Saturday, 5 April 2008

Apam Balik Pak Halim

Kepingin sekali makan apam balik. Aduhai, sudah tiga minggu keinginan itu mengusik-ngusik selera! Nanti aku belikan. Pelawa kawan saya yang dulunya suka minum kopi di Startbucks tapi kini minum di gerai tepi jalan pun tidak apa. Saya menolak kerana mahunya selera itu hanya pada apam balik Pak Halim. Asyik-asyik apam balik Pak Halim ... apa istimewanya ‘ntah, aku rasa sama je macam apam balik yang lain! Ooh, dia merungut!

Keistimewaannya terletak pada Pak Halim. Begitulah. Namun sudah tiga Jumaat Pak Halim tiada di tempatnya. Sungguh, sesekali hilangnya sering membangkit rasa rindu dalam kalut benak yang mencari jawapan kepada ketiadaannya. Rindu itu anugerah Tuhan, diletak bertempat bakal membawa berkat. Demikian madah Guru.

Alhamdulillah, rintik-rintik hujan yang singgah di baju dan muka lewat petang semalam rupa-rupanya membawa rezeki. Hati mewangi jua melihat Pak Halim dari jauh yang sedang sibuk memasak apam baliknya, namun ... alahai, wangi hati itu pantas saja pudar apakala melihat wajahnya yang cengkung ketika menyambut salam yang dihulur. Pak Halim sakit?

“Alhamdulillah isteri dah sihat, bolehlah beliau menjaga anak-anak, dan Pak Halim kembali berniaga. Bukan apa, membantu beliau itu lebih penting kerana sihat ibu sihatlah anak-anak. Bagi Pak Halim, tangan seorang ibu itu membawa rahmat untuk anak-anak. Belaiannya, usapannya, adalah penyejuk hati anak-anak. Air tangannya yang tumpah ke makanan mengalirkan keperibadiannya kepada anak-anak, dan mengucap Ya-Latif ketika menggaul makanan ketika memasak adalah penerang hati anak-anak yang insyaAllah menjadikan anak-anak berakal dan tidak ingkar kepada ibu bapa.”

Saya terkesima.

Sebelum meninggalkannya bersama 5 keping apam balik rangup, Pak Halim berpesan, “Jangan tinggalkan solat Subuh walau terpaksa merangkak melakukannya. Solat Subuh mahal harganya.” Subhanallah, pesan itu sangat menggoda dan saya harus mencari tafsirnya!

Demikianlah, nasihat dan ilmu yang diturunkan oleh Pak Halim menjadikan apam baliknya bertambah enak. Wallahua'lam.


*04/04/2008
Pasar Malam,
Pinggir Kota, KL.


Salam.

26 comments:

Ku Keng said...

Dan sunat subuh lebih nilainya dari dunia.

Pa'chik said...

:)
mana gambar apam balik nya? heheh..

wanie_agk said...

saya setuju sangat dgn pesan pak halim tu. :)

Azer Mantessa said...

wow ... dah lama saya tak dengaq org nasihatkan hal solat.

baguih.

akirasuri said...

Salam kak..

Oh! Nasihat yang mendalam..
Kirim salam dekat Pak Halim lagi kalau ketemu dia lagi lepas ni..

:)

Sastri said...

ah.. pak halim... bertuahnya isteri pak halim... dan pesanannya itu, sungguh menarik hati dan tak sabar saya nak meminjam sebuah buku dari Blackie mengenai solat Subuh ni...

jinggo said...

terdiam seketika.... membaca nasihat dari pak halim tu...

MYA MARJA said...

Aku ini pelupa...terima kasih kerana mengingatkan. Zikir Asmaul Husna itu pun sudah terlalu jauh ditinggalkan..subhanallah...

achik said...

saya pun terkesima.. :)

CerminDiri said...

salam kehidupan,

hah.....pecah rahsia. rupanya anda selalu lajak subuh.

Zareda Norman said...

ya solat subuh jangan ditinggal.. memulakan berkat hidup di pagi hari.. sebaiknya semua solat fardhu harus ditunaikan...

sedapnya apam balik rangup... panas.. panas..

Mak Su said...

tk kongsi dgn kita-kita semua..mahal sungguh nilainyer

Butaseni@Wan Raja said...

:)
trima kasih pak halim

- G O R O - said...

Salam.

Yahudi dan Nasrani akan gentar kepada ISLAM jika masjid2 dipenuhi ketika SUBUH sama seperti solat JUMAAT.

Pa'chik said...

pak halim belum balik lagi ke? huhuhu...

kingbinjai said...

bingkisan yang baik

Danisha said...

Memang apam balik Pak Halim terlalu istimewa....

zizie ali said...

ada org masak pizza di rumah. ada ke orang masak sendiri apam balik? kos membeli acuannya dikatakan tidak berbaloi.
pak halim telah menjalankan tugas amar makrufnya.

m i n e r a l . . . said...

ngidam erkk... errr berapa bulan? jejeeje..
nasihat pak halim sy semat juga dlm jiwa...thanks...

:)

blackpurple @ jowopinter said...

Nenek saya kata, sempit pintu rezeki kalau tak bersolah Subuh..

Saya rindukan apam yang emak saya buat......Hu hu hu!

Mardihah said...

nice blog...usaha murni ini semogi diteruskan hingga akhir hayat,,salam tautan kenal dan link ke blog sederhana saya,,,,ahlan wa sahlan..

Mardihah said...

semogi pulak..semoga..* hehehee

Ajzie said...

Terima Kasih kerana sudi berkongsi bersama....

BR.. lama saya tak ke mari. Rindu saya pada kata2 dan cerita yg sarat dengan erti dan pengertian di blog ini.

abu haniff said...

hadis tu shohih bukahri/muslim (kelebihan solat subuh tu)jemaah yang menasihatkan tentang solat sedang bergerak di serata dunia sekarang, 7 hari seminggu 30 sebulan tanpa henti dan cuti, cuti mereka bila mati shj (kubur adalah tempat rehat org beriman)mereka bergerak ke hujung-2 dunia, tanpa meminta apa-2 bari makhluk, mereka mencari keredhaan Allah shj

Bunga Rampai said...

Salam semua,

"Dia yang Maha berkuasa menghidangkan kepada kita kejadian-kejadian untuk dilihat dan dinilai keagunganNya dan sifat-sifatNya yang tersembunyi pada AsmaNya iaitu Asmaul Husna. Setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita, adalah percikan daripada keagunganNya dan sekadar memberi peringatan kepada soalan dan keraguan kita. Kejadian-kejadian itu sesungguhnya adalah sebenarnya jelmaan yang amat kerdil dari Asmaul Husna itu sendiri. Wallahu'alam"


Salam perkenalan untuk Qudwah Mardihah dan Zubir.

Pa'chik, Pak Halim pulang dan balik untuk jual apam balik. Saya nak bergambar dengan Pak Halim, tapi dia tak mahu. Katanya, kalau nampak apam balik kat mana-mana, jangan lupa doakan untuknya. :)

Bunga Rampai said...

Eh, tertinggal pula jawapan untuk ...

Bro Zizie, setakat yang saya tahu, tak ada lagi orang masak sendiri apam balik. Apam lenggang ada, tapi yang ni guna kuali biasa je.

Mineral, teringin menimang anak ke? jejejjejee :-D