Katanya, dia mahu ikut ke mana saja saya pergi. “Ke pulau pun, ke gua gelap juga?” Tanya saya, dan dia mengiakan. Oh oh, saya kurang percaya! Saya bertanya lagi, dan jawapannya sama, “Ya!” Ketegasan suaranya meresahkan saya. Apa tidaknya kerana setahu saya, mendengar guruh berdentum pun dia menggigil ketakutan. Melihat lipas seekor pun dia menjerit. Dia hanya kenal hutan konkrit, dan ke kedai runcit di hujung rumahnya pun dia berkereta! Aduuuh, saya sudah membayangkan teriakannya, loncatannya, dan kerutan wajahnya kala menjadi tetamu alam hutan gunung atau alam pulau nanti.
Alahai, sebenarnya saya cuma acah-acah mengajaknya untuk meredah alam, dan sungguh saya tak sangka cempedak menjadi nangka! Dia bersungguh benar.
“So, pi mana? Pulau Redang atau Gunung Senyum?” Dia.
“Pi Gunung Senyum kut ... nanti balik kita akan senyuuuuum memanjang. Hahaha!” Saya.
“Please, seriuslah!” Aiseymaaan, dia marah! Mata saya terkebil-kebil.
Ke mana ya? Apa pilihan saya?
Sungguh, kadang sukar membuat pilihan dan keputusan. Namun akur jua, manusia tidak dapat lari dari membuat pilihan dan keputusan dalam hidupnya. Walau apa pun pilihan yang diambil oleh manusia, setiap satu dari pilihan tersebut sudah sedia dengan kesan tertentuNya ke atas diri manusia.
Tuhan Maha Agung, Dia memberikan hak dan peluang untuk manusia membuat pilihan dan manusia dijangka akan membuat keputusan dengan memilih pilihan yang terbaik untuk dirinya kerana logiknya. Tuhan sudah memberikan akal untuk berfikir dan telah menyediakan logik buku manual kehidupan yang sangat lengkap iaitu Al-Quran sebagai rujukan. Pilihan yang baik adalah yang berpandukan kepada panduan yang tersedia dan bermakna baiklah kesannya ke atas manusia, dan sebaliknya. Wallahu'alam.
"Temenung ni apa hal?" Dia mengejutkan saya. "Pilihlah yang mana satu wahai Bunga Rampai, hamba menurut saja!" Amboi, gaya percakapannya persis pelakon teater bangsawan! Mata saya kembali terkebil-kebil.
"Redang atau Gunung Senyum ... lap talilap tam plong je lah!" Kata saya lalu ketawa.
Oh oh, matanya cengil memandang saya!
"Auww! ... aduuuh, sakit ooi!" Saya menjerit. Heh, telinga saya pula dipulasnya!
*25/05/2008
Bukit Jelutong.
Salam.
20 comments:
mmg sukar... bila dah ada 2 pilihan ni... berat nak memilih.. tapi kputusan itu perlu... kesan nya.. x sapa jngka.. ketentuan ilahi..
salam - (",)
Salam BR
Kalau saya, saya pilih Pulau. Kalau sayalah.
:)
asalkan bunga rampai tak pilih 'ATAU', kira orait ler tu
Gunung Senyummmm. Semoga tidak hujan. Kalau hujan...susah sikit nak senyum semasa trekking.
adoi sakit tu kalau kene pulas telinga
“So, pi mana? Pulau Redang atau Gunung Senyum?” ;)
kalau saya ada rezeki dan kesempatan nanti, teringin nak gi Pulau Redang.. :)
kena pulas telinga pulak
:-)
Gunung senyum bole 'seksa' dia skit.
Kalau pulau Redang, ada Art di sana.
gi redang lah... la ni dah musim orang jemur timun ngan betik rasanya.. heheh...
salam kehidupan,
lap talilap tam plong,lama ayat tu tak dengar. ooo.... masih ada lagi orang yang mengamalkannya. penerus adat melayu.
Gua Tempurung!!!
di telan mati mak...
diluah...mak tak mati...hehhe
Salam BR :)
Semua tempat menyimpan rahsia Yang Maha Pencipta. Pilihlah yang berkenan di hati. Di situ Bunga Rampai akan bertemu dengan keagunganNya andai hati telah terbuka untuk bersamaNya...
Jika saya, saya sudah tahu yang manakah pilihan hati saya.
hmmm... saya juga lebih memilih pulau... sebabnya sepanjang 6 bulan berkursus 6 tahun yang lampau, beberapa gunung dan bukit dah didaki dan hutan (hutan betul ni, bukan hutan rekreasi tau) diredah... tak sanggup dah... :)
pulau itteww oghanng lain yg funyer dahh.. uhuhu
p pulau la............
boleh mancing kat sana....
hihihii....
Membuat pilihan adalah benda paling sukar kan? :)
He he he..
Dah dapat pilihan kalbunya yang mana satu belum? :D
Apapun.. Jaga diri baek-baek ya kak..
Salam.. :)
nak datang redang ke?
Puteri Cahaya, Salam kembali. Begitulah kehidupan :-)
BP, Salam kembali. Panggilan Pulau ada mistiknya :-)
Mak Su, hahaha!
OSH, oh oh, mencabar tu!
King, memang sakit, pulasnya kuat :-(
Achik, pulau juga pilihan Achuk ye :-)
Azer, kawan tu memang kaki pulas telinga :-(
Bro PK, kalau Art sanggup jadi tourist guide, saya pi Redang.
Pa'Chik, wow, menarik tu!
Cermindiri, salam kehidupan kembali. Tak lekang di panas, tak reput dek hujan.
Tegezoot, saya belum ke sana lagi. Dalam senarai.
13may, peribahasa baru ke tu? Salam kembali :)
Indera, Alhamdulillah.
Sastri, pantai sangat romantis bagi yang sedang bercinta ;)
en_me, salam kenal :)
Jinggo, saya tak reti mancing :(
Akira, masih dalam perancangan. Salam kembali.
Art, masih belum buat keputusan, kalau jadi saya bagi tau nanti.
Post a Comment