pernah ke SINI SINI dak?

Unknown said...

Moga cepat sembuh.

p/s: suka dengar lagu nih:D

Mak Su said...

redha dengan musibah :)

Mardihah said...

erm, satu pesanan menarik untuk saya. Dihah punye badan juga kelesuan hari ini. Entah mengapa..pikir-pikir mahu juga ambil vitamin tapi mcm tak selera memandangnya dan harganya yang agak mahal juga.....

tazkirah yg buat saya rasa mahu memberi komen panjang kali ini...benar betul kan? sakit memberi tahu bahawa Allah menyedari diri kita...

TAKBIR!

Pegawai Khalwat said...

Bukankah badan yang sihat itu juga satu anugerah?

Bunga Rampai said...

Pa'chik, sebelum ni, tak tahu pula sana sana tu ada. Baru kejap tadi pi. Kes yang buat saya berfikir jauh. Terima kasih bagi link tu :)

Yus, beransur sembuh. Terima kasih.

Mak Su, apa lagi yang boleh kita buat selain redha. Kalau nangis pun tak berlagu :D

Mardihah, harga vitamin memang mahal! Ubah cara hidup, ubah cara pemakanan dan gaya hidup (peringatan untuk diri saya juga).

Bro PK, kata-kata itu satu peringatan untuk saya. Terima kasih. Begitulah, cuma manusia saja yang mengabaikan anugerah itu.

Purpleheart said...

Sejam bersenam? fuuu, penat tuuu.. tapi mungkin bila dah biasa buat dah tak terasa penat kot..

Sakit tu tanda Allah sayang tapi kesihatan pun kena jaga gak, jangan biar badan sakit. Take care ye..

Sastri said...

salam br...

saya kalau detox tu, saya minum teh yang dibeli di watson... apa ek namanya, tru dtox ke apa... dia tak ada kesan sakit-sakit perut atau kerap nak ke tandas... :)

tapi kata Pak Halim tu ada benarnya...

semoga br cepat sembuh seperti sediakala... ameen...

have a nice holiday sis...

Izariza said...

Salam Datuk Seri,

Manusia tidak dinamakan insan, melainkna kerana sifatnya yang pelupa .. dan hati tidak pula dinamakan kalb, melainkan kerana sifatnya yang berbolak-balik .. justeru .. hati manusia itu perlu sentiasa disajikan dengan muhasabah dan peringatan.

Terima kasih kerana hati saya tersentuh membaca entri ini, meski ringkas penuh makna!

Datuk, jemput singgah ke teratak baru hamba. Entah kenapa .. ingin berubah angin :)

Azer Mantessa said...

masuk dan keluar tu ... saya terpikir yang lain :-)

rupa2nya lain :-)

fahana_ann said...

cari benda lain terjumpa pulak blog ni..singgah sat..peringatan untuk diri yang kuat makan..bila sakit perut baru nak insaf...

en_me said...

thanx akak tewww for good info..

Mazarina said...

lama x dtg sini...good info..:)

Bunga Rampai said...

Purpleheart, alah bisa tegal biasa :) Terima kasih.

Sastri, salam kembali. Trudtox - saya tak cuba lagi tapi kawan-kawan kata begitulah. Biasanya kalau ada masalah melabur, saya minum teh kampung :D

Thanks Sas :)

Izariza, salam kembali Datin. Wah, tahun baru berpindah ke teratak baru! Nanti saya mampir ya :)

Azer, hahaha, ada-ada saja!

Fahana_ann, biasalah tu. Salam kenal :)

En_me, sama-sama kasih :)

Mazarina, moga baik-baik saja :)

chinta said...

apa kabar kak BR? harap makin sembuh? melihat pesanan arwah datuk rakan kak BR, terfikir sy apakah ilmu yg manfaat yg org akan ingat dan pegang untuk bekalan sy nanti...

“Ingatlah dan berhati-hatilah dengan apa yang masuk dan keluar (yang kita makan dan kita katakan) dari mulut kamu. Kerananyalah kita sering mendapat musibah.”

Bunga Rampai said...

Chinta, alhamdulillah semakin sehat. Nasihat itu sebagai peringatan untuk diteladani, manfaatnya untuk diri sendiri dan ummah.

joe penang said...

Tak ingat apa nama herba hpa tu. Berfungsi mengeluarkan toksin dari badan. Dapatkanya dari stokis/pengedar/ahli HPA. Lebih baik jadi ahli dan guna.

Bunga Rampai said...

Joe Penang, saya akan usahakan. Terima kasih. Salam kenal :)