Wednesday, 2 July 2008

Kais Pagi Makan Petang

Biasanya Nisa, pelajar tingkatan dua yang baru sebulan dalam kelas bimbingan tidur-tidur ayam saja, dan saya maklum dengan keadaan itu. Letih katanya apabila ditanya kenapa boleh tertidur di dalam kelas.

Sabtu lalu dia tidur lagi. Saya biarkan buat seketika, namun lenanya yang agak lama membuat saya hairan. Dia berdengkur. Saya ketawa. Satu kelas ketawa. Dia terbangun dengan wajah berkerut. “Lapar mak! ... Mak! Mak!” Teriaknya tiba-tiba sambil mata ligat mencari sesuatu. Saya terkejut. Kawan-kawan sekelas masih ketawa. Mereka diam apabila melihat saya terpaku di hadapan kelas memandang Nisa yang kini menangis.

Katanya dia belum makan tengahari. Tiada beras. Lauk habis. Emak akan membawa beras dan lauk petang nanti selepas mendapat upah mengemas rumah orang. Abah pulangnya malam membawa letih badan. Wang Abah hanya ada pada hujung bulan, cukup untuk membayar hutang-piutang keliling pinggang.

Pagi tadi kata Nisa, emak meminjam tepung gandum jiran sebelah untuk dibuat kuih. Separuh kuih disimpan untuk makan tengahari yang sekadar cukup mengalas perut dua orang adiknya. Abang yang bekerja sambilan hari Sabtu dan Ahad pula mungkin sudah kenyang menelan asap rokok dengan kawan-kawannya selepas menghantar risalah-risalah promosi barangan dari rumah ke rumah.

Seluruh anggota saya longlai. Hati menangis jua.

Oh, tanah airku!


*28/6/2008
Pinggir Kota, KL.


Salam.

33 comments:

Mazarina said...

bnyak kan kisah2 anak murid yg blh kite amek peduli...yg jauh dr kehidupan kite sendirik...:D

Anonymous said...

Ya Allah, masih ada lagi yg kelaparan tanpa makan? Luluh benar hati ini,mengalir air mata puteri saat terbaca “Lapar mak! ... Mak! Mak!” betapa sebak di dada bila terbayang keadaan Nisa. Moga ada rahmat buat Nisa & dimurahkan rezeki keluarganya... Terasa sangat... !!

blackpurple @ jowopinter said...

Kadang-kadang sukar untuk percaya, ada lagi kisah kemiskinan ala-ala plot filem tahun 50-an di Tanah Melayu ini. Tapi itulah hakikatnya.

Azer Mantessa said...

Kais pagi makan petang ...

sabar

Pa'chik said...

ishhh... huhuhu...

rampai, rampai.. sini...

achik said...

huhuhu.. sedihnya.. *bergenang arimata baca kisah Nisa*

yang miskin terus miskin, yang kaya makin kaya.. alahai!! :(

Butaseni@Wan Raja said...

makan malam nak dikais bila cik kak :D

AL-BIMA SAKTI said...

masih ada lagi ke true story yg sebegini...? oh...

Ordinary Superhero said...

Mungkin Nisa perlu buat perakuan bersumpah baru lah Pak Menteri mahu ambil peduli?

Semoga Allah melindungi anak ini dengan rahmatNya.

Bunga Rampai said...

Mazarina, kisah mereka adalah guru kita juga.

PuteriCahaya, saya melawat keluarga Nisa. Aduh, kasihan mereka!

Blackpurple, kisah benar bukan fiksi. Saya tunggu pelancaran 'koridor keluarga miskin' oleh kerajaan. Kalau adalah.

Azer, kais petang tak ada, jadi tak makan malam sampai ke pagilah keluarga itu.

Achik, dengan senario politik semasa yang sensasi, kemiskinan dilupakan. Mereka yang berdebat di atas sana tu, masing-masing jaga periuk nasi sendiri.

Butaseni, untuk makan malam mereka kais sisa-sisa makanan petang.

Al Bima Sakti, kisah benar sebegini akan berterusan malah akan bertambah sekiranya diabaikan.

OSH, begitulah Pak Menteri, menyusahkan lagi kehidupan. Dia ingat angkat sumpah tu percuma? Kadang terfikir, zakat yang dikutip setiap tahun tu kenapa tak sampai kepada yang berhak menerimanya?

Pa'chik, hahaha! Molek benar lagu tu - hilang sat tekanan balas komen, terima kasih. [Uih, ari tu hantar sedulang bunga rampai, kali ni sedulang tari bunga rampai ... 2 dulang dah! Berapa dulang nak hantar ni? 4dulang pun cukup ler - ubah gaya hidup! ... hehehe :P]

13may said...

sedihnya....

sama2 kita amik iktibar dan sepatutnya kita byk bersyukur...

salam BR :)

kingbinjai said...

pilu!!!!

en_me said...

sodeyyy kannns..

Anonymous said...

bersyukur masih cukup makan walaupun harga minyak mahal...

m i n e r a l . . . said...

tertelan asap rokok sy sambil baca post kali nih....

teringat sesuatu yg lama x diingat....
[sambil minum teh herba cina]

- G O R O - said...

Salam.

Tanggungjawab kita untuk membantu.

Mak! Lapar! Satu ketika dahulu saya masih ingat.

Pegawai Khalwat said...

Rakan-rakan Nisa yang tertawa perlu disedarkan juga. Bahawa nasib rakan mereka tidak seindah mereka.

Bagi aku, hilai tawa mereka lebih mengguris dari tangisan Nisa.

Kalaulah nilai kemanusiaan itu mereka ada, biarpun masih kanak-kanak, rasanya mereka sanggup berkongsi bekal atau juadah dari kantin dengan Nisa atau sesiapa juga yang tidak bernasib baik.

Kaktiny said...

ada lagi rupanya yang bernasib begini.. mana pak menteri.. mana org kebajikan.. sembang jer kemas - mcm bagus.. org atasan nih..

13may said...

Salam BR,
Ada anugerah untuk kamu. Sila datang ke blog saya :)

tegezoot said...

mana PUZ?

chinta said...

ada lagi ke kesah mcm nie? sedih betul la..sy linkkan entry nie yekk

artsoul said...

sy tengah mkn skrg smbil baca entry ni,touching trus tk berselera...

mengkuang said...

beras subsidi mjadi rebutan ... yg dibandar bisa mendapat di kedai2 besar... sementara yg dikampung terus kais pagi ....

Bunga Rampai said...

13may, salam kembali :)
Terima kasih anugerah itu. Amat menghargainya.

RainFalls, saya suka kata-katamu tentang "sengsara" = it's art of sorrow and pain.

King, menginsafkan!

En_me, :((

NBB, Alhamdulillah.

Mineral, kenyang tak telan asap? ;) [minum sorang-sorang nampaknya sekarang ...]

Goro, salam kembali. Tunaikan tanggungjawab keranaNya jua.

Bro PK, kata-kata Bro itu mengajar saya sesuatu. Terima kasih.

Kaktiny, banyak lagi - dalam dan luar bandar. Apalah yang dapat dirasa oleh jiwa dengan hanya melihat angka-angka kajian tentang kemiskinan?

Tegezoot, saya dah hubungi PUZ.

Chinta, itu tentang kemiskinan harta benda. Kemiskinan jiwa juga sama banyaknya.

Artsoul, kalau tak berselera jangan buang makanan tu. Simpan elok-elok, sat lagi kalau lapar, makan lagi. Ingat, Nisa tak ada makanan. Salam kenal :)

Mengkuang, ... makan petang! Salam kenal :)

Purpleheart said...

Sayunya hati mendengarkan kisahnya..

Pa'chik said...

rampai ilang lagi nih... hahah...
rasanya kan.. kesah ni... leh dapat entri paling menyentuh hati 2008 kat geju nih...

PuTeRi CaHaYa said...

http://astanarelaku.blogspot.com/


Add baru Blog Puteri...
Sory ler..
Blog tu ader masalah aper tah!!!
Segala Kesulitan Amat Dikesali...
Salam
(",)

Izariza said...

Salam rindu selembut bayu,

Datuk Seri, itu satu siri dari siri kehidupan yang panjang .. bagi kita yang dikurniai nikmat dan kesenangan adalah menjadi kewajipan untuk bersyukur dengan pemberian-Nya.

APa khabar Datuk kini?
Barangkali renyah dengan tugasan sehari-hari.

Moga ketemu lagi!

m i n e r a l . . . said...

er..rr.r.r.r minum jugak yer teh cina.... [sambil hulur segelas]

bila nk update jejejeeje

cikdinz said...

ini lah hakikat nya sekarang ini...

Bunga Rampai said...

Purpleheart, moga mendapat iktibar.

Pa'chik, saya akan hilang lagi, macam biskut tu :D

PuteriCahaya, blog bermasalah tak apa, asal empunya blog sihat walafiat.

Izariza, salam rindu kembali Datin - seharum mawar :) Ya, tugasan amat membebankan untuk dua tiga bulan lagi.

Menghulur apa jua bantuan kepada yang malang adalah tanda kesyukuran juga.

Mineral, kalau percuma apa saja boleh minum :D

Cikdinz, haruskah kita hanya melihat?

Suka Bebel said...

berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul. masih ramai yang melarat, menderita papa kedana. Jauh beza pemimpin zaman skg dgn zaman khalifah dulu. rakyat menderita tapi pak menteri duk goyang kaki di istana masing masing. rakyat nak beli basikal pun tak mampu, pak menteri sibuk kelahi nak pakai V6 atau Mercedez. Apa nak jadi lah...

Bunga Rampai said...

Suka Bebel, gajah sama gajah sibuk bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah.