Senyuman lebar terukir di bibir kala nombor 0077 dihulur. Hampir tercetus gelak sebenarnya. Manakan tidak, angka-angka itu petah saja melayangkan ingatan kepada blog yang bergambar Bond 007 dan blog seorang yang gemarkan angka 7. Aah, ruang maya yang seakan-akan nyata jadinya 'pabila kelopak-kelopak aksara bercantum menjadi sari-sari bicara lalu wangilah hati-hati gersang yang mendamba haruman. Maha Agung Dia mengurniakan diri kerdil ini insan-insan yang tidak berwajah namun punya madah semanis madu untuk santapan kalbu - menyemarak cinta di perdu hati. Cinta Dia.
Eh, melalutlah pulak saya nih ...
Saya lalu duduk di barisan kerusi paling depan yang tidak berpenghuni. Aneh, ada tetamu yang sanggup berdiri entah untuk berapa lama daripada duduk di kerusi-kerusi kosong itu. Oh, baru saya tahu mengapa mereka sanggup tidak duduk! Rupa-rupanya tumpahan darah di atas lantai di hadapan kerusi itu barangkali sangat menjijikkan atau menakutkan atau memualkan. Saya sempoi aje ... duduk dan ya, memulakan bacaan buku Dark City 2 yang sudah tiga bulan tersadai di depan mata minta dibaca.
“Amma, @@&&**++##!!” Jerit seorang gadis India mengingatkan ibunya yang hampir saja terpijak darah itu. Saya memerhati mereka. “Ayooo … **&#$$ … ##@@**&&!!” Marah si ibu. Saya kembali membaca.
“Gelilah bang!” Kata si isteri manja. Saya memerhati mereka. Si suami memaut erat tangan kanan si isteri yang hamil. Mereka duduk di hujung sana. Saya kembali membaca. Tiba-tiba ... uweeek, uweeek ... saya memandang ke arah suara itu. Oh, si isteri bakal muntah dan sambil menutup mulut bergegas ke bilik air. Saya menutup buku dan memejamkan mata seketika.
Saya memikirkan tentang darah itu. Kasihan dia dipinggirkan.
Barangkali darah itu tidak punya perasaan untuk merasa hamburan kata-kata dari manusia, namun manusia yang berbangga dengan kesempurnaan dirinya sering tidak ambil pusing bahawa Tuhan sentiasa memerhati apa jua tindak-tanduk mereka.
“0077!” Panggilan itu amat menyentak namun gembira jua kerana giliran saya sudah tiba untuk ditemubual doktor, dan oh, darah di atas lantai sudah dibersihkan! Errr, agaknya tadi saya diayun mimpi lalu terlena sekejap ...
Lega rasa hati sesudah urusan di farmasi. Alhamdulillah, tidak diduga di luar sana hujan menanti. Saya suka! O-la-la, titis-titis air melunak pandangan, meredup hati, dan membasahi atma!
Hujan itu Qalam Tuhan yang bertandang mengikut mahuNya, dan harus dilihat dengan hati dan dibaca dengan akal. Datangnya membawa pesan. Hadirnya membawa iktibar. Kunjungnya mengunjur ilham. Tibanya membawa bukti kewujudanNya, memperlihatkan kebesaranNya, memberi petunjuk jalan, memberi hidayah, dan yang paling penting Qalam Tuhan yang datang kepada manusia dalam pelbagai bentuk itu membawa maksud bahawa DIA masih menyayangi kita, masih dekat dan masih mendengar doa-doa kita. Alhamdulillah. Wallahu’alam.
.
.
.
Lama nian benak menyulam rasa hati. Sedar hanya melihat titis hujan semakin hilang, memberi ruang kepada suria untuk menebarkan cahayanya. Nur mentari itu, mudah-mudahan ampuh merias qalbi agar terungkap Zikir Kasih mengiringi langkah kaki ke hadapan ... ke hadapan ... dan terus ke hadapan. Amin.
*15/7/2008
Hospital Selayang.
Salam.
24 comments:
tingat kisah sorang kawan eksiden.. bawak gi sepital... doktor duk sibuk tanya.. "eksiden? mana darah? mana darah?"
sekali kawan tu muntah keluar darah.. abis kena baju putih doktor tuh... huhuhu...
kalau menunggu di hospital, bermacam2 ragam dapat dilihat dan wajah sakit memang nampak kelesuan...tempat yg tidak selesa bg sy namun inilah hakikat yg manusia bukanlah kebal penyakit..Allah juga tmpt kembali dan tmpt kita berharap..
salam bunga rampai, sy kira cik rampai pernah melawat blog saya (melalui start counter), kalau salah, sila betulkan.
salam kenalan..:)
hujan.. aah.. pagi tadi hujan.. bersambung sambung sampai subuh.. andainya hari ni hari sabtu dan andainya tiba'cuti wanita'.. mau saja ku tarik selimut dan sambung masa beraduku.. ohhh... kena kerja lah...
saya salah seorang penggemar nombor 7.. hehehe..
semoga akak sihat sokmo.. jaga diri.. :)
Slm bunga rampai,
Bila dgr je org sbt wad,operation,doktor,ubat,tiba2 je jd seram sjk,tak tau nape.
darah=kehidupan.
Pa'chik, err ... boleh bayangkan darah yang berhamburan keluar. Sian kat kawan tu - luka dalaman tu.
Chinta, kadang-kadang pi hospital ni, yang sakit sikit pun jadi sakit banyak :D
Afid, salam kenal juga :)
Kaktiny, hujan membawa 1001 ilham ;)
Achik, wah ... ye ke? Lain kali kalau nampak no. 7 pasti ingatan melayang kat Achik juga :)
Alhamdulillah sihat sokmo. Achik juga jaga diri baik-baik ya :)
Julietchun, salam kembali dan salam kenal :) Fobia tu!
Shimi, alhamdulillah. Salam kenal :)
salam
nombor james bond tgk darah cool ja ek
:-)
salam bunga rampai..
Qalam kasih sangat menarik...banyak pengajaran darinya.
Rampai sakit apa? Sakit buatan orang ker? :-)
salam kenal>
Darah tu kira najis Mutawasitah. Kalau kena kulit, kena bersihkan dulu baru boleh wuduk.
Err... betul ke.... kena semak dengan orang yang arif balik ni.
herm... tiba2 jer teringat kes puteri tumpah darah, lahir anak x cukup bulan..
Syukur sbb skang ni, anak puteri sihat walafiat..
salam
(",)
chanteqs sungguh nombor 0077 ittewww .. kanns
Assalamualaikum,
Doa ubat awal. Doa lagi ubat hati. Kita pun terus mencari segala penawar pada segala kesakitan.
Salam.
Qalam Tuhan lenggok bahasanya indah, penuh makna, pesana dan ingatan.
Kita sahaja yang alpa.
:) ada moral ni.
life goes on,hidup mesti diteruskan.
saya sgt tensen kalo menunggu di spital :D
oh ya! jaga diri BR,
Salam :)
tak tahu nak komen apa
Melihat gelagat manusia di hospital banyak mengajar kita tentang kehidupan. :)
Nampaknya saya sudah terlepas untuk menjadi pengulas ke 7. :D
dalam melangkah niat semurni hajat
agar sesenang melangkah tiada tersesat.
ke depan yg dituju
di belakang masih dirindu.
nur mentari penyuluh haluan
nur hati menjadi pedoman...
Yang tulisan huruf berbunga-bunga tu macam mana cara sebutannya?
Azer, salam kembali. Sempoi :)
Anggerik Merah, salam kembali. Sama-sama kita manfaatkan.
Kak Has, sakit buatan sendiri - sebab tu nak cuba makan peria katak :))
Tokyo Blue, salam kenal kembali.
Bro PK, ingat-mengingati. Nanti rujuk pada yang pakar.
Puteri Cahaya, alhamdulillah. Salam kembali.
En_Me, ya!
Mya Marja, waalaikumsalam. Selagi bernafas, doa tak henti dilafaz.
Goro, kadang bukan alpa. Kita malas/enggan berfikir dan memikirkan tentangnya.
Butaseni, untuk direnungi :)
13may, sabar! Salam kembali.
MakSu, terima kasih sudi membaca.
BP, pengulas ke-21 pun bagus juga :)
Al-Bima Sakti, moga dipermudahkanNya segala urusan kita.
Bro Keng, hahaha kelakarnya!Sebutlah ikut sedap hati, asal lidah tak terbelit :D
Post a Comment